6 Persediaan Untuk Lelaki Sebelum Kahwin ini akan memberikan beberapa tips untuk para lelaki di luar sana yang bakal berkahwin.
Yang baru merancang untuk berkahwin pun boleh juga jadikan penulisan ini persediaan dari segi fizikal dan juga mental.
Apabila berbicara tentang perkahwinan, maka lelaki dan juga perempuan perlu bersedia.
Bukan hanya lelaki sahaja yang perlu bersedia, tetapi juga wanita yang bakal berkahwin.

Tetapi kali ini admin akan share untuk bahagian lelaki terlebih dahulu.
Insya-Allah jika ada rezeki, admin akan berkongsi untuk persediaan para wanita sebelum berkahwin pula.
Persediaan sebelum berkahwin amat penting kerana berkahwin bukan perkara yang main-main.
Mari terus membaca persediaan untuk lelaki sebelum kahwin.
Tabung Kahwin Adalah Persediaan Untuk Lelaki Sebelum Kahwin
Jarang kita lihat perkahwinan zaman sekarang tak ‘gah’ kan?
Itu semua terpulang pada anda semua, bagaimana anda inginkan majlis anda berlangsung.
Jika anda mahukan satu majlis yang besar, sudah pasti anda perlu membuat tabung khas untuk menampung perbelanjaan majlis anda.
Tabung kahwin biasanya juga akan digunakan untuk membayar hantaran kepada pihak perempuan.
Ada juga pasangan yang mengumpul duit tabung kahwin bersama-sama.
Mereka akan mengeluarkan duit dari poket masing-masing untuk penuhkan tabung kahwin tersebut.

Terdapat juga pasangan yang hanya pihak lelaki sahaja yang mengumpul duit tabung kahwin.
Sebelum menabung, anda juga perlu membuat kira-kira untuk pastikan bahawa anda dapat mengumpul jumlah yang dikehendaki.
Itulah persediaan untuk lelaki sebelum kahwin.
Sediakan Kenderaan dan Tempat Tinggal Merupakan Persediaan Untuk Lelaki Sebelum Kahwin
Kita semua tahu bahawa tempat tinggal merupakan keperluan asas yang perlu dipenuhi untuk terus hidup.
Namun pada hari ini, kenderaan juga merupakan satu keperluan untuk hidup.
Sebagai ketua keluarga, sudah menjadi kewajipan untuk para suami menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak-anak mereka.
Jadi sebelum berkahwin, anda perlu bersedia untuk menyediakan rumah dan juga kenderaan.
Jika belum mampu untuk membeli rumah, anda boleh sahaja menyewa terlebih dahulu.

Kenderaan paling tidak, anda seharusnya menyediakan paling tidak sebuah motor.
Tetapi pergerakan anda akan terbatas jika hanya motor sahaja sebagai kenderaan.
Persediaan untuk lelaki sebelum kahwin memerlukan kos yang tinggi pada hari ini.
Rendahkan Ego Merupakan Persediaan Untuk Lelaki Sebelum Kahwin
Lelaki dan juga ego berpisah tiada.
Manakala wanita dan juga emosi juga berpisah tiada.
Nasihat kepada para lelaki yang akan mendirikan rumahtangga adalah anda perlu sentiasa rendahkan ego apabila sudah berkahwin nanti.

Jika sekarang ego yang anda ada sudah pun direndahkan, percayalah apabila sudah berkahwin nanti anda perlu rendahkan lagi.
Kerana wanita akan berubah menjadi lebih emosi apabila sudah berkahwin.
Kerana mereka sentiasa fikirkan tentang anda sepanjang masa.
Semua ini berlaku kerana perasaan sayang terhadap anda sangat tinggi dan mereka juga takut kehilangan anda sebagai seorang suami.
Sediakan mental anda termasuk dalam persediaan untuk lelaki sebelum kahwin.
Ubah Gaya Hidup Termasuk Dalam Persediaan Untuk Lelaki Sebelum Kahwin
Jika sebelum ini anda sering terlihat seperti seorang bujang yang terhangat di pasaran.
Maka sebelum kahwin biasakanlah diri untuk menjadi seperti laki orang yang sudah pun mempunyai isteri di rumah.
Ingatlah bahawa diri anda bukan lagi seorang bujang, ada hati seorang isteri yang perlu dijaga.
Lakukan perubahan itu sebelum kahwin supaya anda tidak ‘culture shock’ apabila kahwin nanti.
Lebihkan Masa Dengan Pasangan Juga Persediaan Untuk Lelaki Sebelum Kahwin
Nak sehidup dan semati kan?
Jadi biasakan diri anda sebelum kahwin untuk meluangkan masa yang lebih banyak dengan pasangan anda.
Maklumlah, setelah nikah nanti memang 24 jam anda akan bersama dengan mereka.
Jika sebelum ini selalu keluar lepak dengan kawan-kawan maka kurangkan lepak di luar.
Anda juga mungkin boleh bawa isteri untuk keluar lepak.
Walaupun terlihat seperti sesuatu yang kecil, tetapi ianya amat bermakna buat si isteri.
Luangkan masa dengan isteri juga persediaan untuk lelaki sebelum kahwin.
Diaharpkan penulisan tentang persediaan untuk lelaki sebelum kahwin ini akan memberikan manfaat untuk anda semua.
Baca Juga:
1 thought on “6 Persediaan Untuk Lelaki Sebelum Kahwin”
Pingback: 5 Cabaran Dalam Tempoh Bertunang - Baitul Taaruf