REVIEW WASHER + DRYER SAMSUNG QUICKDRIVE
Selamat membaca
Alhamdulillah dah 6 bulan guna mesin ni..
Setakat ni sangat memudahkan dan membahagiakan hati CgNa ❤️
Semudah 123 ?
Masuk baju
Masuk sabun
Pusing² Button
Tunggu Siap
Angkat
Tinggal Lipat
?
1. MASA ⏰
Diakui berbanding dengan penggunaan mesin dobi luar.. Mesin W+D ni lebih lama sikit ? Kalau dobi, basuh 26 minit.. keringkan 40 minit.. total 1 jam lebih…
Guna Samsung W+D ni untuk standard basuh + kering adalah 3 jam.
Jadi CgNa suka basuh bila balik sekolah dan siap 1 cycle malam sebelum tido.
2nd cycle, sis masuk baju sebelum tidor, bangun subuh dah siap dan angkat.
Kekerapan basuh baju
2 – 3 hari sekali baru basuh dan keringkan.
Haaaa gitu…
2. ELEKTRIK ?
Mungkin ada yg tertanya kan..
“Nana duk biar mesin tu dari sebelum tdo.. n angkat waktu subuh.. kan dah lebih 3 jam.. elektrik x tarik ke?”
Haaaa TIDAK ?
Mesin Samsung W+D QuickDrive ni jimat letrik. Macam mana tu? Bila cycle W+D dah habis.. Dia akan AUTO-OFF.
Iye, betul.. mesin MATI SENDIRI. Jadi tak berlaku lah letrik ditarik banyak.
3. BIL ?
Setakat penggunaan mesin ni. Penambahan bil adalah sekitar RM15-RM20..
Lebih guna lebih lah elektrik nya.
Standard penggunaan kat rumah CgNa RM32++.. sejak campur penggunaan W+D ni RM47++
4. PENGGUNAAN ?
Untuk basuh 9kg
Untuk keringkan 6kg
Jadi untuk buat 2 mode W+D terus.. pilih yang 6kg ya. Jangan bantai 9kg. Nanti cepatlah hang mesin tu.
Sabun : Hanya sabun liquid sahaja ya. Serbuk xboleh. Yang modified serbuk jd cecair pun xleh.
Asing Baju :
Untuk penggunaan yang baik.
Asing baju budak dengan orang tua.
Button :
Mudah nk pilih dan senang fhm
Anak² pun boleh buat bila diajar.
5. BEST FUTURE ?
Apa yang best tentang mesin ni. Dia ada fungsi QuickDrive. Maksudnya korang boleh nak basuh baju dengan kadar masa serendah 15 minit sahaja.
CgNa selalu guna ni untuk basuh tudung. Tudung mmg CgNa asingkan dari baju² lain untuk basuh. Dan untuk tudung CgNa xapply dryer. Kenapa? Haaa yg ni nnt kita share kat tips cara basuh guna W+D.
So pagi² sebelum g sekolah sambil² siapkan ape yang patut. CgNa mmg selalu akan basuh tudung² ni dan bila dah siap basuh, CgNa akan sidai macam biasa.
Selain tu, mesin ni boleh di MONITOR via smartphone tau.
Nak pause, bak tukar cycle, nak tambah masa?
Semua boleh ?
6. PENJAGAAN ?
Haaa jangan guna je tapi tak jaga.
Habis basuh OFF SUIS dan CABUT PLUG. Ni membantu jgk utk jimat eletrik.
Sebulan or 2 bulan sekali CUCI dalam mesin. Haa yg ini en Abe lah yang selalu buat. Buang habuk² yanh terkumpul dan buang air kotor yang terkumpul.
Penjagaan penting untuk hayat yang lebih lama.
Ya CgNa pernah baca guna 2 in 1 W+D ni risiko nya cepat rosak. Tp tulah kita usaha jaga, selebihnya kita serah padaNya untuk bantu kita menjaga mesin ni..
7. HARGA ?
Haaaa… Dah baca review kat atas tu semua. Mesti sangat tertanya2 berapa harganya kan.
En suami beli kat Sen Heng
Masa April 2019 harga mesin ni RM4000++
✓ include 6years extended warranty
✓ FREE vaccum tanpa wayar (yg ni best giler – cas bateri je n leh vacuum kat celah² mana pun)
.
.
.
Okeyh tu je kot review yang boleh CgNa buat setakat pengalaman yang ada ni.
Hadiah terbaik buat ibu² dan isteri untuk memudahkan kerja rumah..
Mesin ni adalah BIG WHY sis dan en suami.
Dengan anak 3 orang, struggle yang amat nak basuh, sidai dan lipat baju. Mmg pernah sangat² stress dan menangis sebab rasa penat ?
Pernah juga struggle basuh baju banyak² kat rumah.. kumpul 2 3 bakul dan bawak ke dobi untuk keringkan. Faktor duk apartment, ruang nk sidai taklah luas mana. Campur tolak time hujan.
Mmg sangat struggle.
Nak dijadikan cerita, ujian mesin rosak. Berbulan² juga bertapa di dobi utk urusan basuh kering baju. Kami saving sama². Pulun sale Buku Ohsem Math. Semata2 untuk beli kemudahan yang 1 ni.
Dan in APRIL 2019, we made it. Terima kasih en.suami yang pilih dan belikan yang terbaik untuk keluarga. Love u more ahaks ?
So boleh lah saving pelan² untuk dapatkan yang terbaik.
Pilihan di tangan anda.
CgNa berkongsi sekadar yang mampu..
Update :
Tadi CgNa survey semula harga mesin yg sama di Sen Heng.. dulu RM4k… Now dah RM3200 gitu ?
?
SUMBER: Cikgu Nana
17122019
#cikgunana
#tips
#sharing
#reviewwasherdryer