
Hari ni admin nak berkongsi dengan para pembaca sekalian resepi nasi ayam. Memasak nasi ayam sebenarnya amat mudah tetapi masih ada lagi yang tidak peka bagaimana untuk memasaknya.
Resepi yang mudah dan sedap sudah semestinya menjadi pilihan kita semua. Daripada kita nak beli di luar lebih baik kita memasak sendiri kerana lebih terjamin mutu makanan dan kebersihannya.
Resepi kali ini menggunakan 1 ekor ayam. Anda boleh mengubah mengikut cita rasa anda.
Bahan Untuk Ayam
- 1 ekor ayam.
- 2 inci halia.
- 4 ulas bawang putih.
- 5-6 ulas bawang merah.

Bahan perap:
- 1 sudu besar sos tiram.
- 1-2 sudu besar kicap cair.
- 1 sudu besar kicap manis.
- 1-2 sudu besar madu.
- 1 sudu besar minyak bijan.
Anda perlu perap ayam dengan halia,bawang putih dan bawang besar. Semua bahan ini perlu dikisar terlebih dahulu. Proses perapan boleh dilakukan selama 30-45 minit.
Kemudia didihkan air dan masukkan ayam dengan api yang perlahan. Apabila ayam sudah setengah masak, keluarkan dan lumurkan sekali lagi dengan bahan perap dan gantungkan selama satu jam.

Kemudian anda boleh gorengkan ayam tersebut dan ayam anda sudah sedia untuk dimakan.
Cara Memasak Nasi
Bahan yang anda perlukan:
- 2 sudu besar mentega.
- Tambah 5 ulas bawang merah- ditumbuk.
- 3 ulas bawang putih-ditumbuk.
- 2 inci halia- ditumbuk.
- 2 helai daun pandan.
- 1 helai daun salam (bay leave).
- 1/4 cawan susu full cream.
- 1/2 – 1 kiub serbuk pati ayam.
- 1 sudu kecil garam.
- Secubit gula.
- Rempah penumis – 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis.
Bahan-bahan ini perlu dimasak di atas kuali terlebih dahulu.
Masukkan 2 sudu besar mentega dan tumiskan bawang putih, bawang merah, halia beserta dengan bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.
Setelah naik bau, anda perlu masukkan susu full cream, garam, gula, kiub pati ayam dan air rebusan ayam tadi.
Tunggu hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan ke dalam periuk nasi anda. Jika air ini tidak cukup tambahkan dengan air biasa mengikut sukatan yang sepatutnya.
Sambal Cili

- 5 tangkai cili padi merah siamm atau cili merah biasa.
- 5 ulas bawang putih.
- 2 inci halia.
- 1 sudu kecil garam atau secukup rasa.
- 1 sudu kecil gula atau secukup rasa.
- 1/2 cawan air rebusan ayam.
- Sos tomato.

Kisarkan cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.
Kuah Sup
- Jeruk kubis.
- Garam.
- Serbuk pati ayam.
Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan campurkan jeruk kubis, garam dan serbuk pati ayam.
Beginilah cara untuk masak nasi ayam yang sedap. Resipi yang mudah dan cepat akan menaikkan perasaan anda semua untuk memasak.
Selamat mencuba.
Baca juga:
1 thought on “Resepi Nasi Ayam”
Pingback: 5 Ciri Rumah Orang Islam - Baitul Taaruf