Doa Mimpi Yang Dapat Anda Amalkan

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
91

Doa Mimpi Yang Dapat Anda Amalkan ini akan berkongsi dengan anda semua, apakah doa yang sesuai untuk diamalkan jika anda tersedar dari mimpi ketika sedang tidur.

Sebagaimana yang anda semua tahu, Islam merupakan agama yang telah mengajar penganutnya untuk melakukan kebaikan dari bangun tidur hingga hendak tidur semula. Amalan doa mimpi ini juga salah satu daripada amalan yang ramai tidak ketahui dan tidak beramal dengannya.

doa mimpi

Walaupun amalan ini nampak kecil, tetapi ketahui bahawa ianya tetap akan memberikan kita ganjaran pahala.

Doa mimpi ini merupakan salah satu zikir harian yang dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian. Ianya boleh diamalkan ketika kita mimpi di malam hari atau mimpi di pagi hari.

Mimpi Dalam Islam

Sebelum kita pergi lebih jauh berkenaan dengan doa mimpi, admin akan berkongsi mengenai pandangan Islam tentang hal mimpi.

Dalam al-Quran mimpi disifatkan dengan al-ru’ya yang artinya penglihatan dalam keadaan tidur, disebut juga al-busyra yang bermaksud berita gembira.

Selain al-ru‘ya, Al-Quran juga menggunakan kata Al-hilm. Berbeza dengan Al-ruya, Al-hilm merupakan sesuatu yang dipengaruhi oleh apa yang difikirkan otak sebelum kita tidur. Seperti kita memikirkan sesuatu perkara sebelum tidur dan ianya tidak ada campur tangan syaitan.

doa mimpi

Sebagai contoh, apabila orang yang lapar menginginkan makanan lalu dia tidur. Maka dalam tidurnya dia melihat sesuatu yang ada kaitannya dengan makanan maka itulah yang dikatakan sebagai Al-hilm dan bukan disifatkan sebagai ru‘ya. Dan apabila
dalam tidur seseorang dia melihat sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah maka itu disifatkan sebagai mimpi dari syaitan.

Kita dapat simpulkan bahawa ru’ya merupakan berita gembira atau peringatan oleh Allah supaya kita berhati-hati. Adapun hilm adalah mimpi yang dipengaruhi oleh minda kita kerana banyak berfikir tentang sesuatu perkara sebelum tidur.

Doa Mimpi Yang Baik

doa mimpi

Mimpi yang baik datangnya dari Allah. Kita boleh sifatkan perkara ini sebagai rezeki dari Allah kerana kita akan berasa aman dan selamat dalam tidur. Sudah pasti antara cara untuk memperolehi mimpi yang baik ialah dengan banyak mengerjakan perintah Allah dalam kehidupan seharian kita.

Isi mimpi yang baik ialah kita bermimpi tentang perkara-perkara yang indah. Mimpi yang baik ini juga adalah apabila kita bermimpi berkenaan perkara-perkara yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.

Doa mimpi yang satu ini boleh anda semua amalkan jika anda mengalami mimpi yang baik sama ada di malam hari atau dipagi hari.

Inilah doa mimpi yang kita semua boleh amalkan jika bermimpikan perkara-perkara yang baik. Kita perlu sentiasa berwaspada, supaya mimpi yang baik ini tidak melalaikan kita dalam kehidupan seharian.

Dan ingatlah bahawa mimpi yang baik bukanlah kayu ukur untuk kita masuk ke dalam syurga Allah.

Doa Mimpi Yang Buruk

Kehidupan kita sebagai manusia tidak semuanya indah. Begitu juga dengan mimpi kita. Tidak semuanya mimpi yang indah dan baik. Terkadang kita akan mengalami mimpi buruk.

Mimpi buruk ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Terkadang mimpi buruk yang kita dapat adalah disebabkan oleh sebelum tidur kita menonton filem-filem seram dan sebagainya. Inilah yang disebutkan sebagai Al-hilm seperti yang dijelaskan tadi.

Bahagian kedua pula ialah, mimpi buruk yang ada campur tangan syaitan. Kita semua tahu bahawa syaitan memusuhi manusia yang merupakan anak cucu Nabi Adam. Maka syaitan akan cuba untuk menjatuhkan atau melemahkan kita dari pelbagai sudut termasuk dalam mimpi kita.

Dan anda jangan ingat syaitan hanya akan ganggu mimpi di malam hari sahaja. Tetapi syaitan juga akan mengganggu mimpi kita di siang hari juga.

Inilah doa mimpi buruk yang kita semua boleh amalkan apabila terasa diganggu ketika tidur.

Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Ketika Terkena Mimpi Buruk

doa mimpi

Nabi Muhammad SAW telah mengajarkan kita semua beberapa perkara yang kita boleh amalkan sekiranya terkena mimpi buruk sewaktu sedang tidur.

Amalan-amalan tersebut ialah:

  • Meludah ke bahagian kiri sebanyak tiga kali.
  • Memohon perlindungan dari Allah SWT daripada gangguan syaitan. Anda boleh amalkan doa mimpi di atas.
  • Mengubah posisi tidur dan ubah tempat tidur anda.

Diharapkan perkongsian doa mimpi ini dapat memberikan satu ilmu baru kepada anda semua. Ingatlah sekecil-kecil perkara yang kita amalkan dapat membantu kita di akhirat kelak.

Baca juga:

1 thought on “Doa Mimpi Yang Dapat Anda Amalkan”

  1. Pingback: Penggunaan Istillah Jazakallah Khairan - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: