5 Adab Menziarahi Orang Sakit ini akan berkongsi dengan anda semua yang mungkin mempunyai perancangan dalam masa terdekat untuk pergi melawat orang sakit.
Islam mengajarkan kita beberapa adab yang perlu kita amalkan apabila sedang menziarahi orang yang sakit.
Adab-adab ini memberikan garis panduan untuk kita semua supaya tidak melampaui batas apabila bertandang ke rumah orang sakit.

Kita terkadang melampui batas apabila sedang menziarahi orang sakit dan menyinggung perasaan mereka dalam diam.
Hati orang sakit ini perlu dijaga sebaik mungkin kerana sakit yang mereka tanggung menyebabkan hati mereka menjadi lebih sensitif.
Ingat bahawa mereka sudah mempunyai sakit, jangan kita menambah beban di bahu mereka.
Selamat membaca 6 adab menziarahi orang sakit.
Berniat Merupakan Adab Menziarahi Orang Sakit
Menziarahi orang sakit sangat dianjurkan dalam agama Islam, malahan ianya merupakan satu amalan yang mendatangkan pahala bagi orang-orang yang melakukannya.
Namun, tiada pahala sekiranya kita tidak berniat kerana Allah SWT terlebih dahulu sebelum menziarahi orang sakit.
Apa-apa pun amalan baik dalam islam, tetapi tidak diniatkan kerana Allah ianya tidak dikira.
Kerana nabi telah bersabda bahawa setiap amalan itu dengan niat.

Kita juga perlu berniat bahawa menziarahi orang sakit termasuk dalam sunnah nabi.
Senang-senang sahaja kita dapat pahala dengan berniat ikhlas kerana Allah dan juga untuk mengikut sunnah nabi.
Inilah adab menziarahi orang sakit yang pertama.
Bertanyakan Keperluan Mereka Juga Adab Menziarahi Orang Sakit
Orang yang sakit memang memerlukan banyak bantuan ketika mereka sakit.
Namun, sesetengah orang yang sakit lebih memilih untuk berdiam diri kerana mereka merasakan bahawa mereka akan menyusahkan kita.
Ada juga yang kehilangan pendapatan apabila mereka sakit dan menyebabkan mereka tidak mampu untuk membiayai kos sara hidup mereka.

Kita boleh membantu mereka dengan membelikan barang-barang keperluan yang mereka perlukan.
Antaranya mungkin peralatan-peralatan perubatan yang mereka perlukan tetapi tidak mampu untuk membeli.
Kita juga mungkin boleh membuat tabung khas untuk disumbangkan kepada mereka.
Ringankan beban mereka juga termasuk dalam adab menziarahai orang sakit.
Nasihati Mereka Adalah Adab Menziarahi Orang Sakit
Nasihat-menasihati bukan hanya untuk orang-orang yang sihat sahaja, tetapi juga untuk orang yang sedang sakit.
Kita perlu sentiasa ingatkan mereka bahawa walaupun sedang sakit, mereka tetap wajib untuk medirikan solat.
Kerana ramai orang sakit terlepas pandang dalam hal ini.
Namun, kita wajib menjaga hati dan perasaan mereka apabila menasihati atau menegur mereka.
Ingat kita hanya menegur atau menasihati mereka sahaja bukannya menghukum mereka.
Kita juga boleh berpesan agar mereka terus bersabar dengan ujian yang Allah berikan ini.

Kerana sesetengah orang yang sakit kadang kala rasa putus asa dengan hidup mereka.
Nasihat mereka dengan baik juga adab menziarahi orang sakit.
Hadkan Masa Ziarah Kerana Adab Menziarahi Orang Sakit
Orang yang sakit tidak semua kuat untuk menerima tetamu.
Cuba bayangkan kalau kita sakit, mana mungkin kita nak layan tetamu yang datang lama-lama kan?
Sentiasa jaga masa kita melawat, jangan terlalu lama.
Jaga juga jumlah orang yang datang menziarah.
Kerana jika terlalu ramai, sudah pasti orang yang sakit akan penat kerana melayani para tetamu yang hadir.
Jaga juga waktu kita datang melawat.

Pilihlah waktu yang sesuai dan juga tepat untuk melawat mereka, kerana risau mereka sedang berehat pada waktu tersebut.
Jaga masa adalah adab menziarahi orang sakit.
Mendoakan Mereka Adalah Adab Menziarahi Orang Sakit
Yang terakhir adalah untuk kita berdoa untuk mereka.
Orang-orang yang sakit ini menanggung derita yang hanya mereka sahaja merasainya.
Doa yang kita doakan buat mereka sangat membantu untuk mereka.
Jika kita berdoa dihadapan mereka, ianya akan membuatkan mereka rasa lega dengan doa-doa kita yang baik tersebut.

Manakala jika kita berdoa tanpa pengetahuan mereka, doakan kita tersebut diangkat oleh malaikat dan malaikat juga akan mendoakan kita perkara yang sama.
Nabi juga menunjukkan beberapa doa khusus untuk orang yang sakit.
Inilah adab menziarahi orang sakit yang terakhir.
Baca juga:
1 thought on “5 Adab Menziarahi Orang Sakit”
Pingback: 5 Langkah Pengurusan Stress Yang Efektif - Baitul Taaruf