Cara Menunaikan Solat Taubat

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
91

Cara Menunaikan Solat Taubat ini akan memberikan pencerahan kepada anda semua tentang kaifiyat atau bagaimanakah cara menunaikan solat taubat.

solat taubat

Sebagai umat Islam kita harus sentiasa ingat bahawa kita hidup di dunia ini untuk melaksanakan ibadah kepada Allah. Kita juga diperintahkan untuk terus menjauhi larangan di dalam agama. Apabila kita sebagai manusia terus melakukan larangan maka disini telah tercatat dosa untuk kita. Dengan dosa yang ada ini kita wajib bertaubat kepada Allah sebelum mati.

Bertaubat di sini maksudnya ikhlas menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan dan bertekad di dalam hati untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut, serta memohon keampunan daripada Allah.

Pengenalan Solat Taubat

Solat sunat taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada Allah. Kita harus ingat bahawa sebagai makhluk yang lemah kita sepatutnya sentiasa berada dalam keadaan bersih dari dosa.

solat taubat

Kita selagi hidup di atas muka bumi Allah ini tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Semua anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang bertaubat”.

Syarat Sebelum Melakukan Solat Taubat

Kita perlu ingat bahawa setiap amal ibadah yang kita ingin lakukan mempunyai syarat wajib dan syarat sah nya yang tersendiri, Tidak semua ibadah yang kita ingin lakukan boleh terus dilakukan seperti zikir harian yang dilakukan pada setiap hari.

Sekali lagi kita perlu ingat bahawa solat taubat ini dilakukan sesudah seseorang itu menginsafi kesalahan dirinya sendiri lantas memohon keampunan daripada Allah.

solat taubat

Antara Syarat Sebelum Solat Taubat:

  • Benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu.
  • Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut.
  • Bercita-cita tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi.

Semua syarat ini adalah untuk pelaku yang memalukan dosa secara langsung dengan Allah. Tetapi kepada mereka yang melakukan dosa yang melibatkan manusia, maka mereka perlu untuk meminta maaf kepada orang tersebut. Seperti contoh, kita mengumpat tentang orang lain, berlaku zalim kepada mereka dan berburuk sangka kepada mereka.

Diingatkan juga kepada mereka yang telah melakukan perbuatan mencuri. Kepada yang mencuri anda harus memulangkan kembali barang yang telah dicuri kepada pemilik asalnya. Jikalau tuan punya barang membenarkan kita untuk menggunakan atau menyimpannya maka kita boleh berbuat yang demikian.

solat taubat

Waktu Solat Taubat

Seperti solat wajib 5 waktu sehari semalam. Solat Taubat ini juga mempunyai waktu yang khusus untuk dilaksanakan. Namun perkara ini tidak wajib. Anda sebenarnya boleh sahaja untuk melakukan solat taubat mengikut waktu yang sesuai.

Solat sunat taubat boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja, kecuali waktu yang diharamkan untuk solat. Walaubagaimanapun, solat ini lebih afdhal (digalakkan) dilakukan selepas tengah malam sewaktu qiyamulail (bangun pada 2/3 malam untuk beribadat kepada Allah).

solat taubat

Cuma, apabila kita berasa bersalah dan mahu kembali kepada Allah, maka lebih baik kembali yang dimulai dengan amalan serta-merta.Dan amal yang paling baik bagi umat manusia tidak lain tidak bukan adalah solat.

Bilangan Rakaat Solat Taubat

Tidak ada keterangan khusus berkenaan solat sunat taubat secara terperinci. Mengikut pandangan kebanyakkan ulamak, solat sunat taubat boleh dikerjakan sebanyak dua, empat dan enam rakaat Perlaksanaan cara solat taubat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.

Cara Melaksanakan Solat Taubat

solat taubat
  • SolatDimulakan dengan takbiratul ihram: Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat taubat dalam hati.
  • Hukum membaca Iftitah adalah sunat. Solat tetap sah jika doa ini ditinggalkan. Jika dibaca, mendapat pahala.
  • Surah pertama dalam Al-Quran yakni Surah Al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam solat.
  • Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula ayat daripada surah al-Quran seperti surah al-ikhlas.
  • Selesai membaca surah, teruskan dengan rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.
  • Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat: takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua.
  • Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan Surah al-Fatihah.
  • Selepas itu, baca Surah an-Nas.
  • Semasa sujud akhir (sebelum bangun untuk tahiyat), ucapkanlah sebagaimana berikut sebanyak 40 kali:
solat taubat

Demikianlah tatacara solat taubat untuk dijadikan panduan untuk anda semua. Semoga penulisan ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua.

Baca juga:

2 thoughts on “Cara Menunaikan Solat Taubat”

  1. Pingback: Doa Mimpi Yang Dapat Anda Amalkan - Baitul Taaruf

  2. Pingback: 3 Kelebihan Solat Berjemaah - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: