5 Cara Melembutkan Hati Anak

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92

5 Cara Melembutkan Hati Anak ini akan mengajar ibu bapa di luar sana bagaimana untuk melembutkan hati anak mereka yang mungkin keras terhadap ibu bapa mereka. Anak kita terkadang menunjukkan sifat suka memberontak dan melawan kita.

melembutkan hati anak

Sebagai ibu bapa, kita dapat lihat perubahan yang berlaku kepada anak kita. Perubahan yang berlaku tidak semestinya perubahan yang negatif tetapi perubahan ke arah positif juga dikira sebagai perubahan. Perubahan yang berlaku sama ada ianya ketara mahupun tidak, ia tetap dikira sebagai perubahan.

Kita ketahui bahawa ibu mempunyai naluri yang sangat tinggi dan mendalam terhadap anak-anak mereka. Ibu merupakan orang yang pertama yang akan mengesan perubahan anak mereka. Ibu juga orang yang paling penting untuk membantu anak-anak berubah ke arah yang lebih positif. Kerjasama di antara ibu dan bapa amat penting untuk melembutkan hati anak.

Cara Untuk Melembutkan Hati Anak Dengan Menggunakan Intonasi Suara Yang Lembut

Kita semua tahu bahawa penggunaan intonasi suara yang lembut sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Perkara ini bukan sahaja dapat melembutkan hati anak kita tetapi ianya juga dapat melembutkan hati orang-orang di sekeliling kita. Penggunaan intonasi yang lembut amat penting dalam komunikasi harian kita.

melembutkan hati anak

Ibu bapa perlu tahu bahawa penggunaan intonasi yang lembut ini perlu diamalkan sejak bayi lagi untuk melembutkan hati anak. Ianya perlu diamalkan sebelum anak kita dapat memahami perkataan, mereka terlebih dahulu memahami intonasi dan amat sensitif terhadap perasaan kita. Sebab itulah bayi kita boleh menangis apabila kita bergurau memarahi mereka.

Berikan Perhatian Dapat Melembutkan Hati Anak

Kita semua tahu bahawa apabila seseorang itu diberikan perhatian yang secukupnya, maka mereka akan rasa lebih dihargai dan disayangi. Sebagai anak, mereka perlu mendapatkan perhatian yang secukupnya daripada kedua ibu bapanya. Terkadang anak kita tak bermaksud untuk melengahkan apa yang kita arahkan. Sebaliknya, mereka tidak faham atau tidak mendengar apa yang kita ucapkan kerana hati mereka sedang gusar.

Kita boleh lihat, apabila anak kita balik dari tadika mahupun sekolah. Kadang-kala mereka tidak melakukan apa yang kita suruh dengan pantas. Walaupun kita hanya menyuruh mereka untuk mandi atau makan sahaja. Kita sepatutnya dapat melihat riak wajah mereka untuk mengetahui perasaan atau apa yang tersirat di dalam hati mereka.

Mereka mungkin mengalami hari yang sukar di sekolah seperti dimarahi guru dan tekanan belajar. Semua ini akan menyebabkan mereka letih dan merasa ‘mood down’. Kita sepatutnya mengambil berat tentang mereka dan memberikan nasihat dan semangat untuk melembutkan hati anak kita.

melembutkan hati anak

Sebagai manusia biasa, mesti kita juga akan sedih dan kecewa apabila kehadiran diri kita ini tidak dihargai. Jadi, cubalah beri perhatian terhadap apa yang sedang dan telah dilakukan oleh anak sebelum kita mahukan mereka mendengar cakap.

Penggunaan Ayat Negatif Tidak Melembutkan Hati Anak

melembutkan hati anak

Cuba kita bayangkan bagaimanakah perasaan kita apabila orang yang kita sayang dan percayai menggunkaan perkataan yang negatif kepada kita. Kita perlu tahu bahawa penggunaan perkataan yang negatif hanya akan memberikan kesan yang lebih buruk kepada mental anak kita.

Penggunaan ayat negatif akan melemahkan emosi anak kita. Sebahagian ibu bapa hari ini menggunakan perkataan atau ayat yang negatif kepada anak mereka sejak dari kecil lagi. Anak akan merasa lebih tertekan dan tiada keyakinan diri untuk menonjolkan diri di khalayak ramai.

Penggunaan ayat yang negatif ini akan menyebabkan anak kita terikut dan melakukan hal yang sama. Mereka akan menggunakan ayat atau perkataan yang sama kepada kita mahupun orang lain disekeliling mereka.

Sentiasa Berdoa Untuk Melembutkan Hati Anak

Sebagai orang Islam kita seharusnya banyakkan doa kepada Allah. Kita juga perlu ingat bahawa perkataan yang kita lontarkan kepada anak kita merupakan doa secara tidak langsung. Jikalau yang kita lontarkan itu perkataan yang baik maka ia menjadi doa yang baik. Jika yang kita lontarkan itu perkataan yang tidak baik maka ia juga merupakan doa yang tidak baik buat mereka.

melembutkan hati anak

Disamping kita memperbaiki komunikasi dengan anak kita, hubungan kita dengan Allah juga perlu dijaga. Kita harus mendoakan mereka setiap hari. Kerana doa kita menjadi senjata terkuat bagi mereka.

Terdapat juga potongan ayat Al Quran yang boleh kita amalkan:

Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Sekian sahaja penulisan tentang cara untuk melembutkan hati anak. Sebenarnya masih banyak lagi cara yang kita boleh amalkan untuk melembutkan hati anak.

Baca juga:

2 thoughts on “5 Cara Melembutkan Hati Anak”

  1. Pingback: 3 Cara Menjaga Kebersihan Sungai Kita - Baitul Taaruf

  2. Pingback: 4 Adab Menziarahi Orang Sakit - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: