Penggunaan Istillah Jazakallah Khairan

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
91
Jazakallah Khairan

Penggunaan Istillah Jazakallah Khairan ini akan membrikan satu ilmu baru buat anda semua. Diharapkan ianya akan membantu anda dalam memahami apakah yang dimaksudkan dengan Jazakallah Khairan ini.

Pasti ramai yang tertanya-tanya berkenaan dengan hal ini. Pasti ada sahaja orang yang menggunakan perkataan ini untuk berkomunikasi dengan kita. Tetapi malangnya kita pula tidak tahu maksud dan cara bagaimana perkataan ini digunakan.

Jadi hari ini admin ingin membantu anda semua untuk memahami dengan jelas berkenaan dengan perkataan arab yang selalu diguna pakai oleh masyarakat nusantara kita pada hari ini.

Jazakallah Khairan

Jazakallah khairan ini ialah perkataan arab. Apabila ditukarkan ke ejaan bahasa melayu begitulah bentuknya. Ungkapan ini terdiri dari 2 perkataan. Yang pertama Jazakallah. Dan yang kedua ialah khairan.

Jazakallah bermaksud semoga Allah membalasmu. Ada dua cara untuk menulis perkataan ini dalam abjad latin. Yang pertama ialah jazakallah. Dan yang kedua ialah Jazaakallah. Penambahan abjad a pada gaya penulisan kedua adalah untuk menunjukkan bahawa huruf ja itu dipanjangkan kerana terdapat huruf alif mad atau alif panjang.

Jazakallah Khairan

Manakala maksud khairan pula ialah ialah kebaikan. Apabila digabungkan maka ianya menjadi Jazakallah khairan yang bermaksud “semoga Allah membalas engkau dengan kebaikan”. Melihat dari maksudnya sahaja bahawa ungkapan ini merupakan satu ungkapan yang sepatutnya menjadi amalan kita semua.

Jazakallah khairan ini adalah sebutan apabila kita berwakaf atau berhenti pada kalimah Allah pada Jazakallah. Namun ianya akan berubah jika kita mewasalkan atau menyambung perkataan tersebut. Ianya akan jadi seperti ini Jazakallahu kahiran.

Tetapi masih ramai di luar sana yang masih salah dalam menggunakan ungkapan Jazakallah khairan ini.

Pengunaan Perkataan Jazakallah Yang Betul Mengikut Ilmu Bahasa Arab

Kerana tiada ilmu dalam ilmu bahasa arab, maka ramai yang hanya menyebut jazakallah sahaja. Sedangkan makna jazakallah ini boleh membawa kepada makna yang negatif. Kerana Jazakallah mambawa maksud semoga Allah balas engkau.

Balas dengan apa? Keburukan atau kebaikan?

Dan kesalahan seterusnya yang teramat salah dalam ilmu tatabahasa arab ialah pengunaan kata nama pada perkataan Jazakallah. Huruf Ka pada perkataan ini sebenarnya membawa kepada kata ganti nama lelaki. Jika dalam bahasa melayu kita tidak ditekankan untuk membahagikan di antara perkataan yang maskulin dan feminin.

Tetapi bahasa arab ini berbeza dengan bahasa kita. Bahasa arab akan membezakan perkataan-perkataanya mengikut jantina. Ianya disebut sebagai muzakar dan mu anas. Muzakar merujuk kepada lelaki. Manakala mu anas merujuk kepada perempuan.

Jazakallah Khairan

Apabila kita ingin mengucapkan kata ini kepada seoarang lelaki yang di hadapan kita. Maka Jazakallah khairan ini sudah betul dan tepat pengunaanya. Huruf ka tersebut membawa kepada kata ganti nama lelaki, seperti ini dinyatakan di atas.

Untuk mengucapkan ungkapan ini kepada perempuan yang dihadapan kita pula berbeza. Kata ganti nama untuk perempuan yang berada di hadapan kita ialah huruf Ka yang berbaris fathah atau berbaris bawah. Maka ungkapan yang betul ialah Jazakillah Khairan.

Bagaimana pula jika kita ingin mengucapkan kepada segolongan orang yang ramai. Perkataan yang sebetulnya patut digunakan ialah Jazakumullah khairan. Kita menukar huruf Ka dengan kata ganti nama yang jamak atau ramai. Kata ganti nama tersebut ialah Kum atau Kumu.

Kata ini boleh kita ucapkan atau gunakan kepada mereka yang lebih dari seorang. Dan ianya juga tidak tertakluk kepada jantina. Kum atau kumu ini boleh digunakan untuk lelaki dan juga perempuan.

Ingat semua, jangan salah lagi lepas ni.

Kelebihan Menggunakan Jazakallah Khairan

Jazakallah Khairan

Islam itu sebuah agama yang mencangkupi semua aspek kehidupan. Bukan sahaja penganutnya diajarkan untuk menjaga hubungan dengan Allah. Tetapi kita semua juga diajakan untuk berbakti dan berbuat baik kepada manusia.

Pengunaan kata yang baik ini akan mengeratkan hubungan kita sesama manusia.

Dan perlu kita tahu bahawa pengunaan ungkapan yang indah ini adalah berasal dari Rasulullah SAW. Maka dengan senangnya kita sudah mengamalkan sunnahnya tabpa kita sedari selama ini. Dan jangan risau, pengunaan kata ini akan memberikan kita pahala oleh Allah SWT.

Baca juga:

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: