Perut Anda Buncit? Mari Baca Dulu

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
91
Buncit

Perut Anda Buncit? Mari Baca Dulu ini akan memberikan ilmu kepada anda semua yang sedang berusaha untuk mendapatkan perut yang langsing. Sudah pasti ramai antara kita inginkan perut yang berbentul ‘flat’ atau rata berbanding dengan perut yang bulat.

Orang-orang yang berbadan besar atau gemuk ini pasti mempunyai masalah dengan keyakinan diri mereka. Mereka akan menjadi ‘insecure’ apabila bergaul dengan orang ramai. Perasaan malu akan menyelubungi diri mereka apabila orang-orang dikeliling mereka ialah mereka yang kurus.

Tahukah anda semua bahawa lemak di bahagian perut merupakan lemak yang paling degil untuk dihapuskan pada badan seseorang?

Lemak yang berlebihan inilah punca kenapa perut seseorang itu menjadi besar.

Mitos Tentang Penyebab Perut Buncit

Perut kita membuncit adalah kerana beberapa sebab yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. Tetapi tahukah anda bahawa rakyat Malaysia ramai yang ditipu. Mereka ditipu tentang kenapa perut mereka boleh besar.

Kebanyakan “fakta” yang diberikan ini, sebenarnya adalah mitos semata-mata. Mitos inilah penyebab kita tersalah langkah dalam usaha untuk mengempiskan perut.

Buncit

Mitos yang pertama ialah terus tidur selepas makan. Kebanyakan individu takut untuk tidur selepas makan kerana bimbang akan kenaikan berat badan atau kegemukan. Menurut Jurulatih Bertauliah dan Pakar Pemakanan Peribadi, Kevin Zahri, kenaikan berat boleh berlaku akibat makan selepas tidur adalah tidak tepat. Ini kerana proses kenaikan atau penurunan berat badan tidak bergantung kepada jarak anda makan dan tidur.

Tetapi anda perlu tahu bahawa tidur selepas makan dalam keadaan perut kenyang boleh menyebabkan masalah seperti pedih ulu hati dan peningkatan risiko strok. Pakar mencadangkan 2 jam selepas makan adalah tempoh terbaik untuk tidur.

Tidak Boleh Minum Apabila Makan?

Pernah tidak anda dimarahi kerana makan bersulam dengan minum? Kononnya boleh menyebabkan perut menjadi besar. Tetapi kalau makanan itu pedas, bagaimana pula?

Mungkin ada benarnya perut akan menjadi buncit, tetapi untuk tempoh sementara sahaja. Ini kerana menurut Kevin, lebih banyak isipadu air yang diminum, maka akan lebih buncit perut anda. Tetapi isipadu air itu akan dicerna dan diserap oleh badan dalam proses pencernaan makanan. Keadaan ini sekali gus akan menghilangkan masalah yang dialami.

Rokok Penyebab Buncit?

Ada sesetengah perokok mengelak daripada merokok kononnya sebab tidak mahu menjadi buncit. Tetapi adakah kepercayaan itu sahih?

Umumnya, merokok sememangnya berbahaya untuk kesihatan. Namun, secara faktanya tabiat merokok sejurus selepas makan adalah sama seperti merokok 10 batang rokok. Jadi, ia tidak menyebabkan perut menjadi buncit, tetapi akan meningkatkan risiko masalah penyakit lain.

Mandi Akan Menyebabkan Anda Buncit

1 mitos paling popular berkaitan makan adalah dilarang mandi selepas mengambil sesuatu hidangan makanan berat, kononnya boleh mengakibatkan perut buncit. Ini kerana proses pencernaan makanan akan terganggu akibat penurunan suhu badan semasa mandi, betul ke?

Buncit

Mengarut sangat! Ia adalah mitos semata-mata. Tidak terdapat langsung hubungan atau kaitan antara mandi sama ada air sejuk atau air panas, selepas makan dengan perut yang buncit. Jadi selepas ini, jangan guna alasan ini untuk mengelakkan mandi, okay?

Makan Kena Terus Bersenam Untuk Elak Buncit?

Ramai yang mengatakan selepas makan perlu terus bersenam kalau tidak mahu mengalami masalah ini?

Betul ke?

Anda baru lepas makan dan kekenyangan, kemudian kena pula bersenam seperti berlari atau turun naik tangga untuk mengelakkan buncit?

Kenapa mahu menyeksa diri? Bersenam dalam keadaan perut yang kenyang dan penuh dengan makanan hanya akan menyebabkan masalah ketidakselesaan pada perut. Anda berisiko untuk mengalami loya serta masalah kesihatan lain yang berbahaya.

Buncit

Jadi kalau anda masih ingin bersenam selepas makan, kerana takut gemuk, sebaiknya lakukan senaman ringan seperti berjalan perlahan-lahan. Atau lebih baik, lakukan sebarang aktiviti fizikal 4 jam selepas makan.

Itu sahaja untuk perkongsian mengenai mitos-mitos penyebab perut buncit ini. Admin juga akan berkongsi tentang senaman-senaman yang akan membantu anda semua dalam menangani masalah perut buncit ini. Diharapkan ianya akan membantu anda semua.

Baca juga:

1 thought on “Perut Anda Buncit? Mari Baca Dulu”

  1. Pingback: 3 Senaman Kempiskan Perut - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: