6 Tips Penjagaan Rambut

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
84

Sering kali kita dengar bahawa rambut wanita dikaitkan dengan makhota bagi diri mereka. Hal ini terpalit dengan mereka yang berhijab atau tidak.

Sebagai seorang wanita kita harus menitik beratkan soal penjagaan rambut. Kerana ianya boleh mengambarkan personaliti diri kita pada orang lain.

Penulisan ini bukan sahaja untuk wanita. Tetapi juga kepada lelaki kerana mereka juga boleh menolong kaum keluarga mereka yang lain seperti isteri atau ibu mereka yang mempunyai masalah rambut dan sebagainya.

Apabila seseorang suami mula peka dengan perkara-perkara yang dapat menaikkan kecantikan seorang isteri. Sudah tentu rumahtangga akan menjadi lebih harmoni.

Penggunaan Produk Yang Sesuai

Ramai wanita yang kurang mengambil berat tentang penggunaan produk rambut yang sesuai. Lagi-lagi pada waktu sekarang yang semuanya boleh dibeli dihujung jari.

Asal ada sahaja produk rambut yang sedang viral atau hangat diperkatan oleh orang ramai tentu sahaja kita akan cepat membelinya. Sebagai pengguna yang bijak sudah pasti kita akan berfikir terlebih dahulu sebelum membeli.

Seperti membeli makanan tambahan harian kita, produk rambut juga harus dipilih sesuai dengan rambut kita. Walaupun sekarang ini banyak produk di pasaran tetapi kita harus berjaga-jaga dengan memilih produk yang ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jauhi Penggunaan Bahan Kimia

Terlampau banyak produk yang berada di pasaran pada waktu sekarang yang mempunyai kandungan bahan kimia. Bahan kimia ini bukan sahaja boleh terdapat di makanan tetapi juga pada produk rambut kita.

Produk-produk dapat memberikan kesan jika dipakai. Kebiasaannya produk-produk yang terdapat bahan kimia ini menunjukkan kesan yang amat cepat. Walaupun pada hakikatnya ianya adalah sementara.

Penggunaan produk yang mempunyai bahan kimia juga boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan kita. Contohnya, penggunaan produk rambut yang mempunyai bahan kimia akan menyebabkan rambut gugur, akar rambur rapuh dan kulit kepala akan rosak.

Cuci Rambut

Mesti ramai yang tengah baca ni malas cuci rambut kan? Hehehehehe…

Sebenarnya orang-orang yang berambut panjang sahaja yang akan mengalami kepayahan jika mereka mencuci rambut. Ini kerana mereka akan mengambil masa lebih lama untuk mengeringkan rambut berbanding dengan mereka yang mempunyai rambut yang lebih pendek.

Terdapat tanggapan bahawa mencuci rambut pada setiap hari akan merosakkan rambut kita. Ini semua adalah mitos!

Kenapa tanggapan ini adalah mitos. Kerana mencuci rambut ialah perkara yang paling asas dalam penjagaan rambut. Ianya juga berkait dengan pengunaan syampu yang digunakan.

Penggunaan syampu yang tidak betul boleh menyebabkan rabut masih berminyak dan berbau.

Gunakan Minyak Perapi

Istilah minyak perapi ini jarang sekali digunakan. Isitilah yang popular pada hari ini ialah pelembap rambut.

Terdapat juga mitos bahawa pelembap rambut akan merosakkan rambut kita. Sangkaan ini adalah amat tidak betul.

Pengunaan pelembap akan menyebabkan rambut kita kita menjadi lebih lembap dan tidak terlalu kering.

Penggunaan minyak perapi rambut tidak berlu sampai akar rambut. Hanya cukup sekadar pada bahagian rambut hingga ke hujung rambut. Tunggu selama 2-3 minit kemudian bilas menggunakan air bersih.

Amalkan Pemakanan Yang Betul

Ini merupakan antara tips yang penting dalam penjagaan rambut. Pemakanan yang sihat bukan sahaja penting dalam penjagaan rambut namun penting untuk kesihatan diri sendiri.

Untuk penjagaan rambut, anda semua haruslah menjauhi makanan yang berminyak dan pedas. Makanan yang berminyak dan pedas akan menyebabkan kesan negatif pada pertumbuhan rambut.

Anda boleh mengamalkan makanan yang berprotein tinggi seperti ayam dan ikan. Makanan yang kaya dengan zink yang dapat diperolehi daripada sayuran hijau dan organ dalaman haiwan juga boleh diamalkan. Pengambilan vitamin C dan B juga dapat merangsang pertumbuhan rambut.

Pengamalan Gaya Hidup Sihat

Semua ini tidak akan berjaya jikalau anda tidak menjaga kesihatan. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat anda mampu mengelakkan faktor utama keguguran rambut iaitu stress.

Stress akan menyebabkan sistem tubuh anda terganggu. Apabila sistem tubuh sudah mula terganggu maka hormon yang tidak sepatutnya dirembeskan akan terhasil dan menyebabkan minyak yang berlebihan pada kulit kepala anda.

Anda juga disarankan untuk mengamalkan tidur yang cukup dan awal. Sebagai contoh anda perlu tidur sebelum 11 malam. Ini kerana pada jam 11 malam hingga 2 pagi hari anda akan melakukan proses untuk mengeluarkan toksik dari badan.

Anda boleh mengamalkan langkah-langkah di atas untuk menjaga rambut. Langkah-langkah ini tidak spesifik kepada wanita sahaja. Malahan lelaki juga boleh mengamalkannya.

Baca juga:

3 thoughts on “6 Tips Penjagaan Rambut”

  1. Pingback: 5 Tip Asas Membela Kucing - Baitul Taaruf

  2. Pingback: 3 Cara Menjaga Kebersihan Diri - Baitul Taaruf

  3. Pingback: 5 Cara Melajukan Wifi Di Rumah - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: