Suami Yang Curang-Bahagian 2

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
89

Suami Yang Curang-Bahagian 2 ini merupakan sambungan dari cerita suami yang curang bahagian yang pertama. Kita sedikit sebanyak telah mengetahui kisah kehidupan rumah tangga Diana dan suaminya. Pada bahagian yang pertama kita dapat mengetahui tentang sesi perkenalan Diana dan suaminya melalui media sosial.

Diana mengakui bahawa perkahwinannya ini merupakan episod duka dalam sejarah hidupnya. Diana juga mengakui bahawa episod duka ini bermula dengan kenangan manis di antara dua insan yang sedang hangat bercinta. Diana mengatakan bahawa semuanya indah pada permulaan kerana rahsia hitam suaminya belum terbongkar.

suami yang curang

Diana boleh dikelaskan sebagai pengantin PKP kerana dia berkahwin 4 bulan sebelum Perintah Kawalan Pergerakkan Dilaksanakan di Malaysia. Kita semua tahu bahawa pelaksanaan PKP membuatkan ramai pasangan yang sudah berkahwin meluangkan masa di rumah lebih banyak dan pelbagai rahsia rumah tangga terbongkar hingga menyebabkan penceraian.

Semoga Allah memelihara kebahgiaan rumah tangga kita semua.

Suami Yang Curang Dengan Rakan Sekerja

Ramai orang berkata bahawa seorang suami tidak boleh membohongi isteri mereka. Sebagai seorang isteri yang belajar dari pengalaman, Diana mula mencurigai tingkah laku suaminya yang berubah dengan sekelip mata. Diana dengan keberanian di dalam dirinya menyiasat sendiri akan suaminya yang berperangai pelik itu.

Dia mendapati bahawa suaminya amat rapat dengan seorang perempuan yang merupakan rakan sekerja suaminya sendiri yang bernama Nurul. Pencurangan pada kali ini ialah dengan seorang anak dara. Diana amat hairan dengan perangai Nurul yang melayani suaminya seperti sedang bercinta.

Nurul dan suaminya diibaratkan seperti belangkas kerana terlalu rapat. Diana berasa pening dan pelik kerana Nurul mengetahui bahawa dia dan suami sudahpun mendirikan rumah tangga. Malahan Nurul sudah beberapa kali bertemu dengan Nadia.

suami yang curang

Setelah seminggu semenjak Nadia mengetahui kejadian tersebut, dia akhirnya membuka mulut bahawa dia mengetahui akan perkara tersebut. Diana mengambil keputusan untuk berterus terang kerana dia sudah tidak tahan lagi untuk berdiam diri. Kerana inilah kali kedua suami tercinta curang dengan wanita lain.

Setelah didesak semalam. Akhirnya suami Diana mengaku yang dia mempunyai hubungan bersama dengan Nurul. Suaminya menegaskan bahawa dia dan Nurul hanyalah cinta di pejabat sahaja. Mereka hanya pasangan kekasih di pejabat dan tiada hubungan di luar pejabat.

Perasaan aku sewaktu itu bercampur baur. Perasaan marah, sedih dan jijik menghantui diri yang terluka ini. Perasaan benci juga timbul pada suami sendiri.

Puasa Dan Raya Bersama Suami Yang Curang

suami yang curang

Pasti pasangan suami isteri di luar sana tidak sabar untuk menyambut puasa dan raya bersama. Tetapi perasaan ini hanya tinggal kenangan sahaja bagi diri ini. Rumah orang tua ku tidak jauh dari rumah kami suami isteri. Pada bulan ramadan, aku dan suami akan berbuka dan berterawih sekali di sana.

Ibu bapa aku sangat bangga kerana suami aku menjadi imam sepanjang bulan ramadan ini. Ibu ku sentiasa mengucapkan kata-kata pujian dan syukur kerana dikurniakan dengan menantu yang soleh. Jikalaulah kedua ibu bapa ku mengetahui perangai sebenar menantu tersayang ini.

Walaupun berada di bulan mulia ini, tetapi perangai buruk sang suami tidak pernah berubah. Kali ini dia kantoi mempunyai hubungan dengan seorang perempuan di aplikasi michat. Pada hari tersebut, aku nekad untuk memutuskan hubungan rumah tangga kami. Aku mengemas kesemua barang-barang peribadi aku untuk pulang ke rumah ibu dan ayah.

Tetapi suamiku menghalang dan merayu untuk aku tidak berbuat demikian kerana hari raya hanya tingal beberapa hari sahaja lagi. Disebabkan rasa kesian maka aku turutkan rayuan suamiku.

Suami Yang Curang Bersama Pelacur

Bagi aku pencurangan yang selama ini berlaku masih mempunyai kemaafan kerana dia hanya bermain perasaan sahaja. Tetapi kemuncaknya apabila suamiku sudah pandai untuk melanggang pelacur untuk memuaskan nafsu serakahnya. Hati isteri mana yang tidak hancur melihat orang yang tersayang bersama dengan orang lain.

Aku memeriksa telefon bimbitnya dan melihat bahawa dia sudah lama melanggang pelacur. Yang lagi teruk apabila dia bertukar-tukar pelacur. Kesemua mereka ialah warga asing yang menawarkan khidmat jijik ini di bandar tempat aku tinggal.

suami yang curang

Kali ini aku nekad untuk bercerai dan menjalankan ujian HIV kerana takut telah dijangkiti virus yang merbahaya ini. Aku mohon doa kalian semua untuk terus kuat meneruskan kehidupan.

Baca juga:

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: