5 Tanda Lelaki Curang Dengan Kita ini akan berkongsi dengan para wanita di luar sana sekiranya pasangan anda curang dengan anda.
Perkara curang ini bukan sahaja terjadi kepada kaum adam, tetapi terkadang para perempuan juga berlaku curang dengan pasangan mereka.
Faktor curang itu terlalu banyak dan sebenarnya mengambil masa untuk dibahaskan.
InsyaAllah admin akan berkongsi mengenai faktor-faktor kenapa pasangan kita curang di lain waktu.
Penulisan pada kali ini adalah untuk tujuan memberikan pengetahuan yang baru kepada kaum hawa yang membaca.
Mungkin setelah anda membaca artikel ini, anda akan jadi seorang yang lebih peka dengan apa yang sebenarnya berlaku kepada pasangan anda.
Yang penting ada kena sentiasa berkomunikasi dengan pasangan anda untuk tidak berlakunya salah faham dalam perhubungan.
Perubahan Tingkah Laku Yang Ketara Adalah Tanda Lelaki Curang Dengan Kita
Lelaki memang cepat bosan walaupun dalam hubungan percintaan.
Bukannya mereka tidak sayang kepada kita, cumanya mereka sentiasa inginkan perubahan yang akan menyebabkan mereka tidak bosan.
Kaum lelaki memang sejenis yang cepat bosan apabila melakukan sesuatu.
Tetapi, mereka tidak akan berubah perangainya.

Bosan macam mana pun mereka dengan kita, perangai atau tingkah laku mereka tidak akan berubah sama sekali.
Antara sebab lelaki berubah perangai adalah kerana mungkin mereka ada melakukan kesalahan atau sedang mengalami masalah di tempat kerja.
Namun, apabila seseorang lelaki itu mula berubah secara drastik itu bermaksud mereka sedang mengenali seseorang di belakang anda.
Percayalah perangai mereka yang berubah dengan ketara itu adalah tanda lelaki curang dengan kita.
Suka Memberi Alasan Adalah Tanda Lelaki Curang Dengan Kita
Jika seseorang lelaki itu sayang kepada kita, mereka sudah pasti tidak akan memberikan alasan kepada kita.
Lelaki pada kebiasaanya akan jujur dengan kita.
Jika mereka sedang kerja, maka mereka akan beritahu kita mereka sedang kerja.

Jika mereka sedang main game atau lepak bersama kawan, maka mereka juga akan berkata jujur bahawa mereka sedang bersama-sama dengan kawan-kawan.
Kaun Adam jarang memberi alasan seperti sedang tolong mak di dapur atau ingin beli barang ke kedai.
Memang ada lelaki yang berbuat demikian, tetapi jika anda sudah mengenali mereka untuk satu tempoh yang lama dan mereka menggunakan alasan ini maka percayalah mereka sedang sorokkan sesuatu.
Mereka akan suka memberikan alasan baru juga adalah tanda lelaki curang dengan kita.
Gelisah Tak Bertempat Adalah Tanda Lelaki Curang Dengan Kita
Lelaki memang pada kebiasaanya akan gelisah jika kita sebut bahawa keluarga kita ingin berjumpa dengan mereka.
Itu adalah normal kerana mereka akan gelisah untuk berjumpa dengan keluarga orang yang mereka sayang.
Tetapi jika mereka sentiasa gelisah lain pula ceritanya.
Anda boleh lihat kegelisahan mereka apabila anda menelefon atau hantar teks kepada mereka pada waktu yang ‘random’.
Contohnya, anda mungkin biasa call mereka pada jam 11 malam.

Tetapi anda sengaja call mereka pada waktu yang lebih awal untuk menguji mereka.
Jika mereka tidak angkat atau angkat dalam suara yang gelisah dan juga terketar-ketar percayalah mereka sedang curang kepada anda.
Mereka gelisah jika anda tiba-tiba menukar perancangan keluar lebih awal juga termasuk dalam tanda lelaki curang dengan kita.
Sentiasa Dengan Telefon Bimbit Adalah Tanda Lelaki Curang Dengan Kita
Pada zaman moden ini, dengan menggunakan telefon bimbit sahaja pasangan kita sudah boleh curang kepada kita.
Kalau zaman dulu, memang sukar nak curang sebab tak de telefon bimbit yang canggih seperti sekarang.
Kalau sedang keluar bersama anda pun mereka tetap hadap dengan telofon bimbit itulah yang dimaksudkan dengan tanda lelaki curang dengan kita.
Mereka juga tidak akan benarkan kita untuk menggunakan telefon mereka.

Mereka juga akan menggunakan alasan bahawa mereka sedang berhubung dengan rakan sekerja melalui telefon.
Itu semua tipu!
Tidak Sweet Seperti Dulu Adalah Tanda Lelaki Curang Dengan Kita
Kalau sebelum ini mereka sentiasa sweet dengan anda, dan tiba-tiba sahaja mereka berubah maka mereka sedang main kayu tiga dibelakang anda.
Mereka juga akan kurang untuk mengucapkan kalimah-kalimah cinta kepada anda.
Mereka kebiasaanya akan berubah perangai terhadap anda.
Baca Juga:
1 thought on “5 Tanda Lelaki Curang Dengan Kita”
Pingback: 5 Cara Mengatasi Anak Yang Sangat Aktif - Baitul Taaruf