Langkah Pencegahan COVID-19 Di Tempat Kerja

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92
Pencegahan COVID-19

Langkah Pencegahan COVID-19 ini akan berkongsi dengan anda semua tentang bagaimana anda boleh mencegah penularan wabak yang melanda seluruh dunia ini. Artikel ini akan memberikan satu ilmu baharu kepada anda semua untuk diamalkan ketika berada di tempat kerja.

Semua sektor pekerjaan terjejas akibat berlakunya wabak yang melanda dunia ini. Walaupun wabak COVID-19 ini melanda dengan teruknya kita masih perlu meneruskan pekerjaan seperti biasa.

Kerajaan juga banyak membantu dengan mengenalkan pelbagai SOP untuk dipatuhi oleh semua pekerja dalam negara kita. SOP yang dikeluarkan untuk langkah pencegahan COVID-19 di negara kita. Khususnya di tempat kerja.

Mari terus membaca untuk mendapatkan input berguna yang dapat kita semua amalkan.

Wabak COVID-19

COVID-19 ini dikenali sebagai pandemik koronavirus dalam bahasa melayu. Istilah lain yang digunakan ialah wabak koronavirus. Mengikut laporan yang tersedia, wabak ini mula dikesan pada tahun 2019 yang lalu. Tiada tarikh tepat yang dapat disahkan tetapi ianya mula dikesan sejak pertengahan bulan Disember tahun tersebut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengiktiraf wabak ini sebagai pandemik yang melanda dunia. Wabak ini menular dengan cara yang serupa seperti penularan influenza. Penularan influenza ini adalah dengan melalui titik pernafasam dari batuk dan juga bersin. Tempat pertama virus ini dikesan di Bandar Wuhan yang terletak di daerah Hubei. Hubei ini terletak di Negara China.

Pencegahan COVID-19
Ergin Yalcin/Getty Images

Usaha untuk mencegah penyebaran termasuk sekatan perjalanan, kuarantin, pengurungan, penangguhan acara dan pembatalan, serta penutupan kemudahan. Ini termasuk kuarantin Hubei. Seterusnya kuarantin seluruh Negara Itali, Sepanyol, Perancis, Republik Czech, dan Jerman.

Langkah-langkah pengurungan di China dan Korea Selatan dengan pelbagai penutupan sempadan atau sekatan penumpang yang masuk, saringan di lapangan terbang dan stesen kereta api serta nasihat perjalanan mengenai kawasan dengan penghantaran komuniti.

Langkah-langkah pencegahan yang disyorkan termasuk membasuh tangan, menutup mulut apabila batuk, mengekalkan jarak dari orang lain (terutamanya mereka yang tidak sihat), dan pemantauan dan pengasingan diri selama 14 hari untuk orang yang mengesyaki mereka dijangkiti.

Langkah Pencegahan COVID-19 Oleh Majikan Di Tempat Kerja

Pencegahan COVID-19

Sebagai majikan anda perlu menyediakan tempat mencuci tangan yang khusus untuk para pekerja anda. Anda boleh meletakkan tempat mencuci tangan ini di tempat di mana semua pekerja dapat membasuh tangan sebelum masuk ke dalam pejabat. Para majikan juga perlu memastikan para pekerja sentiasa menjaga penjarakkan sosial antara mereka di pejabat dan juga jangan lipa ketika sedang makan.

Majikan juga harus memastikan kesemua pekerja tidak berkumpul dalam satu tempat yang sempit. Ini sering berlaku jika pihak majikan mengadakan mesyuarat di bilik mesyuarat. Hal ini dapat dielakkan sekiranya majikan elakkan kedatangan penuh pada setiap hari ke pejabat. Pihak majikan boleh meletakkan 50% sahaja kehadiran pekerja ke pejabat pada setiap hari.

Majikan juga disarankan untuk sentiasa melakukan proses nyah kuman atau sanitasi di pejabat atau kawasan bekerja. Proses ini akan membantu untuk mengurangkan kes postif dan sebagai langkah pencegahan COVID-19.

Pekerja Juga Mampu Untuk Melakukan Pencegahan COVID-19 Di Tempat Kerja

Perkara ini sudah menjadi satu kewajipan bagi semua orang sejak pandemik berlaku. Perkara tersebut ialah penggunaan pelitup muka. Pemakaian pelitup muka ini merupakan langkah pencegahan yang paling utama yang semua orang perlu lakukan. Setiap kali anda semua keluar rumah, maka sudah pasti anda tidak akan lupa untuk memakai pelitup muka ini.

Yang menjadi masalah ialah apabila di pejabat. Ramai di antara pekerja pejabat yang akan membuka apabila di tempat kerja. Pihak majikan harus mengambil serius terhadap perilaku yang tidak bertanggungjawab ini.

Pencegahan COVID-19

Sebagaimana di tempat awam, penjarakkan sosial di dalam pejabat juga penting. Namun sayang sekali, ramai antara pekerja hari ini yang tidak mengambil berat akan perkara ini.

Langkah pencegahan COVID-19 yang seterusnya ialah para perkerja perlu memastikan diri mereka tidak bergejala. Jika seseorang pekerja itu merasakan diri mereka mempunyai gejala-gejala COVID-19, maka mereka perlu menghindarkan diri daripada masuk ke dalam pejabat. Para pekerja juga dinasihatkan agar terus mendapatkan pemeriksaan dengan kadar segera.

Itu sahaja perkongsian untuk langkah pencegahan COVID-19 pada kali ini. Diharapkan ianya membantu anda semua.

Baca juga:

1 thought on “Langkah Pencegahan COVID-19 Di Tempat Kerja”

  1. Pingback: 3 Khasiat Teh Hijau - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: