5 Tanda Lelaki Suka Kita Tetapi Malu

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92
Lelaki Suka Kita Tetapi Malu

5 Tanda Lelaki Suka Kita Tetapi Malu ini akan membantu para wanita di luar sana yang mempunyai tanda tanya terhadap tidak tanduk perbuatan oleh seorang lelaki.

Anda pasti tahu bahawa lelaki ini ada yang malu dan ada juga yang kurang malu. Tidak lupa juga ada yang tidak mempunyai perasaan malu langsung.

Sudah pasti kita sebagai wanita inginkan seseorang lelaki yang pandai menjaga dirinya dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Kita sudah pasti akan memilih lelaki yang mempunyai perasaan malu dalam diri mereka.

Tetapi bukanlah lelaki yang amat tinggi perasaan malunya, sehingga nak berborak sahaja tiada suara yang keluar.

Sesetengah lelaki memang pada awalnya malu dengan wanita yang mereka cintai. Tetapi lama-kelamaan perangai mereka akan berubah hingga dapat menyesuaikan diri dengan anda.

Jadi pada hari ini, kita akan mengenali beberapa tanda mengenai lelaki suka kita tetapi malu. Mungkin selepas membaca perkongsian ini, anda pasti akan lebih memahami kaum adam yang sebenarnya mempunyai perasaan terhadap anda.

Lelaki Yang Suka Mengusik Adalah Tanda Lelaki Suka Kita Tetapi Malu

Tanda yang pertama ini sering berlaku kepada wanita kan?

Sebenarnya teknik usik-mengusik ini merupakan langkah awal oleh seorang lelaki untuk menambat hati wanita yang dia cintai. Mungkin seseorang lelaki itu malu untuk berterus terang dengan anda. Maka mereka mengambil keputusan untuk menunjukkan yang mereka sebenarnya sukakan anda.

Mereka mengusik anda ini untuk memberikan petunjuk kepada anda, bahawa mereka telah jatuh hati. Kadangkala mereka memberikan anda pembayang supaya tidak menjejaskan hubungan sebagai sesama kawan.

Kerana ada sesetengah situasi, perempuan akan menjauhkan diri daripada lelaki yang meluahkan perasaan cinta mereka.

Lelaki Suka Kita Tetapi Malu

Tapi ingat para wanita di luar sana, terkadang orang-orang lelaki ini memang suka untuk mengusik kita. Walaupun di benak hati mereka hanya menganggap kita sebagai kawan sahaja.

Lelaki Kurang Bercakap Dengan Kita Tetapi Sering Berbalas Mesej

Dengan kecanggihan teknoklogi zaman sekarang. Kita semua dapat berhubung dengan orang lain tanpa perlu berjumpa. Semuanya terletak di hujung jari kita.

Tanda lelaki suka kita tetapi malu yang satu ini juga merupakan tanda yang paling nyata dan juga jelas.

Jika seseorang itu malu, sudah pasti mereka akan kurang bercakap secara berhadapan dengan kita. Tetapi itu bukanlah tanda untuk mereka mengalah. Mereka tetap akan berkomunikasi dengan kita walaupun bukan dengan cara bersemuka.

Mereka akan sering chat kita di whatsapp. Mereka juga akan memberikan komen di facebook dan juga di instagram setiap kali kita menyiarkan sesuatu. Mereka juga akan bertanya pelbagai persoalan dari pelbagai segi untuk mewujudkan perbualan dengan anda.

Lelaki Suka Kita Tetapi Malu

Ingatlah para wanita sekalian, anda semua perlu sentiasa memahami kelakuan lelaki kepada anda. Untuk memahami sebenar-benarnya isi hati mereka.

Tanda Lelaki Suka Kita Tetapi Malu Ialah Mereka Tidak Mampu Merenung Ke Mata Anda

Benarlah kata orang, dari mata turun ke hati. Mata kita sebenarnya memainkan peranan yang amat penting dalam hubungan percintaan. Mana tidaknya, dengan matalah kita dapat melihat sejauh mana cinta mereka untuk kita.

Seorang lelaki yang mempunyai perasaan terhadap seorang wanita, tidak akan mampu untuk merenung wanita yang dia cintai. Mereka hanya akan curi-curi pandang dalam jarak yang jauh sahaja.

Apabila anda sedang bercakap dengan mereka, mereka akan tunduk atau berpaling ke arah yang lain. Ini juga termasuk tanda lelaki suka kita tetapi malu.

Lidah Mereka Akan Kelu Apabila Berbicara Dengan Anda

Lelaki ini sebenarnya amat petah dalam berbicara. Tetapi lidah mereka yang lancang berbicara itu tidak mampu berfungsi jika mereka berbual dengan wanita yang mereka suka.

Lelaki suka kita tetapi malu akan sentiasa tersasul dalam percakapan. Mereka juga akan kelihatan gemuruh dicampurkan dengan berpeluh ketika berbicara.

Lelaki Suka Kita Tetapi Malu

Rasa Tidak Selesa Apabila Anda Berbicara Dengan Lelaki Lain

Lelaki ini sangat kuat perasaan cemburunya. Walaupun anda dan dia belum mempunyai apa-apa hubungan, tetapi mereka tidak boleh menerima jika anda rapat dengan lelaki lain. Itulah antara tanda lelaki suka kita tetapi malu.

Mereka akan menarik muka setiap kali anda berbuat demikian.

Sekian sahaja untuk perkongsian pada kali ini.

Baca juga:

1 thought on “5 Tanda Lelaki Suka Kita Tetapi Malu”

  1. Pingback: 4 Tanda Lelaki Sudah Benci Kita - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: