
Sebagaimana yang kita tahu bahawa sebagai manusia kita perlu hidup secara berpasangan. Sejak dari sebelum lahir Allah SWT sudah menetapkan siapakah jodoh untuk kita.
Tapi terkadang sebagai manusia kita lupa bahawa soal jodoh ini merupakan satu perkara yang tidak sia-sia. Malahan perkara ini dapat menyempurnakan agama kita.
Pada hari ini admin ingin memberikan 5 tanda jika ada seseorang itu minat pada kita. Atau mengikut bahasa sekarang untuk mengesan siapa yang ada ‘crush’ dekat korang.
Suka Membuat Eye Contact
Apabila kita bercakap dengan seseorang eye contact amatlah penting. Tapi jika seseorang mempunyai minat terhadap seorang yang lain maka eye contact yang dilakukan akan lebih lama atau kerap.
Pada kebiasaannya eye contact ini dapat dikesan kerana terlalu kerap. Kadang kala sampai curi-curi tengok pun ada. Bagi perempuan terkadang sampai rasa malu dibuatnya.

Ingat apa pun di dalam Islam kita sudah diajar untuk menundukkan pandangan kita terhadap mereka yang berlainan janita dengan kita.
Cuba Mendekati

Korang pernah tak dalam situasi yang macam gini?
Seseorang kalau dah minat dengan orang lain maka dia akan cuba sedaya upaya untuk mengenali kita dengan lebih dekat lagi. Kadang sampai kita naik menyampah kan?
Ini lah langkah seterusnya yang akan dibuat oleh seseorang yang meminati kita. Pelbagai cara akan mereka cuba untuk mendekati kita.
Di dalam situasi beginilah banyaknya terjadi ‘friend zone’.
Tapi korang kena kenal pasti juga walaupun korang dah ‘friend zone’ dia tapi dia masih lagi bersemangat nak lebih rapat dengan korang maka dia sangatlah serius nak ada hubungan dengan korang.
Bawa Jumpa Keluarga
Bukan sahaja dalam percintaan namun dalam hubungan sesama kawan pun kita dapat lihat perkara ini terjadi.
Hanya kawan-kawan yang rapat sahaja kita akan bawa balik rumah untuk berjumpa dengan kedua orang tua kita.
Kebiasaannya lelaki yang akan melakukan langkah ini untuk menunjukkan bahawa mereka sudah serius untuk mencipta langkah baharu dalam kehidupannya.
Ingat Segala Perkara
Ini lagi satu tandanya. Kalau seseorang itu sudah betul-betul suka dekat kita maka mereka akan ingat segala hal tentang kita.
Seperti contoh hari lahir kita, makanan kegemaran dan perkara-perkara lain.
Mereka juga akan ingat tentang perkara-perkara yang kita bercerita kepada mereka. Seperti kita meluahkan perasaan dengan bercerita tentang sesuatu yang agak privasi.
Mula Selesa Sesama Sendiri
Apabila sudah lama berkenalan dan mempunyai hati terhadap satu sama lain. Kita akan lebih mudah menunjukkan perangai kita yang sebenarnya.
Kita akan mula menunjukkan perihal diri kita yang sebenarnya. Kerana kita sudah rasa selesa dengan pasangan kita.
Jikalau sebelum berkenalan dengan lebih rapat kita hanya menunjukkan perkara-perkara yang ‘basic’ tentang diri sendiri.

Maka selepas lama berkenalan atau sudah mulai selesa dengan si dia kita akan menunjukkan tentang diri kita yang sebenarnya.
Kita akan menunjukkan perangai ‘clingy’ kita dihadapan mereka.
Kita harus pandai tanda-tanda di atas bukanlah mutlak. semua ini tetap bergantung terhadap setiap individu. Dan setiap individu itu mempunyai sifat atau perangai yang berlainan.
Tidak semua manusia itu sama. Dan yang paling penting ialah kita berkomunikasi dengan mereka untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat.
Baca juga:
1 thought on “5 Tanda Seseorang Itu Serius Dengan Kita”
Pingback: 4 Rahsia Rumahtangga Bahagia - Baitul Taaruf