5 Tip Asas Membela Kucing

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
82

Setiap perkara yang ingin kita lakukan pasti ada perkara asas yang perlu kita fahami dan ‘master’ terlebih dahulu. Begitu juga apabila kita hendak membela makhluk bernyawa yang bernama kucing ini.

Pasti ramai yang diluar sana mempunyai hasrat yang tinggi dan mendalam untuk mempunyai haiwan peliharaan tersendiri. Haiwan ini terlihat sebagai pilihan yang mudah dan menarik.

Hari ini admin nak kongsikan 5 tips asas membela kucing untuk dijadikan panduan bagi yang baharu sahaja nak berjinak-jinak untuk membelanya.

Gaya Hidup Anda

Sebelum membela kucing, anda wajib memastikan gaya kehidupan seharian anda. Jika anda seorang yang terlampau sibuk dalam kehidupan seharian anda mungkin tidak sesuai untuk membela si bulu ini.

Ini kerana kucing merupakan satu makhluk yang memerlukan perhatian yang banyak. Disamping penjagaan kesihatan mereka.

Kucing sebenarnya makhluk yang berdikari. Tetapi kadangkala mereka tetap memerlukan kasih sayang dari tuannya. Mereka juga akan merasa kelainan apabila tinggal di dalam rumah yang sama pada setiap hari.

Namun anda jangan risau, kerana masih ada kucing yang boleh anda cari yang sesuai dengan gaya hidup anda.

Membela 2 Ekor Kucing

Ini merupakan kesinambungan dari tajuk sebelum ini. Jika anda mempunyai gaya hidup yang sibuk, anda boleh mempertimbangkan untuk membela 2 ekor kucing sekali gus dalam satu masa.

Jika anda mempunyai dua ekor kucing atau lebih maka perkara ini adalah yang terbaik. Kerana kucing anda tidak akan lagi kesunyian.

Emosi haiwan peliharaan anda akan lebih terkawal kerana mereka akan mempunyai teman. Ini akan menghindarkan kucing anda dari stress.

Tiada Alahan Pada Kucing

Sebelum anda mahu membela haiwan ini, anda harus periksa diri anda jika mempunyai apa-apa alahan terhadap kucing. Alahan ini terkadang tidak kita perasaan pada peringkat awal.

Anda perlu dapatkan nasihat pakar jika alahan anda amat teruk. Pakar akan berkongsi dengan anda bagaimana cara untuk memastikan anda kekal selamat walaupun ada kucing di rumah.

Ada sesetengah orang tidak mengalami alahan terhadap kucing mereka sendiri. Namun apabila berjumpa dengan kucing lain atau kucing yang berada di luar rumah mereka akan terus mengalami alahan.

Kotak Pasir Dan Makanan Yang Sesuai

Anda perlu lebih peka terhadap perkara ini. Kotak pasir akan digunakan oleh si bulu anda untuk membuang air.

Pemilihan bekas juga amat penting. Anda perlu memilih bekas yang bertutup. Kerana bekas yang tertutup akan memberikan privasi kepada kucing anda. Ia juga akan menjadikan kucing anda lebih selesa ketika membuang air.

Pemilihan pasir juga harus diperhatikan. Anda disarankan untuk menggunakan jenis pasir yang berbutir. Kerana pasir yang berbutir ini akan lebih senang untuk dicara. Anda perlu pastikan kotak pasir ini sentiasa bersih untuk keselesaan anda dan kucing.

Makanan untuk diberikan kepada kucing juga harus diperhatikan dengan baik. Kucing seperti manusia juga. Anda perlu dapatkan makanan yang sesuai dengan umur kucing anda.

Permainan Untuk Kucing

Kucing beperangai seperti budak-budak. Mereka perlukan permainan untuk menghiburkan diri sendiri. Tahukan anda bahawa kucing bukanlah haiwan yang suka memilih dalam bab ini.

Kucing anda tidak semestinya memerlukan mainan yang khas. Terkadang kotak kosong juga mampu memberikan hiburan kepada mereka.

Antara mainan yang boleh anda beli ialah patung tikus dan bulu pelepah. Permainan ini tidak seharusnya perlu dibeli. jika anda mempunyai masa, anda boleh lakukannya sendiri. Ianya akan jadi lebih jimat. Anda cuma perlu pastikan permainan ini akan membuat kucing anda gembira, aktif dan tidak bosan.

Sudahkah anda bersedia untuk membela kucing sebagai haiwan peliharaan anda?

Ingatlaj bahawa haiwan apa pun yang anda bela jangan lupa untuk berbakti kepada mereka. Kerana mereka juga makhluk ciptaan Allah SWT yang hidup di muka bumi ini bersama kita semua.

Baca juga:

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: