5 Tanda Anda Menghadapi Penyakit Buah Pinggang

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92
Penyakit Buah Pinggang

Penulisan 5 tanda anda menghadapi penyakit buah pinggang ini akan berkongsi dengan anda semua beberapa tanda awal tentang penyakit ini.

Penyakit buah pinggang ini merupakan satu penyakit yang tidak asing lagi di negara kita. Penyakit ini mula terkenal dalam kalangan masyarakat sejak dari awal tahun 90-an lagi.

Penyakit ini sebenarnya amat merbahaya dan akan mendatangkan kemudaratan kepada orang-orang yang menghidapinya. Penyakit ini pada kebiasaannya menyerang warga emas. Tetapi sekarang, penyakit kronik ini sudah tidak kenal umur. Bayi yang baru lahir juga sudah terkena dengan penyakit ini.

Penyakit Buah Pinggang

Sebagai manusia, kita seharusnya menjaga kesihatan tubuh badan kita. Tubuh yang sihat akan menjadikan kita lebih produktif dalam kehidupan seharian.

Apa Itu Kegagalan Buah Pinggang?

Kegagalan buah pinggang adalah tidak sama maksudnya dengan penyakit buah pinggang. Seperti penyakit kanser, sakit ini juga mempunyai tahap-tahapnya yang tersendiri. Penyakit kanser tahap empat adalah tahap yang teratas dan paling kronik dalam tangga susunan penghidap sakit kanser.

Kegagalan buah pinggang adalah tangga terakhir dalam susunan penyakit kronik ini. Ianya juga dikenali sebagai kerosakan buah pinggang yang kekal.

Penyakit Buah Pinggang

Satu kajian telah dijalankan di Amerika oleh sebuah yayasan yang dipanggil sebagai Yayasan Buah Pinggan Amerika. Tahun kajian tersebut dilakukan adalah pada tahun 2005. Pada tahun tersebut, yayasan ini merekodkan penghidap penyakit merbahaya ini hanya sekadar 10% sahaja.

Dinyatakan juga bahawa kadar 10% ini adalah pada kapasiti yang normal. Penyakit ini terjadi apabila buah pinggang pesakit tidak mampu lagi untuk menapis bahan buangan yang dihasilkan oleh badan secara normal.

Kegagalan buah pinggang ini bukan sahaja akan memberi kesan pada fizikal pesakit. Tetapi juga ianya akan memberikan kepada kesan yang amat mendalam kepada mental pesakit.

Kerana penyakit buah pinggang ini akan menyebabkan ketidakupayaan dan akan menyebabkan kebergantungan kepada orang lain dalam kehidupan mereka. Pesakit juga perlu mengahdapi stigma negatif yang diberikan oleh masyarakat dan orang sekelilingnya kepada pesakit buah pinggang.

Penyakit Buah Pinggang

Pesakit buah pinggang juga akan mengalami perubahan cara hidup yang drastik. Mereka juga akan terbeban dengan kos rawatan yang sangat tinggi kosnya.

Cepat Letih Merupakan Tanda Anda Mempunyai Penyakit Buah Pinggang

Seandainya anda merupakan seorang yang aktif, tetapi kemudian anda merasakan bahawa stamina anda sudah tidak seperti dulu. Maka anda perlu cepat-cepat membuat pemeriksaan doktor untuk memastikan yang anda berada dalam keadaan yang sihat.

Cepat letih ini bermaksud anda merasakan keletihan dengan secara tiba-tiba apabila melakukan sesuatu pekerjaan, aktiviti atau tugas. Sedangkan selama ini, anda sudah biasa melakukanya dan tidak terbit perasaan letih.

Jika keletihan yang anda rasakan ini berlaku secara berterusan, terus pergi untuk berjumpa dengan doktor. Tetapi ingat jangan sesekali anda membuat andaian anda sendiri.

Sukar Tidur

Ramai diantara rakyat Malaysia yang mempunyai masalah insomia atau sukar tidur malam ini. Antara penyebab anda tidak boleh tidur di waktu malam adalah mungkin disebabkan oleh tekanan yang dialami pada waktu bekerja.

Anda juga mungkin telah banyak tidur pada waktu siang hingga menyebabkan sukar tidur di waktu malam.

Penyakit Buah Pinggang

Bagi pesakit yang menghadapi penyakit buah pinggang pula, mereka akan mengalami kesukaran untuk tidur kerana kadar toksin yang terlalu tinggi dalam badan anda. Buah pinggang yang rosak menyebabkan toksin yang sepatutnya keluar melalui air kencing tidak dapat dikeluarkan dan akan terus kekal di dalam darah.

Kulit Kering Dan Gatal Adalah Tanda Penyakit Buah Pinggang

Anda perlu ketahui bahawa buah pinggang berfungsi untuk membuang lebihan cecair yang tidak diperlukan oleh badan manusia. Kulit kita kan menjadi kering jika terdapat banyak cairan di dalam badan.

Kulit yang terlalu kering ini akan menyebabkan iritasi kepada kulit kita. Ia juga akan menyebabkan gatal-gatal.

Anda Kerap Kencing?

Penyakit Buah Pinggang

Semua perlu tahu bahawa penyakit buah pinggang ini akan mengalami kekerapan membuang air kencing melebihi daripada orang biasa. Anda akan kerap ke tandas lebih dari kebiasaannya.

Masalah Pada Kencing Anda

Penyakit buah pinggang dapat dikesan melalui air kencing anda juga.

Antara tandanya ialah anda akan mengalami masalah kencing berdarah. Air kencing anda juga akan berbuih jika terdapat masalah buah pinggang.

Baca juga:

1 thought on “5 Tanda Anda Menghadapi Penyakit Buah Pinggang”

  1. Pingback: 4 Faedah Bersukan Kepada Masyarakat - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: