Wanita dalam gambar ini berkongsi Tips Poligami yang harmoni boleh dijadikan teladan

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Setiap orang mungkin mempunyai pendapaf berbeza tentang poligami, ya lah siapa yang sanggup berkongsi kasih bersama suami, manakala suami pula kena berlaku adil bersama isteri sehingga ke sekecil kecil perkara.

Namun berbeza pada Puan Tiqa ini.. Boleh teruskan bacaan mengenai pengalaman beliau

KISAH DI SEBALIK GAMBAR (Rujuk gambar di bawah)

WARNING : Penulisan ini agak panjang tapi inshaAllah berbaloi bagi yang mahu tahu kisah sebenar.

**********

Pernah menolak poligami sebelum ini..

Sesungguhnya…cantik aturan Tuhan. Saya pernah menolak poligami, tapi Allah takdirkan saya berkahwin dengan keluarga suami yang mengamalkan poligami. Dari pengamatan saya, sangat banyak kelebihan dan manfaat poligami yang saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Ayah mertua ada 3 orang isteri, di mana arwah ibu adalah isteri pertama.

Menyimpan cita-cita punyai keluarga poligami harmoni

Dipendekkan cerita, sepanjang 10 tahun berkahwin dan 5 tahun pertama duduk bersama keluarga mertua, secara tak langsung saya menyimpan cita-cita untuk mempunyai keluarga poligami yang harmoni.

Mengalami sakit ketika mengandung anak ke lima

Saya sudah berniat cuma belum ketemu calonnya. Misi pencarian juga kurang serius dan dalam masa sama, sibuk dengan urusan mendatang dan hal perniagaan. Sehinggalah Allah mengetuk hati saya, di mana saat kandungan anak ke-5 memasuki 4 bulan (April 2019) saya mengalami kesakitan seperti kontraksi bersalin dan sakit nyeri-nyeri sekitar tulang punggung dan peha sehinggakan sakit untuk bergerak dan sukar berjalan mahupun berdiri lama.

Kesakikan makin teruk

Keadaan makin meneruk sampaikan saya terpaksa menggunakan kerusi roda. Semakin hari semakin sakit dan saya hampir kemurungan. Saya terkenangkan apa akan jadi pada suami dan anak-anak saya kiranya sesuatu yang buruk menimpa saya. Sungguh hati saya sedih dan diruntun pilu…

Timbul perasaan seseorang untuk menjaga keluarga

Di sini timbul perasaan, saya kena usahakan untuk mencari seseorang yang boleh menjaga keluarga saya kiranya apa – apa yang tidak diingini terjadi pada saya. Ya, poligami adalah antara jalan terbaik. Lagi-lagi melihat tuan suami yang tidak jemu melayan saya ketika saya sakit, tanpa rungutan, sentiasa dengan senyuman manisnya menguruskan saya, anak-anak, rumahtangga dan juga perniagaan kami. Pejabat kami yang terletak di tingkat 3 dan suami kebanyakkannya mendukung saya naik dan turun berulang-alik mengikut beliau ke pejabat semata tidak mahu saya kemurungan tinggal di rumah seorang diri.

Mempunyai suami yang sangat baik hati satu anugerah

Mempunyai seorang suami yang sangat baik hatinya, penyayang dan sangat mengambil berat sememangnya anugerah buat saya. Saya berusaha dan sangat mencuba untuk menjadi isteri terbaik yang sentiasa dapat memberikan tip top service dari semua segi kepada suami namun… ya… saya juga perempuan biasa yang mudah kalah dengan nafsu dan terdorong ikut emosi sendiri. Kasihan pada suami yang sangat baik pada kita, tapi kadang kala kita buat acuh tak acuh, layan suami ikut mood, tarik muka mencuka jika ada yang tak kena, belum lagi dengan layanan yang serba serbi kurang tapi diri kita pula merasakan yaaa aku dah bagi terbaik dan cukup dah sebab suami memang kita punya pun…

Suami jambatan menuju akhirat

Sedangkan Allah cipta suami sebagai jambatan menuju akhirat. Suami Allah letakkan martabatnya tinggi hingga Nabi bersabda, jika ada manusia selain Allah yang patut disembah, ia adalah isteri menyembah suaminya. Lalu mana hak isteri untuk memperlekeh suami??Sedangkan berkat dan redha suami sangat penting buat seorang isteri. Jika diri sudah mengenali hakikat nafsu, kenapalah nafsu itu mahu disubur dan diberi muka lagi??

Poligami memgajar nafsu wanita agar sentiasa sedar diri

Bagi diri saya pula? Poligami adalah ubat untuk nafsu wanita sememangnya. Kita akan jadi sentiasa sedar diri, sentiasa mahu berikan yang terbaik, lebih bergantung banyak pada Allah dan banyak lagi. Belum pula manfaat kita boleh bergilir-gilir dengan madu untuk sentiasa beri yang terbaik pada suami, anak-anak akan dapat kasih sayang yang lebih banyak disebabkan bilangan ibu yang bertambah, urusan rumahtangga juga lebih mudah inshaAllah.

Kenal madu masa zaman sekolah dulu

Saya mengenali madu saya Nur Fathonah Abdul Rahim di antara circle kawan-kawan sekolah dan beliau mempunyai bisnes mobile Spa dan saya secara tak langsung mengenalinya melalui komen-komen di Facebook di kalangan circle kawan-kawan yang sama dan kami mula menjadi sahabat alam maya lebih kurang dua – tiga tahun lepas. Kami kemudiannya berjumpa di satu majlis makan-makan pada tahun lepas dan itu kali pertama saya melihatnya secara peribadi dan hati tidak habis memuji kecantikannya. Kami kemudiannya mula berhubung melalui WhatsApp kerana saya berniat untuk mengambil perkhidmatan mobile Spa beliau tapi belum berkesempatan. Sehinggalah pada satu hari saya menjemput beliau ke perjumpaan BNI (Business Networking International) yang menghubungkan usahawan-usahawan untuk membantu sesama mereka dalam berkongsi rezeki perniagaan. Di hari itu juga saya dikejutkan dengan keadaan sebenar yang rupanya beliau adalah single mom yang bekerja keras menguruskan 2 orang anaknya. Tapi beliau berpesan untuk tidak memberi tahu sesiapa kerana sangat sedikit yang mengetahui status sebenar beliau dan sebolehnya beliau sorokkan dan tidak war-warkan kerna bimbang ada yang mengambil kesempatan. Saya pula saat mendengar statusnya terus terpacul di mulut saya, Jom jadi madu saya! tapi dalam hati saya di waktu itu eh eh biar betul aku ni! Yang kelakarnya, beliau juga terkejut dengan dirinya yang tiba-tiba mahu mendedahkan statusnya pada saya sedangkan beliau seorang yang sangat sensitif dan sangat merahsiakan statusnya daripada diketahui orang. Kami kemudiannya berpisah pada hari tersebut dengan masing-masing pelik dengan diri masing-masing.

Selalu berhubung dengan whatsapp dengan bakal madu

Kami terus berhubung melalui WhatsApp bertanya khabar sedikit sebanyak walaupun nampak beliau sepertinya mengelak dari saya atas sebab ajakan menjadi madu. Saya pula saat itu belum benar-benar serius memikirkan poligami atas sebab kesibukan kerja dan perniagaan. Saat saya jatuh sakit merupakan saat yang saya benar-benar memikirkan hal poligami lalu bila tibanya Ramadhan tahun ini, atas keberkatan bulan tersebut saya seperti diberí satu kekuatan luar biasa dan alhamdulillah kesihatan saya pulih sedia kala. Ada 2 orang calon yang saya approach dan kedua-duanya menolak dan hati saya juga berasa tidak kena dari beberapa segi. Hingga satu saat saya merintih-rintih meminta pada Tuhan agar dijentik hati saya pada orang yang saya cari lalu saya teringatkan Nur Fathonah. Saya segera menghantar WhatsApp mahu berjumpa keesokan harinya. Alhamdulillah beliau bersetuju untuk berjumpa walaupun saya memberi hint mengenai availability beliau kerana saya masih mencari calon madu. Saat berjumpa merupakan saat saya menceritakan pandangan saya mengenai poligami sambil meluahkan impian dan hasrat saya dan saya terus melamar beliau menjadi madu dan memohon beliau untuk jangan terus menolak, ambil masa untuk fikirkan terlebih dahulu dan mohon panduan dan petunjuk dariNya melalui solat istikharah.

Menyatakan hasrat pada suami tentang calon bakal madu

Saya kemudiannya menyatakan hasrat saya pada suami dan bercerita tentang calon yang saya rasakan, inilah orangnya! Sebelum ini suami juga tahu keinginan saya dan kami banyak kali berbincang mengenai corak poligami bagaimana yang dirasakan sesuai dengan pimpinan dan hasrat hati suami. Menurut tuan suami, perkara ini perkara besar dan bukan main-main, kerana bebanan tanggungan jatuh ke atasnya dan beliau yang akan disoal di depan Tuhan kelak. Tuan suami juga meminta saya berdoa dan memohon panduan dari Tuhan. Saya juga menghantar nama penuh madu saya (bakal calon di saat itu) kepada dua orang sahabat saya yang berada di Mekah dan minta didoakan namanya di depan Kaabah dan saya menghantar hasrat agar diberikan jawapan kepada persoalan saya.

Hari demi hari kami berhubung dan makin intim, sedangkan suami hanya mengetahui update dari saya dan setiap hari saya minta didoakan dan moga Allah pandu semua tindakan saya. Dipendekkan cerita, dengan kuasa Tuhan, alhamdulillah beliau bersetuju menerima lamaran saya. Itu juga setelah berbagai ujian yang kami hadapi dalam proses persetujuan dari pihak beliau.

Niat yang baik dipermudahkan Allah

Bagi saya, niat yang baik inshAllah Allah akan bantu permudahkan dan akan diakhiri dengan perkara yang baik. Alhamdulillah suami saya telah selamat diijabkabulkan dengan madu saya dan saya sangat gembira dan bersyukur kerana Allah telah menjawab persoalan saya.

Allah rezekikan suami saya seorang wanita yang baik, sangat menjaga dirinya dan aibnya, dan mereka direzekikan bercinta selepas kahwin. Indah bukan!

Tujuan saya bercerita, bukanlah untuk menunjuk jauh sekali berbangga. Tapi bagi menjawab persoalan dan mengelak fitnah atas sebab suami saya upload gambar kami bertiga kelmarin atas sebab-sebab tertentu. Diharapkan kisah kami menjawab persoalan dan spekulasi ramai terutama kaum keluarga, rakan-rakan dan sahabat handai yang kami kasihi. Mohon doakan kami sekeluarga yang baik-baik belaka semoga kami sentiasa dalam panduan Allah swt dalam mengamalkan sunnah Rasul dan moga kami kekal sebagai keluarga hingga ke Jannah. Amiinn Ya Rabbalalamiinn.

p/s – Segala kebaikan semuanya datang dari Allah swt, dan segala kekurangan dan kelemahan datang dari saya sendiri. Terima kasih dan maaf zahir batin dari kami.

***************

Lyric lagu yang sungguh bermakna dari seorang Guru yang Hebat

Mawaddah – Tirakat Poligami

Inginku kata wahai Tuhan

Bukankah keranaMu

Ku berada di atas laluan ini

Hidup di antara pergiliran

Nikmat dan ujian

Nikmat melatih rasa syukur

Ujian melatih rasa sabar

Suka dan duka ada batasnya

Gembira di akhirat untuk selama-lamanya

Harga syurga bukan segunung emas

Tetapi tangisan hati takutkan Allah

Tuhan kalau bukan keranaMu

Untuk apa ku lakukan semua ini

Setiap kali ku menghadapMu

Ku ulangkan sumpah dan janji

Hidup dan mati hanyalah untukMu.

Sudilah membantu dalam mujahadahku

Agarku berjaya menempuhnya

Agar dengannya terbinalah empayar Islam

Kalau kau berjaya menempuhnya

Sungguh kau telah berjaya terhadap nafsumu

Kalau kau mampu berkongsi suami

Sungguh engkau benar Cintakan ALLAH

Harga syurga bukan segunung emas

Tetapi tangisan hati takutkan ALLAH…..

SUMBER: Tiqa Ummimerahjambu

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: