5 Cara Eratkan Hubungan Dengan Anak ini akan berkongsi dengan para pembaca semua, khasnya kepada ibu bapa yang ingin cuba merapatkan hubungan dengan anak-anak mereka.
Perkongsian kali ini tidak hanya terhad kepada ibu bapa yang sudah mempunyai anak.
Tetapi juga kepada ibu bapa yang mungkin sedang menunggu kelahiran anak mereka.

Cara-cara yang bakal dikongsikan ini boleh dipraktikkan sejak dari anak kecil lagi, bahkan sewaktu mereka sejak bayi lagi.
Kita dapat lihat pada hari ini, ramai ibu bapa yang mengalami masalah dengan anak-anak mereka.
Terkadang silap kita sebagai ibu bapa kerana tidak cuba untuk memperbaiki hubungan tersebut.
Jangan dilambatkan untuk kita perbaiki hubungan dengan anak-anak kerana kita mungkin akan menyesal.
Gunakan Intonasi Yang Betul Dalam Cara Eratkan Hubungan Dengan Anak
Sebagai manusia, kita perlu menggunakan intonasi yang betul apabila berbicara dengan orang lain.
Penggunaan intonasi yang tidak sepatutnya digunakan akan membuatkan pihak lain terasa hati dengan kita.
Jika berbual dengan anak-anak, pastikan anda tidak menggunakan intonasi yang tinggi kepada mereka.

Ini bukan bermaksud yang kita tidak boleh memarahi mereka.
Dan tak kan pula sepanjang masa kita akan gunakan intonasi yang tinggi kepada mereka.
Intonasi yang tinggi ini akan membuatkan bahawa diri mereka tidak dihargai oleh ibu bapa mereka sendiri.
Jaga juga kata-kata yang kita gunakan dalam cara eratkan hubungan dengan anak.
Memberi Teguran Juga Cara Eratkan Hubungan Dengan Anak
Anak-anak kita ini ibarat kain putih, mereka lahir tanpa pengetahuan tentang apa-apa pun.
Kitalah cikgu mereka yang pertama dalam hidup mereka.
Semakin membesar anak-anak, semakin mereka dapat melihat dunia.
Mereka juga mempunyai perasaan yang tinggi untuk mencuba perkara-perkara yang baru.
Namun, terkadang hal-hal baru itu tidak sepatutnya mereka lakukan, jadi di sinilah kita memainkan peranan kepada mereka.

Kalau selama ini kita hanya mengajar mereka, jadi kita perlu selitkan teguran kepada mereka.
Teguran merupakan sesuatu yang perkara yang positif buat anak-anak.
Kerana mereka merasakan bahawa ibu bapa mereka memperhatikan tingkah laku mereka.
Terkadang mereka tahu bahwa perkara tersebut salah, tapi mereka tetap buat untuk menarik perhatian kita.
Berikan Hadiah Adalah Cara Eratkan Hubungan Dengan Anak
Hadiah merupakan simbol kita untuk menzahirkan perasaan sayang kepada seseorang.
Begitu juga kepada anak-anak kita, mereka sudah pasti inginkan sesuatu daripada ibu bapa mereka.
Hadiah juga boleh kita simbolkan sebagai satu tanda bahawa kita menghargai mereka selama ini.

Hadiah yang ingin kita berikan tidak perlu sesuatu yang mahal, tetapi cukuplah ianya mampu berikan kenangan yang indah kepada mereka.
Cara ini juga akan membantu mereka untuk menghargai pemberian orang lain.
Jangan lupa untuk buat cara eratkan hubungan dengan anak ni tau!
Berikan Sokongan Juga Cara Eratkan Hubungan Dengan Anak
Sebagai ibu bapa, sokongan terbesar untuk anak-anak adalah datang daripada kita.
Tunjukkan kepada mereka bahawa kita memang ibu bapa yang menyokong mereka dalam perkara yang ingin mereka ceburi.
Ini tidak, ramai ibu bapa pada hari ini yang tidak menyokong hobi anak-anak mereka.
Mereka anggap bahawa hobi hanyalah satu perkara yang sia-sia sahaja.

Sedangkan hobi merupakan perkara yang boleh mengurangkan stress pada anak-anak kita.
Berikan sokongan terhadap mereka selagi mana perkara yang mereka lakukan tidak salah.
Cara eratkan hubungan dengan anak ini membantu untuk kita berfikir lebih jauh.
Jangan Terlalu Mengongkong Cara Eratkan Hubungan Dengan Anak
Siapa sahaja yang suka hidup seperti di dalam penjara, semua perkara pun tak boleh nak dilakukan.
Itulah perasaan anak-anak kita jika kita mengongkong kehidupan mereka.
Anak-anak sepatutnya rasa bebas dalam hidup mereka.
Kita juga perlu tahu bahawa anak-anak seperti ini juga akan ‘culture schock’ apabila mereka dapat hidup sendiri kelak.
Mereka akan lakukan apa sahaja apabila mereka merasakan bahawa mereka sudah bebas.
Cara eratkan hubungan dengan anak ini akan membantu kita untuk mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan anak-anak.
In shaa allah perkongsian tentang cara eratkan hubungan dengan anak ini akan membantu kita semua.
Baca juga:
1 thought on “5 Cara Eratkan Hubungan Dengan Anak”
Pingback: 3 Cara Bahagiakan Suami Mengikut Shiela Rusly - Baitul Taaruf