5 Cara Mengelakkan Zina Dalam Kehidupan ini akan berkongsi dengan anda semua tentang beberapa cara yang boleh kita amalkan untuk menghindarkan diri kita terjerumus dalam dosa besar iaitu zina.
Sebagai umat islam, perbuatan zina termasuk dalam salah satu dosa besar jika dilakukan.
Beberapa garis panduan yang juga merupakan cara mengelakkan zina telah ditetapkan dalam islam.

Hanya terpulang kepada kita mahu laksanakan atau tidak.
Penulisan ini hanya sekadar untuk berkongsi dengan para pembaca di luar sana yang mungkin sedang berusaha untuk melawan hawa nafsu kerana Alalh SWT.
Percayalah bahawa jika kita berjaya menahan dan mengawal perasaan ini, ganjaran pahala yang amat besar sedang menanti kita.
Menjaga Pandangan Adalah Cara Mengelakkan Zina Dalam Kehidupan
Mata merupakan salah satu deria yang boleh membuatkan kita terjebak dalam dunia zina ini.
Kerana sudah pasti mata kita yang memandang lawan jenis akan menaikkan nafsu, apatah lagi jika lawan jenis tersebut mempunyai rupa paras yang menambat hati kita.

Bermula dari sini, kita akan mula terbayang-bayang akan perkara yang tidak sepatutnya kita terbayang.
Apabila hawa nafsu sudah menguasai hati kita, maka perbuatan zina menajdi pilihan hati untuk memuaskan nafsu kita.
Jagalah pandangan kerana ianya juga satu perbuatan yang sangat dituntut dalam agama.
Tidak kita anda lelaki atau perempuan, suruhan menjaga pandangan amat dituntut.
Inilah cara mengelakkan zina dalam kehidupan.
Menjaga Pakaian Juga Cara Mengelakkan Zina Dalam Kehidupan
Antara hikmah menutup aurat adalah agar lawan jenis tidak melihat kepada kecantikan yang ada pada kita yang tidak sepatutnya mereka lihat.
Menutup aurat juga adalah kewajipan yang perlu dipenuhi oleh setiap orang islam.
Tetapi kita harus bezakan perbuatan zina dan juga merogol.

Kerana mangsa rogol adalah mangsa daripada manusia-manusia yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan dalam diri mereka.
Ingat menutup aurat adalah untuk menjaga diri kita daripada perasaan sukarela berzina dengan lawan jenis kita.
Jagalah aurat dan pakaian kita kerana itulah cara mengelakkan zina dalam kehidupan.
Menjaga Iman Termasuk Cara Mengelakkan Zina Dalam Kehidupan
Iman merupakan keyakinan yang berada dalam diri kita yang membezakan kita dengan orang kafir.
Iman juga akan melahirkan rasa takut dalam diri kita jika kita ingin melakukan perbuatan dosa.
Maka sangat penting untuk kita sebagai umat islam supaya memantapkan keimanan yang ada di dalam hati agar tidak sewenang-wenangnya kita terjebak dalam dosa zina.

Kita juga perlu tahu bahawa iman seseorang itu ada naik dan turunnya.
Apabila kita rasa bahawa iman kita berada di tahap yang lemah dan rapuh, maka segerakanlah melakukan amal soleh yang akan membantu menaikkan semula iman kita.
Menjaga Ikhtilat Adalah Cara Mengelakkan Zina Dalam Kehidupan
Banyak kes zina terjadi dalam kalangan kawan-kawan dan juga pasangan yang bercinta.
Sebagai seorang muslim kita seharusnya mengelakkan hubungan yang rapat dengan lawan jenis kita.
Adik beradik lelaki dan juga perempuan juga disuruh untuk menjaga batasan agar tidak berlakunya perzinaan.
Apatah lagi pasangan yang belum berkahwin namun lagak mereka seperti orang yang sudah berkahwin.

Bercinta sebelum nikah ini termasuk dalam bab larangan menjauhi zina.
Kerana bibit-bibit percintaan ini boleh membuatkan hawa nafsu mereka untuk melakukan zina.
Hindarkan diri dari fitnah-fitnah zina juga cara mengelakkan zina dalam kehidupan.
Bernikah Adalah Cara Mengelakkan Zina Dalam Kehidupan
Hawa nafsu kita boleh dibendung dengan bernikah, maka kita dapat salurkan nafsu ke tempat yang betul.
Bernikah juga mempunyai hikmahnya yang tersendiri yang diterangkan dalam islam.
Nabi SAW juga menganjurkan kepada sipa yang sudah mampu untuk berkahwin, maka kahwinlah kerana untuk mengelakkan zina.
Namun tambahlah ilmu sebelum kita berkahwin, kerana alam perkahwinan bukan hanya untuk menyalurkan hawa nafsu ke tempat betul sahaja.
Sekiranya kita tidak ammpu lagi untuk berkahwin, maka islam menyuruh kita untuk berpuasa kerana ianya dapat mengurangkan hawa nafsu kita.
Cara mengelakkan zina dalam kehidupan sampai di sini dulu.
Semoga kita semua terhindar dari dosa zina.
Baca Juga:
1 thought on “5 Cara Mengelakkan Zina Dalam Kehidupan”
Pingback: 4 Cara Menjadi Anak Yang Baik Untuk Ibu Bapa - Baitul Taaruf