5 Cara Elak Perasaan Malas Ketika Kerja

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
88

5 Cara Elak Perasaan Malas Ketika Kerja ini akan berkongsi dengan anda semua yang mungkin sedang dilanda perasaan malas ketika sedang bekerja.

Perasaan malas sebenarnya ada pada semua orang.

Tidak kira yang muda mahupun orang tua.

Peringkat umur juga bukan ukuran sama ada kita semua malas atau tidak.

Sebagai seorang dewasa yang sudah mula bekerja, sudah pasti ada kalanya kita merasakan tidak ada semangat untuk menyiapkan kerja kita.

cara elak perasaan malas ketika kerja

Mungkin ini adalah disebabkan oleh ‘burn out’ di tempat kerja.

Namun apa daya, kerja-kerja tersebut tidak akan siap dengan sendirinya melainkan kita yang perlu siapkan.

Jadi hari ni admin nak kongsikan beberapa cara elak perasaan malas ketika kerja kepada anda semua.

Niat Yang Baik Adalah Cara Elak Perasaan Malas Ketika Kerja

Selalu kita diingatkan oleh ibu bapa kita untuk sentiasa betulkan niat apabila melakukan sesuatu perkara.

Perasaan malas boleh timbul kerana niat kita sendiri yang salah.

Mana taknya, niat pergi kerja kerana ingin berjumpa dengan kawan sekerja untuk berbual-bual.

Tiada langsung niat untuk melakukan kerja.

Maka bermula hari ini luruskanlah niat kita untuk ke tempat kerja kerana ingin mencari rezeki yang halal.

Cara Elak Perasaan Malas Ketika Kerja

Bukan sahaja kita akan mendapat pahala bahkan mindset kita juga akan berubah sekiranya terus mempunyai niat yang betul.

Itulah cara elak perasaan malas ketika kerja yang pertama.

Susun Atur Tugas Adalah Cara Elak Perasaan Malas Ketika Kerja

Siapa yang kat sini sering saja merasakan mereka mempunyai kerja yang banyak pada setiap hari?

Dan ada ketika pasti anda sering merasakan bahawa tiada masa yang cukup untuk siapkan kerja yang ada.

Hingga kadang-kadang terpaksa kita bawa kerja-kerja tersebut balik ke rumah untuk disiapkan.

Kerana itulah penting untuk anda semua mempunyai jadual atau susun tugasan anda dengan sebaiknya.

cara elak perasaan malas ketika kerja

Mulakan pagi anda di pejabat dengan membuat jadual berkenaan dengan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan pada hari tersebut.

Utamakan tugas-tugas yang penting dan yang perlu dihantar segera.

Dengan jadual yang ada ini pembahagian masa anda juga akan teratur kerana anda tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan satu-satu tugasan.

Itulah cara elak perasaan malas ketika kerja yang kedua.

Jangan Multitasking Adalah Cara Elak Perasaan Malas Ketika Kerja

Siapa kat sini yang suka buat 2 hingga 3 kerja dalam satu-satu masa?

Mesti ramai di kalangan pembaca yang gemar untuk lakukan 2 hingga 3 kerja, bahkan lebih dalam satu masa.

Walaupun terlihat seperti ‘hebat’ tetapi ianya sangat tidak bagus kerana hasil anda akan terjejas.

Ini kerana kebarangkalian untuk anda melakukan kesalahan sangat tinggi.

Apa perasaan anda jika anda sudah penat menyiapkan banyak kerja, apabila semak sebenarnya banyak kesilapan yang perlu dibetulkan?

cara elak perasaan malas ketika kerja

Mestilah kecewakan.

Jadi untuk mengelakkan perasaan kecewa dan malas menguasai diri, janganlah anda multitasking apabila membuat kerja.

Itulah cara elak perasaan malas ketika kerja yang ketiga.

Rehat Sebentar Adalah Cara Elak Perasaan Malas Ketika Kerja

Anda semua dinasihatkan untuk tidak terus-menerus melakukan kerja.

Ini kerana ada akan rasa penat lebih cepat jika terus bekerja tanpa rehat.

Anda mungkin boleh mengambil masa dalam 10 hingga 15 minit apabila telah bekerja selama 40 hingga 45 minit.

Rehat sekejap ini juga adalah ‘reward’ untuk anda.

cara elak perasaan malas ketika kerja

Tetapi ingat, jangan pula anda ambil masa rehat yang lama kerana anda akan rasa malas apabila hendak melakukan kerja semula.

Itulah cara elak perasaan malas ketika kerja yang keempat.

Tutup Notifikasi Handphone Adalah Cara Elak Perasaan Malas Ketika Kerja

Telefon pintar merupakan antara punca terbesar kenapa rasa malas menghantui diri kita.

Mana taknya sikit-sikit kita layan telefon.

Tutuplah notifikasi telefon anda kerana apabila ada sahaja pemberitahuan yang masuk sudah pasti anda akan lihat telefon dan akan meleret untuk tengok aplikasi yang lain.

Sedar-sedar dah 20 minit anda bermain telefon.

Anda juga boleh letakkan telefon di mode focus.

Diharapkan penulisan ini membantu anda semua.

Baca Juga:

2 thoughts on “5 Cara Elak Perasaan Malas Ketika Kerja”

  1. Pingback: 6 Tips Murah Rezeki Untuk Anda - Baitul Taaruf

  2. Pingback: 5 Cara Buang Perasaan Malas Dalam Diri - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: