Basuh baju tak perlu pening nak fikir jemur, suri rumah ini bagi sebab kenapa Mesing Basuh Washer Dryer ini jimat berganda..
Tak perlu peka Mesin Basuh Washer Dryer LG ini
Jika dulu, dalam masa satu jam membasuh baju, aku sentiasa kena peka.. Leka buat kerja lain tak siap lah baju dalam mesin tu.. Siap basuh dan bilas, angkat baju masuk lubang sebelah, nak spin dia keluar bunyi Jumanji.. Buka balik tekan-tekan, masuk keluar susun balik bagi boleh spin.. Aku memang takkan basuh baju masa budak-budak & bapak budak tidur sebab bunyi dia memang bising..

Dah siap pegi jemur dan tunggu la dia kering untuk dilipat.. Okey je untuk orang rajin, tp mcm aku ni mimpi lah nak siap dlm sejam tu.. Ada tu air xtutup berjam-jam.. Haihs, membazirnya.. Pernah juga basuh hari ni, esok pun belum siap lagi..
Washer Dryer LG ni agak mahal, tapi sangat membantu
Jadi aku amik keputusan untuk beli mesin basuh washer dryer LG yang baru.. Memang agak mahal, tapi sangat membantu.. Masuk baju kotor, tekan, siap boleh terus lipat..

Tak perlu tutup paip, tak perlu jemur, washer Dryer LG ni boleh kering sendiri
Washer Dryer LG ni Tak perlu buka tutup paip, xperlu jemur.. Kita ni suri rumah, jika bahagia tu tidak datang dari manusia, cubalah cari dari benda lain.. Yang memudahkan kita & tak peningkan kepala..
Kelebihan Washer Dryer LG ini
Kelebihan yg aku nampak dengan Washer Dryer LG ni adalah :
1- Bunyi hampir tiada, langsung tidak mengganggu kalau membasuh ketika orang lain sedang tidur.
2- Tiada gegaran langsung. Boleh letak pasu bunga cantik-cantik atas mesin tu?
3- Besar, cantik dan nampak moden.
4- Jimat space, tak perlu beli dryer asing sebab mesin ni 2 in 1.
5- Jimat air.
6- Jimat sabun, sabun yang digunakan untuk mesin ni hanya suku dari penggunaan mesin biasa(top load).Tapi buih dia ya ampun..
7- Basuhan lebih bersih(boleh baca artikel lain, ada beza teknik basuhan top load dgn front load)
8- Semestinya jimat masa dan boleh buat kerja lain dengan aman..
9- Ada warranty 10tahun?
Ciri ciri Washer Dryer LG siap boleh kawal guna Apps
Ciri-ciri lain washer Dryer LG yang aku teruja :
1- Ada wifi. Download apps dekat hp, dia bg notification kalau basuhan dah siap.. Tengah tengok tv, nak ubah setting guna hp je..
2- Boleh basuh guna air panas walaupun paip kita xde air panas..
3- Mode basuhan yang banyak, siap boleh dry clean.. Kot la emergency tp air paip xde..
4- Touch screen tapi ada child lock, jadi tak risau..
5- Kalau ada problem, call customer service dia detect dari jauh je.. Tak perlu dia nak datang rumah kita untuk repair..
Setakat beberapa hari guna ni, ini yang aku nampak..
Mungkin biasa bagi anda, tapi untuk rakyat marhaen cam aku ni, aku sangat teruja..
Model mesin : LG 14/8kg Inverter Direct Drive Washer Dryer F2514DTGE

freereview #LGproduct #washerLG #dryerLG
Kredit :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1232055646988935&id=100005535345043
1 thought on “Rupanya Ini sebabnya Suri Rumah ini Review Mesin Basuh Washer Dryer LG”
Pingback: 6 Tips Penjagaan Rambut Wanita - Baitul Taaruf