5 Cara Melajukan Wifi Di Rumah

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92
melajukan wifi

5 Cara Lajukan Wifi Di Rumah ini akan berkongsi dengan anda semua tentang cara-cara yang anda boleh lakukan untuk melajukan wifi di rumah. Boleh dikatakan hampir semua rumah sudah mempunyai wifi masing-masing.

Sejak dunia dilanda pandemik COVID-19, semua perkara telah berubah menjadi atas talian. Jika sebelum ini anda perlu bersesak-sesak untuk mendapatkan sesuatu. Sekarang ini semuanya telah berubah dan hanya berada di hujung jari kita semua. Anak-anak yang dari sekolah hingga ke universiti semuanya juga terpaksa melalui pembelajaran atas talian.

Semua ini memerlukan rangkaian wifi yang laju, jika tidak segalanya akan tergendala. Rangkaian yang lambat tentu sahaja akan memeningkan semua isi rumah. Sebenarnya ramai yang tidak perasan bahawa, kita semua mengalami masalah yang sama.

melajukan wifi

Masalah yang sering dialami jika wifi tidak laju:

  • Proses ‘loading’ ke sesuatu laman web dengan mengambil masa yang lama.
  • Apabila anda ingin memuat turun sebarang fail yang bersaiz besar mahupun kecil tetapi ianya hanya kekal pada 0% dan tidak memuat turun sama sekali.
  • Anda menghantar pesanan teks melalui Whatsapp namun ianya tidak atau lambat terhantar kerana ‘reconnecting’ sahaja.

Lokasi Router Wifi Yang Sesuai Dapat Melajukan Wifi

Ramai yang tidak tahu atau tidak mengambil peduli tentang perkara ini. Ini adalah perkara pertama dan yang paling penting untuk melajukan wifi kita. Sering dilihat ramai yang meletakkan router wifi di tempat yang tersembunyi. Antara tempat yang tersembunyi yang dijadikan pilihan untuk meletak router wifi ialah dalam almari televisyen dan disebalik barang-barang hiasan rumah.

melajukan wifi

Terdapat 3 faktor utama yang perlu diambil kira untuk meletakkan router wifi dengan betul supaya dapat melajukan wifi anda.

  • Jarak: letakkan router di tempat yang kita sering melayari internet. Kita perlu tahu bahawa, semakin jauh jarak antara kita dengan router wifi maka lebih lambat maka mankin lemah isyarat yang kita dapakan.
  • Halangan: router wifi seharusnya diletakkan di tempat yang terbuka. Jika router diletakkan pada bilik yang tertutup dan sebagainya. Maka, ia akan memberi kesan kepada rangkaian. Anda disarankan untuk letak router di atas meja.
  • Haba: router wifi kita sepatutnya berada jauh daripada perkakas elektrik di dalam rumah. Router yang diletakkan di sebelah perkakas elektrik yang mengeluarkan haba yang akan menyebabkan router tidak tidak berfungsi dengan efisien.

Lakukan Reboot Untuk Melajukan Wifi

Pasti ramai yang tercengang kan? Anda semua tidak perlu risau, melakukan proses reboot bukanlah susah dan tidak memerlukan sebarang alatan yang khusus pun. Proses reboot ini hanyalah proses mati dan hidupkan router wifi anda semula.

Proses reboot pada router wifi anda akan dapat melajukan wifi anda. Ini disebabkan oleh, memori pada router wifi akan dibersihkan. Dan segalanya juga akan dikemas kini dengan sendirinya. Saranan untuk anda apabila reboot router wifi ialah jangan lupa untuk membersihkan router tersebut. Pembersihan yang dilakukan pada router dapat melajukan wifi.

melajukan wifi

Munking terdapat habuk yang tersembunyi di bahagian celah-celah router anda. Kita maklum bahawa jika CPU komputer atau televisyen terdapat habuk, maka alatan tersebut tidak akan berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan router wifi kita.

Kenal Pasti Rangkaian Wifi Mana Yang Kuat Di Rumah Anda Untuk Melajukan Wifi

Ramai yang tersalah membeli jenis rangkaian wifi di rumah. Sebelum membeli, anda harus pastikan rangkaian tersebut kuat dan laju di dalam rumah anda. Ramai yang membeli hanya kerana syarikat rangkaian tersebut menawarkan pakej-pakej yang menarik hati. Terdapat juga syarikat rangkaian yang menawarkan harga yang jauh lebih murah untuk menarik perhatian pembeli.

Anda harus memilih rangkaian yang memberikan liputan yang tinggi. Anda juga perlu memilih rangkaian jalur lebar yang tidak banyak digunakan di kawasan tempat tinggal anda. Hal ini disebabkan, jika ramai diantara jiran anda menggunakan rangkaian yang sama maka saluran rangkaian akan menjadi sesak dan terbantut. Dan niat anda untuk melajukan wifi tidak akan tercapai.

Pemilihan ini rangakain internet yang betul dapat melajukan wifi yang bakal kita gunakan pada setiap hari.

Ini sahaja perkongsian untuk kali ini. Diharapakan penulisan tentang cara melajukan wifi ini dapat memberikan ilmu pengetahuan yang baharu untuk para pembaca sekalian.

Baca juga:

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: