
5 Tanda Lelaki Tak Suka Kita ini akan berkongsi kepada wanita di luar sana tentang mengenal pasti jika pasangan anda atau lelaki yang baru anda kenal sebenarnya tidak suka kepada anda.
Ramai wanita yang kecundang di puncak percintaan disebabkan oleh perkara ini. Iaitu mereka tidak memahami apa yang pasagannya sedang tunjukkan.
Tidak kira apa pun jantina anda, sudah semestinya anda inginkan sebuah alam percintaan yang indah dan manis. Untuk mewujudkan sebuah kisah yang indah, kedua-dua pihak yakni lelaki dan perempuan perlu menunjukkan ‘effort’ dalam perhubungan.
Cinta tidak akan terjalin selagi mana hanya satu pihak sahaja yang ‘berfungsi’. Bak kata pepatah hanya bertepuk sebelah tangan. Ingatlah para wanita di luar sana, pastikan hubungan anda bertepuk kedua-dua belah tangan dan bukannya sebelah tangan sahaja.
Insya-Allah selepas membaca artikel ini, anda pasti mampu memahami kisah cinta anda.
Tidak Memulakan Perbualan Merupakan Tanda Lelaki Tak Suka Kita
Ramai yang mengatakan bahawa tanda lelaki tak suka kita yang satu ini tidak begitu relevan. Kerana mereka mengatakan bahawa ahli keluarga mereka seperti ayah atau abang atau secara amnya lelaki adalah pendiam.

Tetapi anda perlu tahu jika seseorang lelaki itu suka atau berminat dengan anda, mereka akan menghilangkan sifat pendiam mereka dengan anda. Walaupun mereka merupakan seorang yang introvert, mereka tetap akan berusaha untuk berbual dengan anda.
Ini tidak, hanya anda sahaja yang akan bercerita kepada pasangan.
Tidak Menjadikan Anda Sebagai Keutamaan Dalam Hidup Mereka
Dalam hidup berpasangan ini, kita seharusnya menjadikan pasangan kita sebagai keutamaan yang pertama.
Anda boleh lihat bagaimana pasangan lain yang mempunyai perhubungan yang sihat akan mengutamakan pasangannya. Mereka ini akan sanggup untuk berkorban apa sahaja demi kesejahteraan pasangan mereka.
Anda boleh menilai pasangan anda dengan melihat dimanakah tempat anda di hati mereka. Jika mereka sering memberikan seribu alasan untuk membantu anda maka sudah jelas bahawa anda bukannya keutamaan mereka.
Anda juga boleh melihat sebanyak mana masa yang mereka luangkan. Orang yang sayang kepada kita sudah pasti akan meluangkan masanya bersama-sama dengan kita.

Ingat para wanita sekalian, jika pasangan anda berperangai sebegini, jangan tangguh lagi untuk bersama dengan dia.
Bahasa Tubuh Mereka Berubah Merupakan Tanda Lelaki Tak Suka Kita
Tanda lelaki tak suka kita yang seterusnya ialah bahasa tubuh merupakan perkara jujur yang terpancar daripada seseorang individu. Bahasa tubuh ini sebenarnya tindak balas daripada apa yang terbuku di sudut hati setiap manusia.
Dalam alam percintaan bahasa tubuh juga amat penting kerana kita akan dapat memahami pasangan kita. Contohnya di awal percintaan, sudah pasti lelaki akan membuktikan perasaan cinta mereka melalui tubuhnya.
Namun anda boleh lihat perubahan bahasa tubuh mereka. Memang lelaki akan berubah dari semasa ke semasa. Tetapi bukanlah perubahan yang mendadak dan juga amat ketara dalam jangka masa yang singkat.
Lelaki memang akan berubah tetapi bukan dalam sekelip mata sahaja.
Tanda lelaki tak suka kita ini melalui perubahan sikapnya juga. Mereka tidak lagi memanjakan anda seperti dahulu. Mereka akan selalu ‘berangin’ dengan anda.
Tidak Mempedulikan Apa Yang Anda Perkatakan

Wanita ini merupakan makhluk yang suak merancang dan memandang jauh ke hadapan. Mereka akan membantu pasangan mereka dalam merancang sesuatu. Tidak kira apa pun mereka tetap akan menolong lelaki.
Tetapi tanda lelaki tak suka kita ialah mereka sudah tidak peduli dengan apa yang kita cadangkan atau membantu mereka. Jika sebelum ini mereka akan sentiasa merujuk atau meminta bantuan anda dalam merancang, kini mereka tidak lagi.
Itulah sebenarnya tanda mereka sudah tawar hati dengan anda. Mereka akan acuh tak acuh sahaja dengan anda.
Anda Dapat Merasainya
Naluri seorang wanita itu tidak pernah salah. Jika perasaan anda sudah mula merasai perasaan bahawa mereka tidak suka lagi dengan anda maka kemungkinan besar anda betul.
Anda perlu sentiasa berjaga-jaga agar anda tidak patah hati di kemudian hari. Tidak perlu anda bertahan dengan lelaki yang sudah tidak mempunyai perasaan dengan anda lagi.
Baca juga: