5 Cara Mengatasi Anak Yang Sangat Aktif ini akan berkongsi tip-tip yang boleh digunakan oleh para ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak-anak yang aktif.
Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita mempunyai anak yang sangat aktif perangai mereka.
Tidak kira di mana pun, mereka tetap aktif hingga kita yang letih.
Namun, sebagai ibu bapa kita harus menguatkan semangat untuk menghadapi cabaran yang menguji kita ini.

Yang paling peting adalah jangan pernah kita rasa putus asa dalam mendidik mereka.
Sentiasa percaya bahawa mereka sebenarnya boleh di didik untuk menjadi anak yang lebih baik dan mendengar kata.
Diharapkan perkongsian pada kali ini akan membantu ibu bapa di luar sana.
Cara Mengatasi Anak Yang Sangat Aktif Adalah Jangan Panggil Mereka Nakal
Walaupun ramai yang akan memberi gelaran ‘nakal’ kepada anak-anak yang aktif, tapi percayalah bahawa itu bukan satu gelaran yang boleh diguna pakai.
Anak-anak yang aktif ini terkadang mereka akan berada di tahap susah untuk dikawal.
Tapi nakal bukanlah ciri mereka.
Apabila anak itu membesar dengan selalu diberi gelaran nakal, maka mereka lama-lama akan menjadi seseorang yang selalu membuat masalah.
Kerana kita telah terbiasa memberikan gelaran yang negatif kepada mereka.
Gelaran-gelaran seperti nakal dan juga degil sepatutnya tidak patut dilontarkan oleh ibu bapa.

Ianya bukan sahaja akan memberi kesan kepada mereka malahan ianya seperti kita mendoakan mereka untuk jadi seperti itu.
Terus menerus memberikan gelaran-gelaran yang positif kepada mereka.
Berikan Contoh Yang Baik Adalah Cara Mengatasi Anak Yang Sangat Aktif
Anak-anak sebenarnya membesar dengan mengikut perangai ibu bapa mereka.
Bak Kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Pendidikan pertama anak-anak bermula dari rumah dan guru pertama mereka adalah ibu bapa.

Jika dari rumah sahaja kita tidak mampu menunjukkan contoh tauladan yang baik, jadi bagaimana anak kita yang aktif ini hendak didedahkan dengan perilaku yang sepatutnya mereka tonjolkan.
Mungkin usaha untuk mendidik mereka akan mengambil masa, tetapi percayalah jika sejak dari kecil kita terapkan dengan nilai-nilai yang baik mereka akan beransur-ansur dapat menerapkannya.
Itulah cara mengatasi anak yang sangat aktif.
Elakkan Marah Secara Melampau Adalah Cara Mengatasi Anak Yang Sangat Aktif
Dalam mendidik anak, kita memang perlu memarahi mereka.
Namun bukan dengan cara membentak dan marah yang melampaui batas.
Kerana anak-anak yang dimarahi dengan keras ini sebenarnya akan mempunyai perasaan untuk memberontak dalam hati mereka.
Tanya balik pada diri kita, boleh ke orang lain marah kita secara keras dengan suara yang lantang?
Kita seharusnya marah mereka dengan menggunakan kata-kata yang baik supaya perasaan mereka tidak terguris.

Marah lah mereka dengan berhemah dan selitkan nasihat untuk mereka.
Itulah cara mengatasi anak yang sangat aktif yang ketiga.
Berikan Perhatian Adalah Cara Mengatasi Anak Yang Sangat Aktif
Anak-anak sebenarnya memerlukan perhatian daripada ibu bapa mereka.
Terkadang mereka menjadi sangat aktif hanya kerana mereka ingin dapatkan perhatian dari kita.
Anak-anak ini sebenarnya mempunyai perasaan bahawa ibu bapa mereka sentiasa melupakan mereka.
Kebanyakkan ibu bapa pada hari ini sibuk bekerja hingga mengabaikan anak mereka sendiri.

Inilah realiti yang berlaku pada anak-anak hari ini.
Jadi anak-anak ini akan mencuba apa sahaja cara untuk merasakan bahawa kehadiran mereka disedari oleh ibu bapa mereka.
Itulah cara mengatasi anak yang sangat aktif yang keempat.
Berikan Ganjaran Adalah Cara Mengatasi Anak Yang Sangat Aktif
Berikan ganjaran bukan bermaksud memanjakan anak.
Terkadang anak-anak ini perlu diberikan ganjaran untuk menaikkan semangat mereka.
Kita mungkin boleh berjanji dengan mereka jika mereka berkelakuan baik kita akan belanja mereka sesuatu.
Tidak perlu dengan hadiah yang mahal-mahal, kadang-kadang cukup dengan belanja mereka aiskrim atau makanan yang mereka sukai.

InsyaAllah mereka akan percaya bahawa kita menghargai mereka.
Ini cara mengatasi anak yang sangat aktif yang terakhir.
Sampai di sini sahaja perkongsian pada kali ini berkenaan dengan cara mengatasi anak yang sangat aktif.
Diharapkan ianya dapat membantu anda semua.
Baca Juga:
1 thought on “5 Cara Mengatasi Anak Yang Sangat Aktif”
Pingback: 5 Cara Elak Perasaan Malas Ketika Kerja - Baitul Taaruf