
5 Tanda Lelaki Sayang Wanita Tapi Tidak Tunjuk ini akan membantu para wanita di luar sana untuk memahami kaum Adam di luar sana. Sebagai wanita kita terkadang menjadi pelik atau hairan dengan tidak tanduk lelaki pada setiap hari.
Kita pasti mempunyai tanda tanya, adakah lelaki ini sebenarnya sayang kepada kita atau sebaliknya. Persoalan ini bangkit kerana perilaku lelaki tidak dapat diramalkan dan juga tidak boleh ditafsirkan begitu sahaja.
Kaum lelaki ini sebenarnya mempunyai ego yang tinggi sehingga sampai di satu tahap mereka akan memetingkan ego berbanding dengan kata hati mereka sendiri. Mereka ini seperti mulut kata tidak mahu tapi hati kata mahu.
Jadi sebab itu sebagai wanita kita harus memahami mereka dengan sebaiknya agar kasih dan sayang itu sentiasa mekar dan subur di hati masing-masing.
Sanggup Menolong Adalah Tanda Lelaki Sayang Wanita Tapi Tidak Tunjuk
Kita sebagai manusia sudah pasti akan berada dalam waktu-waktu yang mana kita memerlukan bantuan orang lain. Di saat sukar inilah kita sebenarnya akan dapat menilai orang yang berada di sekeliling kita.
Kita akan dapat tahu sejauh mana kasih sayang mereka itu kepada kita. Pertolongan yang mereka hulurkan itu merupakan lambang atau tanda yang mereka ini sebenarnya sayang kepada mereka.

Walaupun tidak terungkap di bibir-bibir mereka, tetapi perbuatan mereka sudah cukup untuk menggambarkan perasaan sayang tersebut.
Hanya dengan sekali minta tolong, mereka akan bergegas untuk membantu. Tidak kira ianya perkara yang besar seperti kereta kita rosak ataupun meminta tolong akan hal yang kecil seperti membantu membelikan makanan.
Semuanya akan mereka bantu tanpa banyak tanya dan juga alasan.
Berusaha Mengekalkan Hubungan Adalah Tanda Lelaki Sayang Wanita Tapi Tidak Tunjuk

Tanda lelaki sayang wanita tapi tidak tunjuk yang satu ini agak unik. Kaum lelaki yang memang jelas sayang kepada anda akan tetap berusaha agar hubungan percintaan itu kekal.
Kita tahu dalam hubungan percintaan ini akan ada banyak episod duka dan lara. Cabaran yang menggoyangkan hati juga tidak dilupakan. Tetapi kerana ada asas terhadap kasih sayang, pasangan anda pasti akan memperbaiki hubungan tersebut.
Seperti contoh, hubungan anda mengalami gangguan oleh orang yang ketiga. Lelaki yang sayang kepada anda akan berjuang untuk mendapatkan anda walaupun ianya bukan salah mereka.
Inilah merupakan tanda lelaki sayang wanita tetapi tidak tunjuk.
Layanan Kasar Adalah Tanda Lelaki Sayang Wanita Tapi Tindak Tunjuk?
Lelaki memang makhluk yang kasar. Itu semua memang sifat yang sudah ada di benak nurani mereka sejak azali lagi.
Tapi tahukah anda bahawa lelaki yang sayang kepada anda juga akan melayani anda dengan agak kasar pada waktu sebelum bercinta?

Anda akan dilayan seperti kawan lelaki mereka yang lain. Iaitu anda akan ‘dibuli’ dan sebagainya. Mereka sebenarnya dalam fasa untuk memahami perasaan yang berada di hati anda.
Mereka juga akan melayani kawan perempuan anda yang lain dengan baik. Bak kata orang dengan kelakukan atau perilaku sebagai seorang lelaki yang budiman.
Ingat ini semua hanyalah ujian kerana lelaki sayang wanita tapi tidak tunjuk.
Memberi Nasihat Juga Termasuk Tanda Lelaki Sayang Wanita Tapi Tidak Tunjuk
Anda semua tahu bahawa nasihat adalah sangat penting dalam kehidupan seseorang. Agama Islam sendiri mengatakan bahawa agama itu adalah nasihat.
Nasihat diberikan oleh seseorang kepada orang lain. Tujuan mereka memberikan nasihat adalah untuk memelihara orang tersebut daripada melakukan kesilapan.
Disebabkan rasa sayang yang ada di dalam hati, mereka tidak sanggup melihat orang yang mereka sayang ini melakukan kesilapan dalam kehidupan.
Sanggup Memperbodohkan Diri Sendiri?
Lelaki ni kalau dah sayang apa pun sanggup dia buat. Terkadang mereka akan jadi ‘bodoh’ jika sedang bersama anda.
Ini disebabkan mereka ingin anda tahu bahawa tempat di hati mereka telah dicuri oleh anda. Mereka sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini.

Mereka akan memperbodohkan diri dengan berkelakuan seperti budak-budak di hadapan anda. Mereka sanggup berbuat demikian walaupun berada di tempat awam.
Mereka lakukan ini hanya untuk mendapatkan perhatian dan juga kasih sayang daripada anda.
Sekian sahaja perkongsian pada kali ini berkenaan dengan tanda lelaki sayang wanita tapi tidak tunjuk. Diharapkan ianya membantu anda semua.
Baca juga:
1 thought on “5 Tanda Lelaki Sayang Wanita Tapi Tidak Tunjuk”
Pingback: 4 Tanda Lelaki Anggap Wanita Lebih Dari Kawan - Baitul Taaruf