Tips mudah hamil: 5 cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
78

Bila baru berkahwin, banyak perkara kita perlu belajar cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi. Tips mudah hamil dengan bersetubuh atau berjimak bersama pasangan suami isteri kita dengan cara yang betul, mengikut aturan islam iaitu cara yang Allah redha, seterusnya membantu untuk mudah hamil. Untuk yang baru berkahwin, kali pertama nak bersetubuh mesti tahu cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi, perasaan berjimak itu sangat tinggi, sungguhpun masih tiada ilmu cara bersetubuh dengan betul, bersetubuh dalam keadaan tidak sedia, stress, menyebabkan benih susah nak melekat. Namun, islam dah bagi panduan, agar kita bersetubuh & berjimak ini dapat dijauhkan dari hasutan syaitan, dan dengan cara bersetubuh ikut syarak ni mendapat keberkatan dalam rumah tangga seterusnya membantu kita untuk mudah hamil dan mendapatkan bayi.

Tips mudah hamil, Isteri perlu sedia dan terima ajakan bersetubuh

Ya, kita kena lihat juga pasangan isteri kita, kadangkala penat seharian bekerja. Ini antara tips mudah hamil terpenting, dan perkara paling serius sebagai langkah sebelum kita tahu cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi. Kita kena memahami keadaan isteri kita sebelum nak pergi lebih lanjut tentang cara bersetubuh. Kita sebagai suami kena faham, bila isteri penat tu, jangan lah paksa untuk ajak berjimak pula. Biarlah, sama sama rela. Elakkan berjimak ketika waktu stress, sakit, mahupun ketika emosi tidak stabil. Ia bakal mengganggu proses untuk fasa pertama iaitu mengajak isteri berjimak. Sebelum nak berjimak cara islam, perkara basic adalah isteri rela, sedia, sihat mental & fizikal untuk melakukan bersetubuh.

Bersetubuh Isteri dalam keadaan yang tidak stress

Biasa balik kerja penat, kemudian dalam keadaan stress kita pula mengajak isteri bersetubuh, ia akan mengganggu proses persenyawaan usai hamil. Sebab dalam badan isteri masa berjimak ni ada hormon hormon yang aktif. Jika dalam keadaan stress, penghasilan hormon ini terganggu. Jadi untuk lebih mudah hamil, anda bersetubuh dalam keadaan yang tenang, tiada masalah, tiada kepenatan balik kerja, mahupun stress. Inilah yang terbaik cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi dalam keadaan tenang dimana lebih membantu untuk lebih mudah hamil.

Tips mudah hamil: Baca doa bersetubuh agar dihindari gangguan syaitan

Semasa ingin memulakan aktiviti bersetubuh dengan isteri, kita akan berterusan dapat pahala sebab melakukan perkara yang halal. Bersetubuh dengan pasangan yang ada ikatan nikah yang sah. Akan tetapi boleh juga menjadi dosa ketika bersetubuh oleh kerana mengikut nafsu dan hasutan syaitan. Jadi, baca doa adalah lebih baik bukan hanya untuk cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi semata, malah membantu untuk mudah hamil nanti, bayi dalam kandungan diperlihara dari gangguan syaitan. Malah semasa melakukan persetubuhan juga, kita dapat elakkan dari berjimak yang boleh mendatangkan dosa.

Cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi
Rumi: Bismillahi Allahumma jannibnasy syaitana wa jannibisy syaitana ma razaktana
.

Maksud: “Dengan nama Allah, ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Kau kurniakan kepada kami.”
Sumber: Formula bersetubuh

Jarak masa persetubuhan juga penting untuk kesuburan yang membantu untuk mudah hamil

Cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi adalah tidak terlalu kerap bersetubuh. Sebaiknya 3 hari sekali ataupun seminggu sekali agar tahap kesuburan masih masing sudah bersedia. Bayangkan proses untuk menghasilkan air mani dalam telur lelaki bukan boleh siap dalam satu hari. Mengambil 2 – 3 hari untuk betul betul bersedia agar sperm mencukupi. Jadi anda merancang untuk mudah hamil, dan inginkan ada anak, tips ini amat baik dan membantu untuk anda mudah hamil. Kerana, anda melalukan persetubuhan dengan serba serbi mencukupi dari segi kandungan sperm, kuantiti air mani, dan sebagainya. Ini lah cara bersetubuh mudah hamil yang perlu anda buat. Baru kahwin memang kalau boleh tiap hari nak bersetubuh, namun ia akan buatkan badan kita jadi stress, selain banyak hilang tenaga semasa bersetubuh.

Waktu kesuburan untuk mudah hamil Wanita

Seperti yang anda tahu, waktu sesuai cara bersetubuh untuk dapatkan bayi juga amat penting. Wanita ada kitarannya. Kitaran haid, kitaran subur, kitaran bina semula dinding rahim, semua benda ni anda kena ambil kira.

Cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi
Sumber Theasiaparent

Posisi persetubuhan yang membantu untuk mudah hamil

Posisi penting untuk mengekalkan air mani agar dapat mengalir ke dalam rahim wanita. Jadi anda perlu bersetubuh dengan posisi yang betul agar membantu untuk mudah hamil. Antaranya, posisi pasangan wanita dibawah, anda diatas. Semasa berada di tahap klimaks, anda perlu pastikan pancutan itu betul betul berada di tempat paling dalam, agar pancutan boleh terkena di pintu rahim. Kemudian biarkan dalam 5 minit tidak bergerak, agar benih tadi dapat masuk dan mengalir dalam rahim. Ini membantu untuk sampai ke telur wanita pula. Inilah cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi.

Sekian semoga bermanfaat, baca artikel the saddest day woman labour room

1 thought on “Tips mudah hamil: 5 cara bersetubuh untuk mendapatkan bayi”

  1. Pingback: 5 Tip Asas Membela Kucing - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: