5 Cara Melatih Anak Menjadi Jujur

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
88

5 Cara Melatih Anak Menjadi Jujur ini akan berkongsi dengan para pembaca di luar sana, terutamanya kepada ibu bapa yang mungkin menghadapi masalah seperti anak mereka suka berbohong.

Anak-anak kecil ini pada amnya tidak tahu mana yang betul dan mana yang salah.

Sebab itulah tugas kita sebagai ibu bapa sangat besar kerana kitalah sekolah dan juga guru pertama dalam hidup mereka.

Jika apa yang kita ajar itu betul, maka sudah pasti anak kita akan membesar sebagai seorang yang mempunyai personaliti yang baik.

cara melatih anak menjadi jujur

Lain pula jika apa yang kita ajar tersebut bukan sesuatu yang baik ataupun bagus, maka anak kita sudah pasti akan membesar dengan personaliti yang kurang baik.

Jadi hari ini admin nak kongsikan cara melatih anak menjadi jujur.

Terapkan Kejujuran Dalam Kehidupan Seharian Adalah Cara Melatih Anak Menjadi Jujur

Bagaimana jika kita mengharapkan anak-anak ini menjadi jujur jika mereka tidak diajar untuk menjadi seorang yang jujur?

Sebagai ibu bapa, kita perlu melatih anak-anak kita supaya berkata jujur apabila bertutur dengan siapa pun.

Kita juga boleh menerapkan supaya mereka jujur walaupun perkara yang mereka lakukan tersebut salah.

cara melatih anak menjadi jujur

Contohnya, anak-anak kecil ini mungkin akan berbohong jika mereka membuat sesuatu yang salah seperti pecahkan pasu dan sebagainya.

Maka dari situasi-situasi beginilah masa yang tepat untuk kita terangkan kepada mereka bahawa menjadi jujur sangat penting.

Itulah cara melatih anak menjadi jujur yang pertama.

Terangkan Dari Sudut Agama Juga Cara Melatih Anak Menjadi Jujur

Kita juga boleh menerangkan kepada mereka bahawa bercakap jujur sangat dituntut dalam agama dan bercakap bohong dilarang sama sekali.

Kita pasti sudah terbiasa dari kecil dengan tunjuk ajar ibu bapa kita yang memberitahu bahawa ‘berbohong itu berdosa’.

Ini merupakan cara yang terbaik kerana ianya sangat ringkas untuk mengingatkan kepada anak-anak kita.

cara melatih anak menjadi jujur

Namun, jangan terus menggunakan istilah tersebut tanpa menerangkan dengan cara yang bersesuaian kepada anak-anak tentang apa itu pahala, dosa, bercakap benar dan juga berbohong.

Tiada gunanya jika kita mengingatkan bahwa ‘berbohong itu berdosa’ jika mereka sendiri tidak faham.

Semoga berjaya melaksanakan cara melatih anak menjadi jujur yang kedua ini.

Membacakan Kisah Dongeng Juga Cara Melatih Anak Menjadi Jujur

Anak-anak lebih tertarik apabila kita mengunakan kaedah-kaedah yang menarik dalam penyampaian kita.

Kita mungkin boleh menceritakan kepada mereka tentang kisah-kisah dongeng yang berkisah tentang pentingnya menjadi jujur.

Antara kisah yang popular yang mungkin boleh kita gunakan adalah kisah Pinocchio.

Satu cerita dongeng kanak-kanak yang sememangnya memberikan penegasan bahawa bercakap jujur amat penting dalam kehidupan.

cara melatih anak menjadi jujur

Selain itu, kita juga boleh menayangkan filem-filem animasi yang sesuai untuk melatih mereka bercakap jujur.

Dengan tayangan filem-filem seperti ini, ianya akan membuatkan anak kita terikut-ikut nilai murni yang ditonjolkan.

Inilah cara melatih anak menjadi jujur yang ketiga.

Puji Mereka Adalah Cara Melatih Anak Menjadi Jujur

Siapa yang tak suka dengan pujian?

Terkadang kita sebagai ibu bapa juga suka apabila dipuji.

Pujian-pujian yang kita berikan kepada anak kita sebenarnya menjadi satu pemangkin semangat buat mereka.

Kerana mereka rasa dihargai dan juga mereka rasa bahawa ibu bapa mereka melihat apa yang mereka lakukan.

Kalau kita lihat, anak-anak yang suka bercakap bohong selalunya tidak mendapat perhatian yang cukup dari kedua ibu bapa mereka.

cara melatih anak menjadi jujur

Jadi, mereka akan gunakan percakapan bohong untuk menarik perhatian mereka.

Lontarkanlah kata-kata pujian setiap kali mereka bercakap jujur dengan kita kerana mereka akan rasakan bahawa bercakap jujur ini sesuatu perkara yang baik.

Itulah cara melatih anak menjadi jujur yang keempat.

Bersikap Lembut Termasuk Cara Melatih Anak Menjadi Jujur

Anak-anak ini jarang nak dengar apa yang kita sampaikan jika kita berkeras kepada mereka.

cara melatih anak menjadi jujur

Dalam cara melatih anak menjadi jujur ini, kita sepatutnya bersikap sabar dan juga berlemah lembut dengan mereka.

Semakin kita berlembut dengan mereka, maka semakin senang untuk mereka mendengar cakap kita.

Jangan gunakan kekerasan dalam cara melatih anak menjadi jujur.

Baca juga:

1 thought on “5 Cara Melatih Anak Menjadi Jujur”

  1. Pingback: 5 Tips Untuk Legakan Hati Isteri Merajuk - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: