
5 Tanda Lelaki Cemburu Terhadap Pasangannya ini akan membantu wanita di luar sana untuk memahami kaum Adam dengan lebih sempurna. Anda boleh teruskan membaca tulisan ini kerana ianya akan membantu anda untuk mewujudkan komunikasi yang baik dengan pasangan anda.
Sebagai manusia sudah pasti perasaan cemburu ini tersemat di dalam sanubari kita. Kalau tak banyak, sikit pun pasti ada.
Ada juga yang bertanya kepada admin, sikap cemburu ini termasuk dalam sikap yang positif atau negatif dalam perhubungan percintaan.
Secara jujurnya admin pun tak berapa pasti mengenai hal ini. Tapi pendapat admin ialah, cemburu ini seperti stress. Ianya perlu berada ditengah-tengah di antara positif dan juga negatif. Jika ianya terlalu banyak maka akan menjadi negatif. Jika tiada langsung, hubungan tersebut bagaikan sebuah perhubungan yang bebas.
Apa pun, anda boleh merujuk kepada mereka yang pakar seperti kaunseling rumahtangga mengenai hal ini. Jawapan daripada mereka sudah semestinya lebih tepat dan betul.
Sekarang mari bahaskan 5 tanda lelaki cemburu terhadap pasangannya.
Pasangan Anda Menunjukkan Tanda Tidak Selesa Adalah Tanda Lelaki Cemburu
Sebagaimana yang telah kita ketahui, Kaum Adam merupakan makhluk yang suka memendam perasaannya di dalam hati. Pada awalnya mereka akan menunjukkan reaksi badan kepada anda, jika anda melakukan sesuatu yang tidak kena di hati mereka.
Begitu juga apabila timbul perasaan cemburu di hati mereka. Awalnya mereka akan menunjukkan reaksi muka jika anda bercakap dengan lelaki lain.

Jika anda sudah bersama dengan pasangan anda, sudah pasti anda akan faham dengan apa yang mereka ingin sampaikan. Kemudian mereka akan bermain mata untuk memberi singal kepada anda, jika anda masih teruskan.
Marah Secara Tiba-Tiba Merupakan Tanda Lelaki Cemburu
Tanda yang satu ini bukan sahaja dibuat oleh orang lelaki. Tetapi para wanita juga jikalau cemburu akan melakukan hal yang sama.
Perkara ini akan berlaku apabila anda berada dalam keadaan berteka-teki kenapa pasangan anda marah. Sedangkan anda cukup pasti bahawa anda tidak melakukan apa-apa kesalahan yang boleh menyebabkan mereka marah.

Fikiran anda akan mula berfikir apakah kesalahan yang telah anda lakukan sehingga mereka marah. Terkadang kaum lelaki ini tidak mempunyai ‘point’ untuk memarahi anda. Maka mereka akan akan menggunakan pekara yang sudah lepas untuk memarahi anda.
Apa sahaja yang terlintas di benak fikiran mereka, maka itulah yang menjadi hujah mereka.
Terlalu Ambil Berat Adalah Tanda Lelaki Cemburu
Sudah pasti pasangan yang sedang bercinta akan mengambil berat antara satu dengan yang lain. Cumanya apabila perasaan cemburu sedang menguasai hati maka lelaki akan menjadi lebih bertanggungjawab atau ambil berat ini.
Mereka akan sentiasa bertanya tentang apa yang anda perlu. Tidak kira anda mahu makan, membeli pakaian dan juga benda lain. Mereka akan sanggup untuk pergi beli demi anda.
Inilah bukanlah tanda bahawa mereka sudah tidak percaya dengan anda lagi, tetapi mereka ingin elakkan anda terjatuh hati dengan orang lain.
Mereka juga akan sanggup bersusah payah untuk membawa anda makan setiap kali waktu ‘lunch’. Mereka juga akan menjemput anda di hadapan pintu tempat kerja, walaupun sebenarnya anda mampu untuk pergi sendiri.
Memberi Hadiah Merupakan Tanda Lelaki Cemburu
Pasangan anda pasti pernah berikan hadiah secara tiba-tiba kan?
Sedangkan sebelum ini mereka hanya akan memberikan hadiah ketika hari jadi. Dan juga ketika datangnya tarikh-tarikh penting sahaja.
Hadiah ini diberikan untuk menarik perhatian anda. Ianya juga untuk menambahkan kasih sayang anda kepada teman lelaki atau pasangan anda.

Hadiah juga sebagain tanda percintaan antara 2 hati. Hadiah yang diberikan oleh pasangan anda tidak semestinya mahal, tetapi cukup untuk memberikan memori yang indah.
Ingat sentiasa bersyukur dengan hadiah yang diberikan.
Berterus Terang Kepada Anda
Jika semua lelaki sebegini, sudah pasti kaum Hawa tidak akan terpinga-pinga lagi.
Ada kalanya pasangan anda akan berterus terang mengenai perasaan cemburunya. Mereka berterus terang kerana mereka masih sayangkan anda.
Cemburu kan tanda sayang.
Sekian sahaja untuk tanda lelaki cemburu pada kali ini.
Baca juga:
1 thought on “5 Tanda Lelaki Cemburu Terhadap Pasangannya”
Pingback: 4 Tanda Lelaki Benci Kita Dalam Diam - Baitul Taaruf