5 Tanda Lelaki Crush Dekat Kita

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
91

5 Tanda Lelaki Crush Dekat Kita ini akan berkongsi kepada para wanita di luar sana tentang mengenali lelaki yang mempunyai perasaan pada anda.

Siapa sahaja tidak mahu mempunyai pasangan dalam hidup ni kan?

Mungkin ada sesetengah orang yang jodohnya sampai awal. Tetapi ada juga yang jodoh mereka sampai lewat.

Lelaki Crush Dekat Kita

Apa pun takdir berkenaan dengan jodoh kita. Sentiasa reda dan ikhlaskan tentang takdir yang telah Allah tentukan untuk kita. Kerana dengan reda dan juga ikhlas, kita akan mampu merasai kemanisan di hujungnya kelak.

Perkongsian ini adalah untuk para wanita yang masih single dan belum berumah tangga. Perkongsian ini akan membantu anda mengenal pasti para jejaka di luar sana yang mempunyai perasaan tersembunyi kepada anda.

Lelaki Crush Dengan Kita Akan Selalu Buat Lawak

Lelaki memang terkenal dengan sifat mereka yang suka untuk menceriakan suasana. Terkadang para lelaki yang suka membuat lawak ini mempunyai niat yang tertentu dalam lawaknya.

Antara niat yang mereka ada adalah untuk membuat anda ketawa ataupun tersenyum gembira. Lelaki memang terkenal dengan sifat mereka yang sukan membuat lawak.

Mereka memang sengaja membuat lawak secara spesifik untuk mengelikan hati kita. Kerana menyimpan perasaan terhadap kita, maka sudah pasti mereka ingin melihat kita gembira.

Lelaki Crush Dekat Kita

Terkadang lawak yang mereka buat adalah untuk memastikan anda perasan dengan kehadiran mereka. Nama pun crush, sudah pasti mereka belum lagi meluahkan perasaan kepada anda.

Tetapi anda mesti ingat bahawa lelaki yang suka buat lawak ini akan terasa tercabar dengan anda. Mereka rasa tercabar jika anda juga suka membuat lawak.

Kerana mereka merasakan bahawa anda boleh bahagia tanpa mereka di sisi.

Selalu Mencari Anda Merupakan Tanda Lelaki Crush Dekat Kita

Bila seorang lelaki itu mempunyai perasaan kepada kita, pasti setiap hari mereka akan mencari kita. Mereka akan sentiasa mencari kita walau di mana pun kita berada.

Lelaki crush dengan kita ini akan menjadi pelindung kita dalam diam. Mereka sebenarnya ingin melindungi kita daripada anasir-anasir jahat yang akan membahayakan diri kita.

Walaupun anda belum memahami perasaan di hati mereka. Tetapi mereka tetap ingin anda berada di hadapan mereka setiap masa.

Kehadiran anda sudah cukup untuk membuatkan hati mereka tenang dan juga gembira.

Sentiasa Layan Kita Kasar Adalah Tanda Lelaki Crush Dekat Kita

Korang mesti ada kawan lelaki yang akan layan korang dengan cara yang kasar kan?

Sebenarnya kawan lelaki tersebut menyimpan perasaan terhadap anda.

Lelaki crush dekat kita ni memang kasar perangai mereka. Maka mereka akan melayan orang yang mereka sayang dengan cara yang kasar juga.

Lelaki Crush Dekat Kita

Mereka akan melayan perempuan lain seperti seorang tuan puteri. Tetapi dengan anda, mereka akan layan seperti mereka dengan kawan dan juga sahabat mereka.

Mereka berbuat demikian kerana ingin anda ambil peduli akan kehadiran mereka dalam hidup anda.

Memburuk-Burukkan Lelaki Yang Anda Crush

Anda pasti mempunyai perasaan terhadap lelaki lain. Jadi anda akan bercerita dengan lelaki yang dalam diam mempunyai perasaan kepada anda tanpa anda sedar kerana mereka belum berterus terang.

Anda akan melihat bahawa mereka akan memberikan kata-kata negatif atau kata-kata yang tidak baik terhadap lelaki yang anda mempunyai perasaan.

Mereka berbuat demikian untuk menghilangkan perasaan yang anda ada terhadap lelaki tersebut. ‘Hint’ yang mereka berikan ini adalah untuk menjadikan diri mereka sebagai satu-satunya lelaki yang bersama anda.

Lelaki Crush Dekat Kita Akan Malu Jika Sudah Kantoi

Lelaki yang mempunyai perasaan kepada kita pasti akan bercerita dengan orang lain berkenaan dengan perasaan mereka. Tetapi terkadang orang lain itu akan bercerita dengan anda untuk memudahkan proses percintaan anda berdua.

Lelaki Crush Dekat Kita

Dan apabila anda pula mencari mereka, mereka akan cuba untuk mengelak. Mereka mengelak adalah kerana perasaan malu sudah menghantui diri mereka.

Lelaki yang betul-betul sayangkan kita akan terus berdiam diri apabila rahsia mereka terbongkar. Tetapi anda jangan risau, mereka menghilangkan diri kerana perasaan malu sahaja. Bukan untuk selama-lamanya.

Baca juga:

1 thought on “5 Tanda Lelaki Crush Dekat Kita”

  1. Pingback: 4 Cara Memupuk Semangat Patriotik - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: