
Suami Yang Curang Bertopengkan Nafsu ini merupakan sebuah kisah rumah tangga yang ingin admin kongsikan kepada anda semua. Admin harapkan anda mendapatkan sesautu yang bermanfaat daripada kisah ini.
Sering kali kita dengar atau melihat di depan mata sendiri tentang kes-kes suami curang dalam kehidupan ini. Jika anda seorang suami maka kisah ini sepatutnya menjelaskan anda bahawa kaum hawa merupakan kaum yang lemah. Mereka dijadikan untuk kita sayangi dan untuk dibimbingi.
Jika anda seorang isteri atau wanita, maka kisah kali ini akan memberikan anda gambaran tentang sebuah hubungan perkahwinan yang bermasalah kerana nafsu seorang lelaki. Walaupun wanita juga diciptakan bersama dengan nafsu, tetapi lelaki adalah lebih tinggi nafsunya berbanding dengan kaum hawa.
Perkenalan Di Media Sosial
Nama aku Diana. Aku ingin menceritakan kepada para pembaca di luar sana berkenaan dengan kisah rumah tangga aku yang penuh dengan duka akibat tindakan bodoh seorang suami yang curang. Sebagaimana kisah cinta orang lain, perkenalan aku dan suami begitu indah pada mulanya.

Bak kata orang mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur tak lena. Inilah dikatakan waktu yang paling bahagia dalam hubungan percintaan. Semuanya indah hinggakan kentut yang busuk boleh menjadi bau yang harum semerbak bak minyak kasturi. Semua ini hanyalah kerana pekung di dada belum terbongkar.
Perkenalan kami dimulai dengan balasan mesej di akaun instagram. Setelah beberapa bulan, hubungan kami mula menjadi lebih serius dan seterusnya melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi dan matang. Aku perasaan bahawa suamiku banyak mengikuti akaun-akaun perempuan di instagram miliknya.
Aku tidak mensyaki apa-apa pada awalnya, kerana aku berfikir biasalah orang lelaki. Pada pendapat aku, yang perlu dikhuatirkan ialah jika seseorang lelaki itu mengikuti lelaki lebih daripada perempuan. Risau mereka ini terlibat dalam kancah homoseksual.

Ternyata sangkaan aku selama ini salah.
Alam Perkahwinan Dengan Suami Yang Curang
Kami akhirnya bernikah kira-kira 4 bulan sebelum Malaysia dilanda pandemik COVID-19. Kami berdua tinggal di rumah sewa yang hanya 2 kilometer jauhnya dari rumah kedua orang tua aku. Dihadapan keluarga dia dan aku, suamiku disanjung tinggi kerana akhlaknya yang sangat baik.
Pada satu malam setelah kami berkahwin selama 3 bulan, hatiku terdetik untuk memeriksa notifikasi yang masuk ke dalam telefon bimbitnya. Suamiku sedang mandi, maka inilah kesempatan untuk aku memeriksa akaun media sosialnya. Apabila aku membuka notifikasi yang baru masuk itu, aku merasakan jantungku hampir gugur kerana amat terkejut.
Di dalam hati, terdetik bahawa suami yang aku cintai ini adalah seorang suami yang curang kepada aku selama ini. Dia dan perempuan ini telah lama berkenalan. Tempoh perkenalan mereka lebih lama berbanding dengan tempoh perkenalan aku dengan suami yang curang ini.

Dia menggunakan istilah “kawan” untuk menutupi hubungan yang terkutuk dan terlarang ini. Dia menegaskan bahawa dia bukanlah seorang suami yang curang terhadap isteri yang tercinta. Tetapi cuba kita semua bayangkan, kawan apa yang berbalas-balas menggunakan emoji love dan menggunakan perkataan sayang?
Suami Yang Curang Bersama Dengan Rakan Sekerja
Aku membutakan mata hati terhadap perkara yang lepas dan ingin terus memandang ke hadapan. Aku sentiasa berdoa agar Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada suami yang curang ini. Setelah 2 minggu dari kejadian yang lepas, aku mula merasakan yang dia melakukan perbuatan yang sama sekali lagi.
Kerana dia sudah mula balik lambat dan tidak balik ke rumah untuk ‘lunch hour’. Kerana hati ini penuh dengan syak wasangka yang bukan-bukan, maka aku beranikan diri untuk menyiasat ke mana dia pergi sewaktu berehat dan kenapa selalu balik lambat.

Sekali lagi hati aku berkecai seribu apabila melihat dia keluar berehat bersama rakan sekerjanya berdua-duan. Tiada perkataan yang dapat aku gambarkan apabila melihat perbuatan khianat ini berlaku untuk kali kedua.
Ini merupakan bahagian pertama mengenai kisah suami yang curang yang dialami oleh Diana. Pasti ada yang tidak sabar untuk membaca bahagian yang kedua kan? Diharapkan anda semua dapat bersabar, kerana admin akan kongsikan kisah tersebut.
Baca juga:
1 thought on “Suami Yang Curang Bertopengkan Nafsu- Bahagian 1”
Pingback: Suami Yang Curang-Bahagian 2 - Baitul Taaruf