5 Cabaran Dalam Tempoh Bertunang ini akan berkongsi dengan anda semua khususnya kepada mereka yang sedang berada dalam fasa pertunangan.
Bagi mereka yang bakal bertunang juga boleh menjadikan perkongsian pada kali ini untuk mendapatkan pengalaman atau ilmu yang baru.
Bertunang ini merupakan tanda bahawa kedua-dua buah pihak iaitu lelaki dan perempuan berada dalam satu fasa hubungan yang serius sebelum bernikah.
Anda juga perlu tahu bahawa cabaran yang anda akan hadapi adalah lebih berat daripada fasa anda sedang bercinta.

Cabaran-cabaran ini akan menjadi satu kenangan yang indah jika anda mampu untuk mengatasinya.
Namun cabaran-cabaran ini juga boleh menjadi satu kenangan yang pahit kerana anda tidak mampu mengharunginya.
Mari terus membaca berkenaan 5 cabaran dalam tempoh bertunang.
Cabaran Dalam Tempoh Bertunang Yang Pertama Adalah Masalah Kewangan
Dalam tempoh pertunangan lah kita sedang sibuk untuk mengumpul duit untuk kahwin.
Pada amnya masalah kewangan ini kebiasaanya terletak di bahu lelaki.
Namun jika masalah itu dirasakan terlalu berat untuk dipikul ianya mungkin akan menjejaskan hubungan anda.
Masalah kewangan ini dapat diatasi dengan membuat perancangan kewangan.
Perancangan kewangan sepatutnya perlu dilakukan sejak sebelum bertunang lagi.
Kewangan adalah satu perkara yang sangat penting.
Jika sedang bertunang sahaja ianya cabaran yang berat, cuba anda fikirkan apabila anda telah berkahwin nanti.
Rancanglah kewangan untuk elakkan cabaran dalam tempoh bertunang.
Perubahan Sikap Merupakan Cabaran Dalam Tempoh Bertunang
Tanyalah kepada orang-orang yang sudah berumahtangga.
Mereka pasti akan mengakui bahawa perubahan sikap akan berlaku dalam fasa bertunang.
Walaupun anda dah kenal lama dengan pasangan anda, namun perangai masing-masing akan berubah.
Mungkin masing-masing akan menjadi lebih beremosi dalam tempoh ini.
Ada juga yang pasangan kita berubah perangai seperti menjadi seorang yang panas baran dan kurang bersabar.
Perubahan sikap ini bukanlah bermaksud mereka tidak sayangkan anda, tetapi ianya adalah disebabkan oleh stress.
Mungkin mereka penat bekerja untuk kumpul duit untuk menjayakan hari bahagia yang bakal berlangsung.

Fasa inilah anda perlu sentiasa bersabar dengan pasangan anda.
Bersabarlah kerana cabaran dalam tempoh bertunang sangat berat.
Tekanan Dari Keluarga Juga Cabaran Dalam Tempoh Bertunang
Apabila anda hendak melangsungkan hari bahagia, pasti keluarga juga akan berikan tekanan kepada anda dan juga pasangan.
Keluarga kita atau pasangan akan menggunakan lesen bahawa mereka sudah mempunyai ‘pengalaman’ untuk control kita.
Memang itu benar, namun pihak keluarga tidak sepatutnya memberikan tekanan kepada pasangan, kerana mereka sudah mempunyai masalah yang tersendiri.
Kita boleh berikan pandangan, namun jangan sampai ke tahap memaksa mereka.
Ingatlah bahawa mereka yang akan berkahwin, bukannya kita.
Keluarga sepatutnya menjadi lebih suppotive dalam hal ini supaya tidak memberikan tekanan kepada pasangan.

Banyakkan cabaran dalam tempoh bertunang.
Tawar Hati Kepada Pasangan Juga Termasuk Cabaran Dalam Tempoh Bertunang
Segala cabaran ketika bertunang akan membuatkan emosi anda terganggu.
Ianya juga akan mengakibatkan hati anda menjadi tawar kepada pasangan anda.
Itu memang sebenarnya perkara yang sering terjadi kepada orang-orang yang bertunang.
Kita juga sering dengar ramai yang putus tunang kerana sudah tawar hati.
Untuk mengatasi masalah ini, komunikasi adalah cara yang perlu anda lakukan.
Anda mungkin boleh berbincang dengan pasangan tentang perkara yang mungkin tersemat di dalam hati.
Dari situ anda lihat bahawa adanya jalan keluar untuk perasaan yang anda alami.
Berat sungguh cabaran dalam tempoh bertunang.
Risau Tersilap Buat Keputusan Merupakan Cabaran Dalam Tempoh Bertunang

Hal ini pada kebiasaanya terjadi kepada kaum wanita.
Dalam hal ini, anda sahaja yang boleh membuat keputusan sama ada untuk meneruskan atau memutuskan tali pertunangan anda.
Kerana anda sahaja yang sebenar-benarnya mengenali pasangan anda.
Perasaan risau ini akan menghantui diri anda apabila semakin hampir dengan hari pernihakan.
Walaupun anda takut bahawa si dia adalah pasangan yang salah, namun anda masih ada masa untuk tidak meneruskan kerana tempoh pertunangan juga difikirkan sebagai tempoh untuk fikir secara masak-masak.
Diharapkan perkongsian tentang cabaran dalam tempoh bertunang ini membantu anda semua.
Baca Juga: