5 Cara Berjimat Cermat ini akan berkongsi dengan anda semua terutamanya kepada isi rumah yang ingin menjaga kewangan keluarga.
Ramai isi rumah hari ini menjadi mangsa kepada inflasi.
Kenaikan harga barang keperluan dan kehendak ini menyebabkan ramai isi rumah yang terkesan.
Mungkin dulu kita dapat hidup dalam keadaan yang selesa, namun sekarang sepatutnya waktu untuk kita buka mata agar menjaga kewangan kita semua.

Berjimat cermat merupakan cara yang paling efektif untuk kita menjaga kewangan kita.
Dengan cara ini kita juga dapat mengelakkan pembaziran dalam berbelanja pada setiap hari.
Amalan berjimat cermat juga akan membuatkan kita untuk mempunyai duit lebih pada setiap bulan.
Ini akan membantu kita untuk menabung pada setiap bulan.
Rekod Setiap Perbelanjaan Merupakan Cara Berjimat Cermat
Untuk mengawal kewangan anda, anda dinasihatkan untuk sentiasa membuat rekod berkenaan dengan perbelanjaan anda.
Walaupun kelihatan seperti susah kerana anda perlu rekodkan setiap perbelanjaan walaupun ianya kecil.
Namun anda akan lihat kesan merekodkan perbelanjaan ini sangat berguna dan juga membantu.
Dengan kaedah ini juga anda boleh lihat setiap perbelanjaan yang anda lakukan secara terperinci.
Anda hanya perlu mencatit pada buku biasa selepas setiap kali berbelanja.

Terdapat juga sesetengah orang yang akan menyimpan resit mereka.
Jadi pada bulan hadapan, mereka dapat kira kembali duit mereka yang keluar pada bulan lepas.
Sentiasa bersemangat untuk melakukan cara berjimat cermat pada setiap bulan.
Rancang Makanan Harian Merupakan Cara Berjimat Cermat
Anda selalu membeli makanan tanpa lihat kepada harga?
Kebanyakkan dari mereka yang sudah bekerja akan membeli makanan di luar sahaja.
Lagi-lagi kepada mereka yang bujang dan tinggal sendirian.
Mereka akan membeli sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Ini paling kurang ya, bahkan ada ramai lagi yang membeli makanan di luar melebihi 3 kali sehari.

Cuba anda kira kembali berapa banyak yang anda belanjakan pada setiap hari hanya untuk membeli makanan sahaja.
Kita anggaran setiap kali makan bersamaan dengan RM 10.
Satu hari sudah menjadi RM 30.
Ini merupakan satu nilai yang besar.
Kalau anda bijak dan hanya memasak di rumah, RM 30 tersebut dapat digunakan untuk perbelanjaan bahan mentah untuk 2 hari.
Jadilah isi rumah yang bijak dengan mengamalkan cara berjimat cermat.
Jangan Pandang Yang Berjenama Termasuk Cara Berjimat Cermat
Ramai yang mengalami masalah kewangan kerana membeli barangan-barangan yang berjenama.
Sedangkan mereka boleh sahaja membeli barang dari jenama yang sepatutnya mereka mampu.
Kata-kata seperti ‘biar papa asalkan bergaya’ perlu kita buang dari kamus hidup kita.
Mana tidaknya, ianya akan menyebabkan kita silap berbelanja pada setiap bulan.
Pastikan anda memilih barangan yang anda mampu kerena itu juga cara berjimat cermat.
Hari Tanpa Duit Juga Cara Berjimat Cermat
Asal ada duit di dompet, pasti kita akan membelanjakannya untuk sesuatu.
Untuk mengelakkan tabiat buruk ini, anda boleh melaksanakan kempen untuk mendidik jiwa anda supaya kurang berbelanja.
Cuba anda pilih satu hari atau lebih, dan berazam bahawa pada hari itu anda tidak akan membelanjakan duit anda walaupun 1 sen.

Anda hanya akan membelanjakan duit untuk hal-hal kecemasan sahaja.
Cara ini sangat bagus jika ada seorang yang suka membeli sesuatu yang tidak perlu selain menjaga kewangan anda.
Mari kita semua amalkan cara berjimat cermat dalam kehidupan seharian kita semua.
Kawal Nafsu Berbelanja Adalah Cara Berjimat Cermat
Kalau anda lakukan seratus cara lain tapi anda tidak kawal nafsu anda, maka cara berjimat cermat anda tidak akan berhasil.
Nafsu merupakan perkara yang paling besar untuk kita kawal dalam hal-hal berkaitan dengan duit.
Anda usaha macam mana pun kalau nafsu berbelanja tak dikawal pasti ada tidak berjaya untuk berjimat cermat.
Teruskan usaha untuk melatih nafsu anda supaya tidak berbelanja sesuka hati dan juga tidak membeli barang-barang yang tidak perlu.
Setakat ini sahaja perkongsian pada kali ini mengenai cara berjimat cermat.
Pastikan anda sentiasa peka dengan kedaan kewangan anda.
Baca Juga: