Sejarah Hidup Imam Syafie Bahagian 2

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92
imam syafie

Sejarah hidup Imam Syafie Bahagian 2 ini adalah sambungan daripada bahagian yang kedua. Jikalau anda masih belum baca bahagian yang pertama maka anda semua di nasihatkan untuk membacanya terlebih dahulu. Pembacaan bahagian pertama akan mengelakkan sebarang kekeliruan.

Imam Syafie Meningalkan Iraq

Pada tahun 188H/804M, Imam Syafie meninggalkan Iraq dan melalui Harran dan Syria lalu ke Makkah. Imam Syafie kembali ke Baghdad pada tahun 194H/810M. Pada tahun 198H/814M, Imam Syafie meninggalkan Iraq lalu menuju ke Mesir atas jemputan Abdullah ibn Musa. Pada tahun itu juga al-Ma’mun menjadi khalifah setelah menewaskan saudaranya al-Amin setahun yang lalu.

imam syafie

Di Mesir, Imam Syafie mempunyai hubungan yang baik dengan gabenor Mesir. Di Mesir, beliau mengabdikan diri pada pengajaran dan penulisan. Antara murid-muridnya di Mesir adalah al-Rabi’ ibn Sulayman al-Muradi, Abu Ya’qub al-Buwayti dan Abu Ibrahim Ismail ibn Yahya al-Muzani. Mereka ini banyak mencatat kata-kata guru mereka yang mulia ini.

Di akhir hayat Imam Syafie, beliau terlibat dalam perdebatan dengan seorang pengikut mazhab Maliki di Mesir yang bernama Fityan. Fityan yang kalah dalam perdebatan dengan Imam Syafii berasa tidak puas hati lalu mencaci Imam Syafii. Gabenor yang menjadi penaung Imam Syafii mengarahkan Fityan diarak di jalan-jalan sambil memegang sekeping papan yang bertulis ‘inilah hukuman kerana mencaci keturunan saudara terdekat Nabi’.

Marah dengan hukuman itu, teman-teman Fityan menyerang Imam Syafii seusai beliau mengajar. Imam Syafii cedera parah lalu dibawa ke rumahnya di Fustat. Beberapa hari kemudian iaitu 30 Rejab 204H/820M, beliau meninggal dunia. Beliau dimakamkan di perkuburan Bani Abd al-Hakam berdekatan Gunung al-Muqattam. Pada tahun 608H/1212M, sultan Ayyubiyyah Mesir, al-Malik al-Kamil membina sebuah kubah di atas makam Imam Syafii yang masih wujud sehingga ke hari ini dan sentiasa dilawati pengunjung.

Imam Syafie Memperkenalkan Hukum Dasar-Dasar

Dasar-dasar Mazhab Syafii dapat dilihat dalam kitab Usul al-Fiqh Ar-Risalah dan kitab fiqah al-Umm. Di dalam buku-buku tersebut Imam Syafie menjelaskan kerangka dan prinsip mazhabnya serta beberapa contoh merumuskan hukum far’iyyah (yang bersifat cabang).

Asas-asas mazhab yang pokok pangkalnya ialah berpegang pada dalil dan nas ini:

  • Al-Quran: Imam Syafii pertama sekali selalu mencari alasannya dari Al-Quran dalam menetapkan hukum Islam.
  • Sunah dari Rasulullah SAW kemudian digunakan jika tidak ditemui rujukan dari Al-Quran. Imam yang berilmu tinggi ini sangat kuat pembelaannya terhadap sunnah sehingga dijuluki Nashir As-Sunnah (pembela Sunnah Nabi).
  • Ijmak para Sahabat Nabi, yang tak diketahui ada perselisihan tentang itu. Ijma’ yang diterima Imam Syafie sebagai landasan hukum adalah ijma’ para sahabat, bukan kesepakatan seluruh mujtahid pada masa tertentu terhadap suatu hukum; kerana menurutnya hal seperti ini tidak mungkin terjadi.
  • Kias yang dalam Ar-Risalah disebut sebagai ijtihad, apabila dalam ijma’ tidak juga ditemukan hukumnya. Akan tetapi Imam Syafie menolak dasar istihsan dan istislah sebagai salah satu cara menetapkan hukum Islam.

Qaul Qadim Dan Qaul Jadid Imam Syafie

Imam Syafie pada awalnya pernah tinggal menetap di Baghdad. Selama ia tinggal di sana, ia mengeluarkan ijtihad-ijtihadnya, yang biasa disebut dengan istilah Qaul Qadim (pendapat yang lama). Ketika kemudian Imam Syafie pindah ke Mesir kerana munculnya aliran Mu’tazilah yang telah berhasil mempengaruhi kekhalifahan, ia melihat kenyataan dan masalah yang berbeza dengan yang sebelumnya ditemui di Baghdad. Ia kemudian mengeluarkan ijtihad-ijtihad baru yang berbeza, atau yang biasa disebut dengan istilah Qaul Jadid (pendapat yang baru).

imam syafie

Beliau berpendapat bahwa qaul jadid tidak berarti menghapus qaul qadim. Jika terdapat kondisi yang sesuai dan baik dengan qaul qadim ataupun dengan qaul jadid, maka dapat digunakan salah satunya. Dengan demikian, kedua qaul tersebut sampai sekarang masih tetap dianggap berlaku oleh para pemegang Mazhab Syafie.

Peninggalan Imam Syafie

Imam Syafie terkenal sebagai perumus pertama metodologi hukum Islam. Usul al-Fiqh (atau metodologi hukum Islam) tidak dikenal pada masa Nabi dan sahabat, melainkan ilmu ini baru lahir setelah beliau menulis Ar-Risalah. Mazhab Syafie umumnya dianggap sebagai mazhab yang paling konservatif diantara mazhab-mazhab fiqah Sunni lain-lain, di mana berbagai-bagai ilmu keislaman telah berkembang berkat dorongan metodologi hukum Islam dari para penyokong mazhab ini.

Kerana metodologi yang sistematik dan tinggi tingkat ketelitian yang dituntut oleh Mazhab Syafie, terdapat banyak ulama dan penguasa di dunia Islam yang menjadi penyokong setia mazhab ini. Di antara mereka bahkan ada pula yang menjadi pakar terhadap keseluruhan mazhab-mazhab Ahli Sunah Waljamaah di bidang mereka masing-masing. Tambahan lagi, Mazhab Syafie diperkirakan diikuti oleh 28% umat Islam seluruh dunia, dan merupakan mazhab terbesar kedua dalam hal jumlah pengikut setelah Mazhab Hanafi.

Sekian sahaja penulisanberkenaan dengan tokoh besar dunia Islam ini.

Baca juga:

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: