5 Cara Mencapai Reda Allah Dalam Hidup Ini akan berkongsi dengan para pembaca semua tentang bagaimana cara mencapai reda Sang Pencipta yang telah menjadikan kita.
Sebagai hamba-Nya, kita perlulah sentiasa mengharapkan supaya Allah sentiasa memberikan Rahmat-Nya kepada kita.
Kerana dengan adanya Allah dalam hidup kita, maka kita akan sentiasa dilindungi dan dirahmati.

Walaupun terlihat bahawa perkara ini seperti perkara yang kecil, tetapi sebenarnya ianya sesuatu yang sangat besar dan juga penting dalam hidup seseorang muslim.
Percayalah dengan rahmat dan juga perlindungan dari Allah, hidup kita akan menjadi satu perjalanan yang indah.
Ini kerana tidak semua orang berkesempatan untuk merasai nikmat ini dalam hidup mereka.
Solat Tepat Pada Waktunya Adalah Cara Mencapai Reda Allah
Kita semua tahu bahawa amalan yang pertama yang bakal Allah hitung di padang mashyar kelak adalah solat.
Allah juga mensifatkan orang-orang yang tidak menunaikan solat sebagai golongan yang rugi.
Walaupun hanya 5 waktu sehari semalam, tetapi masih ramai umat Islam yang masih leka dan tidak menjaga solat mereka.

Simpanlah keazaman di dalam hati bahawa mulai saat ini kita akan mula untuk solat pada awal waktunya.
Ini tidak, kerana sibuk mengejar hal-hal dunia hingga kita lupa untuk menunaikan solat pada waktunya.
Percayalah, solat pada awal waktu kita tidak akan pernah rugi.
Malahan kita sentiasa akan rasa bahawa kita mempunyai masa yang lebih lapang dan juga panjang.
Ayuh kita laksanakan cara mencapai reda Allah yang pertama ini.
Sentiasa Bersyukur Adalah Cara Mencapai Reda Allah
Mari bersama-sama kita tanya dekat diri kita semua, sudahkah kita bersyukur pada hari ini?
Jika belum, mari bersama-sama kita ucapkan Alhamdulillah.
Hanya dengan satu perkataan ini sahaja, hidup kita akan menjadikan kita sebagai hamba yang bersyukur pada tuhannya.
Allah SWT berfirman:
Dan (ingatlah) ketika Rabbmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.

Ayat ini sepatutnya menjadi pendoman untuk kita dalam cara mencapai reda Allah.
Allah sendiri menjanjikan bahawa dia akan tambah lagi nikmat-Nya kepada kita jikalau kita bersyukur.
Banyakkan Istighfar Adalah Cara Mencapai Reda Allah
Siapa sahaja yang tidak melakukan dosa dalam hidup ni kan?
Ketahuilah bahawa semua anak Adam itu melakukan kesilapan dalam kehidupan.
Namun, nabi menerangkan bahawa orang paling baik di antara orang-orang yang melakukan kesilapan ataupun dosa adalah mereka yang selalu bertaubat.

Antara cara untuk kita bertaubat adalah dengan beristighfar.
Nabi yang Allah pelihara dari dosa juga beristighfar pada setiap hari.
Ketahuilah istighfar akan dapat menghapuskan dosa-dosa kita.
Istighfar juga akan menyebabkan hati kita terasa lapang dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah.
Mari kita semua beristighfar kerana itu adalah cara mencapai reda Allah.
Banyakkan Zikir Adalah Cara Mencapai Reda Allah
Zikir sepatutnya tidak luput dari bibir-bibir orang yang beriman.
Kerana zikir ini tersangat banyak manfaatnya untuk kita semua.
Nabi Muhammad SAW merupakan contoh yang terbaik dalam bab zikir.
Ini kerana isterinya sendiri mengkhabarkan bahawa beliau berzikir dan ingat kepada Allah dalam setiap keadaan.
Allah SWT juga berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allâh, dengan mengingat (nama-Nya) sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.”
Para pembaca sekalian, dari ayat di atas kita dapat lihat bahawa suruhan untuk berzikir ini sangatb kuat.

Kerana masih lagi ada ayat dari al quran dan juga dari hadis nabi untuk anjuran berzikir.
Seperti, hanya dengan mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir Allah akan menghapuskan dosa-dosa kita seperti banyaknya buih-buih di lautan.
Senangnya cara mencapai reda Allah.
Banyakkan Puasa Sunat Adalah Cara Mencapai Reda Allah
Selain berpuasa di bulan ramadan, kita juga digalakkan untuk berpuasa di bulan-bulan lain.
Kerana amalan berpuasa sangat disukai oleh Allah.
Allah sendiri berfirman bahawa amalan puasa yang kita lakukan ini akan Allah balas dengan ganjaran yang banyak.
Allah juga berfirman bahawa setiap puasa yang kita lakukan ini adalah untuk-Nya.
Sekian sahaja perkongsian pada kali ini berkaitan dengan cara mencapai reda Allah.
Baca Juga:
1 thought on “5 Cara Mencapai Reda Allah Dalam Hidup Ini”
Pingback: 4 Cara Meningkatkan Keyakinan Diri - Baitul Taaruf