5 Cara Hadirkan Keikhlasan Dalam Beribadah

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
88

5 Cara Hadirkan Keikhlasan Dalam Beribadah ini akan berkongsi dengan para pembaca semua tentang bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa ikhlas dalam melakukan ibadah kepadanya.

Sebagai seorang hamba yang inginkan syurga sebagai tempat kembali, kita sudah pasti perlu mendidik hati nurani kita supaya sentiasa dekat dan juga patuh kepada perintah Allah SWT.

Cara Hadirkan Keikhlasan Dalam Beribadah

Hati kita juga perlu bersih daripada segala kekotoran penyakit hati yang hanya akan menjadikan kita sebagai seorang hamba yang rugi kerana segala ibadah kita akan rosak dan tidak diterima oleh Allah.

Ikhlas itu tempatnya di hati, tiada siapa yang tahu melainkan diri kita sendiri dan juga Allah.

Bermuhasabah Cara Hadirkan Keikhlasan Dalam Beribadah

Bermuhasabah diri akan membantu seseorang itu untuk mengenali dirinya dengan lebih mendalam.

Mungkin ada yang sangka bahawa selama ini mereka ikhlas beribadah kepada Allah, namun realitinya mereka sebenarnya tidak mempunyai keikhlasan apabila beramal.

Muhasabah diri juga akan membuatkan kita mengenal pasti sebab atau punca kenapa kita tiada keikhlasan di dalam hati.

 Cara Hadirkan Keikhlasan Dalam Beribadah

Sentiasa kita berwaspada dengan setiap amalan yang kita lakukan, check kembali tujuan kita melakukan amalan tersebut kepada siapa?

Sangat penting untuk kita semak kembali apa yang ada di dalam hati kita dengan cara bermuhasabah diri pada setiap hari.

Jangan lupa untuk bermuhasabah kerana itulah cara hadirkan keikhlasan dalam beribadah.

Letakkan Allah Sebagai Matlamat Adalah Cara Hadirkan Keikhlasan Dalam Beribadah

Tanya kembali kepada diri kita sendiri, adakah sudah kita letakkan Allah SWT di tempat yang betul di dalam hati kita?

Ramai manusia yang hilang keikhlasan kerana tidak menjadikan Allah SWT sebagai matlamat di dalam kehidupan mereka.

Akibatnya mereka tidak lagi beribadah semata-mata kerana Allah.

Kita tahu apabila dunia dijadikan matlamat kehidupan, maka akhirat akan pergi meninggalkan kita.

 Cara Hadirkan Keikhlasan Dalam Beribadah

Cara hadirkan keikhlasan dalam beribadah adalah kita melakukan sesuatu ibadah semata-mata hanya kerana Allah.

Kita tidak lagi memandang dunia dan isinya apabila beribadah kepada Allah.

Jangan sekali-kali letakkan dunia sebagai matlamat hidup, nescaya kita akan menyesal.

Jangan Berbangga Diri Cara Hadirkan Keikhlasan Dalam Beribadah

Sifat sombong atau berbangga diri tidak boleh ada dalam hati seorang muslim.

Kerana ianya tidak lain hanya akan menghilangkan keikhlasan dalam hati kita.

Ada orang-orang yang merasakan diri mereka hebat kerana dapat melaksanakan ibadah.

Sedangkan secara terang bahawa mereka memperkecilkan orang lain.

Cara Hadirkan Keikhlasan Dalam Beribadah

Sudah pasti orang-orang sebegini telah luput rasa keikhlasan dalam hati mereka.

Cara hadirkan keikhlasan dalam beribadah adalah dengan sentiasa penuhkan hati-hati kita dengan sifat rendah diri.

Walaupun orang lain belum mampu untuk melakukannya, jangan sesekali kita berbangga diri kerana bukan matlamat kita untuk bersaing dengan manusia lain.

Jangan Harapkan Pujian Adalah Cara Hadirkan Keikhlasan Dalam Beribadah

Sesiapa yang dalam ibadahnya mengharapkan pujian daripada manusia, maka sudah terbukti tiada keikhlasan dalam hati mereka.

Pujian yang manusia berikan hanya akan mengkaburkan mata dan hati kita apabila beribadah.

Kerana kita akan merasakan bahawa orang lain memandang kita sebagai seorang yang alim dan juga warak.

Tetapi sayangnya di sisi Allah ibadah kita tidak akan diterima dan hanya akan menjadi perkara yang sia-sia.

Pujian manusia ini ibarat senjata yang boleh membunuh keikhlasan seseorang, ia membunuh secara senyap.

Cara hadirkan keikhlasan dalam beribadah tidak akan berjaya jika kita masih mengharapkan manusia.

Berdoa Juga Cara Hadirkan Keikhlasan Dalam Beribadah

Senjata seorang mukmin dalam apa jua perkara adalah doa.

Dalam situasi apa pun kita, tetaplah berdoa meminta kepada Allah SWT.

Begitu juga dalam cara hadirkan keikhlasan dalam beribadah, kita perlu sentiasa berdoa agar Allah memberikan kita hati yang terus istiqomah untuk ikhlas kepada dia.

 cara hadirkan keikhlasan dalam beribadah

Dan minta kepada Allah supaya kita tidak terus menjadikan selain dari Allah sebagai sebab beribadah.

Doa yang kita minta kepada Allah ini harus kita lakukan pada setiap hari, agar hati kita terus Allah jaga pada setiap masa.

Jangan lupa amalkan cara hadirkan keikhlasan dalam beribadah ini.

Baca juga:

1 thought on “5 Cara Hadirkan Keikhlasan Dalam Beribadah”

  1. Pingback: 5 Cara Eratkan Hubungan Dengan Anak - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: