Panduan Solat Perempuan Sakit Bersalin ini akan berkongsi dengan semua bagaimana untuk para wanita di luar sana untuk mengerjakan solat ketika sedang sakit bersalin.

Ramai yang terlepas pandang akan hal ini. Sedangkan solat ialah tiang agama untuk semua orang Islam. Ianya wajib dikerjakan walaupun pada perempuan ketika sakit bersalin.
Fatwa Mengenai Solat Perempuan Sakit Bersalin
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, para wanita yang sedang sakit bersalin masih wajib untuk menunaikan solat. Mufti juga ditanya bagaimana jika wanita tersebut sudah mengeluarkan tanda seperti keluar mucus (cecair berwarna kekuningan seperti hingus), bloody show dan pecah air ketuban.

Jawapannya ialah tetap wajib untuk perempuan itu mengerjakannya. Namun, masih ramai di luar sana yang belum jelas berkaitan dengan hukum solat ketika sedang sakit bersalin.
Darah Atau Air Ketuban Keluar Ketika Sedang Sakit Bersalin

Di dalam Irsyad Al-Fatwa ke-441 ada menyebutkan tentang hukum darah/ tanda/ cairan yang keluar ketika sedang hendak bersalin.
Fatwanya seperti yang berikut:
- Pada pandangan mazhab Syafie, darah yang keluar sebelum bersalin atau dikenali juga sebagai dam al-thalaq. Darah ini dihukumkan sebagai darah yang fasad atau rosak. Hukum bagi darah ini sama dengan hukum istihadha. Maka dengan itu, diwajibkan ke atas wanita yang sedang sakit bersalin itu untuk menunaikan solat. Kerana istihadha tidak mengugurkan kewajipan solat.
- Terdapat juga pandagan bahawa, jikalau perempuan yang sedang hendak bersalin itu keluar darah haid seperti biasa maka darah yang keluar pada waktu ini dikira sebagai darah haid. Ianya perlu pemerhatian yang teliti untuk mencukupi syarat-syarat darah haid.
- Untuk air ketuban yang keluar sebelum bersalin, ianya dikira sebagai najis. Ianya membatalkan wuduk seseorang yang mengeluarkannya. Maka wanita yang sedang sakit bersalin itu hanya perlu bersuci setelah air ketuban tersebut kering dan wajib menunaikan solat seperti biasa.
- Terpadat juga permasalahaan di mana air ketuban seseorang itu tidak berhenti dan keluar secara beterusan. Maka hukum ini berkait juga dengan hukum istihadha,
Persediaan Untuk Solat Ketika Sakit Bersalin
Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi mereka yang ingin mengerjakan solat walaupun tanda-tanda tersebut telah keluar. Menjadi kewajipan bagi seseorang yang beristihadha atau mereka yang mengambil hukum menjadi istihadha melakukan perkara di bawah sebelum menunaikan solat fardu yang wajib hukumnya bagi orang Islam semuanya.

Perkara yang perempuan sedang sakit bersalin perlu dilakukan sebelum solat:
- Mereka dikehendaki untuk membasuh faraj atau kemaluan seperti biasa. Mereka hanya perlu mambasuh seperti biasa seperti selepas kencing.
- Para wanita juga dinasihatkan untuk menyumbat sesuatu di kemaluan jikalau terdapat darah yang keluar. Mereka boleh menyumbat menggunakan kapas, kain atau pad seperti biasa. Perkara ini dilakukan untuk mengelakkan ada darah yang menitis keluar dan akan terkena pada pakaian.
- Para wanita ini diwajibkan untuk bersuci untuk menunaikan solat tetapi tidak semsetinya perlu menggunakan kaedah wuduk. Bagi mereka yang masih mempunyai kekuatan untuk pergi ke bilik air dan berwuduk maka boleh sahaja mereka menggunakan kaedah ini. bagi mereka yang sudah tidak larat untuk bangun, anda boleh bersuci dengan kaedah tayamum yang lebih mudah dan senang.
Cara Solat Ketika Sakit Bersalin
Islam ini adalah agama yang memberikan kemudahan untuk penganutnya beribadah. Seseorang yang sedang sakit bersalin mahupun sakit lain boleh menunaikan solat dengan mengikut kadar kemampuannya. Agama Islam Telah memberikan perintah jika mereka sudah tidak mampu solat secara berdiri maka solat secara duduk dibenarkan.
Jikalau mereka juga tidak mampu untuk solat secara duduk maka mereka boleh solat secara baring. Solat secara baring ialah dengan berbaring di atas lambung kanan. Jikalau tidak mampu juga, solat secara baring melentang dengan menggunakan isyarat mata dibenarkan.

Terdapat juga situasi yang wanita sedang sakit bersalin sudah terlalu sakit untuk menunaikan solat. Maka mereka boleh menangguhkan solat mereka pada waktu sekarang. Tetapi mereka wajib qada’ setelah suci nanti.
Begitulah panduan solat bagi mereka yang sedang sakit bersalin. Dalam perkara ini para suami juga perlu mengambil berat untuk mengingatkan para isteri. Isteri akan lebih berdaya dan akan berusaha menunaikan kewajipan kepada tuhan jika suami tercinta sanggup untuk menolong.
Baca juga:
1 thought on “Panduan Solat Perempuan Sakit Bersalin”
Pingback: 3 Cara Menjadi Lebih Produktif Di Tempat Kerja - Baitul Taaruf