5 Adab Menuntut Ilmu Dalam Islam ini akan berkongsi dengan para pembaca, khususnya para pelajar tentang beberapa perkara yang mungkin kita lupa ketika menuntut ilmu.
Islam sangat menggalakkan kita untuk menuntut ilmu.
Tidak kira sama ada ianya ilmu agama yang sememangnya fardu ain bagi setiap muslim.
Dan juga ilmu dunia yang hukumnya fardu kifayah, namun ilmu dunia juga akan menjadi wajib dalam sesetengah keadaan untuk dipelajari.

Ramai yang hanya pergi belajar namun tidak mengamalkan adab-adab yang sepatutnya mereka lakukan sebelum, semasa dan selepas menuntut ilmu.
Jadi hari ni admin akan kongsikan 6 adab menuntut ilmu dalam islam yang mungkin ramai yang masih tidak tahu.
Memperbetulkan Niat Adalah Adab Menuntut Ilmu Dalam Islam
Kita semua tahu bahawa setiap amal itu dengan niat dan tidak sah satu amalan itu tanpa niat.
Kita seharusnya berniat untuk menuntut ilmu semata-mata hanya kerana Allah SWT.
Inilah perkara pertama yang perlu sentiasa tersemat dalam diri setiap penuntut ilmu di luar sana.
Niat itu tempatnya di hati dan bukannya di bibir.

Jika di bibir sudah pasti niat kita akan selalu betul kerana ianya dapat dilihat oleh orang sekeliling kita.
Apabila niat di hati dan tiada siapa yang tahu kecuali Allah SWT, maka sewenang-wenangnya kita melencong daripada menjadikan Allah SWT sebagai matlamat kita menuntut ilmu.
Sentiasa perhatikan niat kita kerana itulah adab menuntut ilmu dalam islam.
Berdoa Juga Adab Menuntut Ilmu Dalam Islam
Kehidupan kita tidak akan pernah lekang dengan doa untuk memohon bantuan dari Allah SWT.
Kita selalu berdoa kerana sebagai makhluk yang lemah kita sentiasa memerlukan pertolongan daripada rab sekalian alam.
Berdoa ini tidak terhad jika kita belajar ilmu agama sahaja, tetapi bahkan kita boleh berdoa jika sedang atau akan belajar ilmu dunia atau ilmu akademik yang lain.

Kita perlu sentiasa meminta kepada Allah supaya dikurniakan kefahaman dengan apa yang kita pelajari.
Mohon juga kepada Allah di dalam doa supaya apa yang kita pelajari inin dapat membantu orang lain.
Jangan pernah tinggalkan doa kerana ianya adab menuntut ilmu dalam islam.
Menjauhi Maksiat Adalah Adab Menuntut Ilmu Dalam Islam
Ramai penuntut ilmu yang memandang remeh dalam perkara ini.
Kita perlu tahu bahawa ilmu itu seperti cahaya.
Dan cahaya tidak akan memasuki dalam hati yang hitam kerana penuh dengan perkara-perkara maksiat kepada Allah SWT.
Maka sebagai seorang penuntut ilmu, kita perlu sentiasa menjaga diri kita agar terhindar dengan maksiat-maksiat yang akan menyebabkan hati kita menjadi kotor.

Sentiasa bersihkan hati kita dengan meminta ampun kepada Allah SWT.
Antara akibat banyak bermaksiat juga akan menyebabkan susah untuk memahami ilmu yang kita belajar.
Jauhi maksiat termasuk dalam adab menuntut ilmu dalam islam.
Merendah Diri Adalah Adab Menuntut Ilmu Dalam Islam
Kita lihat ramai penuntut ilmu pada masa kini suka mendabik dada.
Ini kerana mereka rasakan bahawa merekalah yang paling pandai kerana sudah mendapatkan ilmu.
Sedangkan kita diajarkan supaya sentiasa merendahkan diri dengan semua orang, sama ada mereka orang awam atau sebagainya.

Kita juga dapat melihat bahawa terkadang seorang penuntut ilmu juga tidak menghormati guru mereka.
Sedangkan guru itu ibarat lilin yang membakar diri hanya untuk orang lain mendapatkan manfaatnya.
Sentiasa muhasabah diri kita agar tidak menjadi sombong dan sentiasalah merendah diri kerana perkara tersebut tidak merugikan diri kita.
Jangan sombong kerana itu juga termasuk adab menuntut ilmu dalam islam.
Bersungguh-Sungguh Adalah Adab Menuntut Ilmu Dalam Islam
Cara untuk kita berjaya adalah dengan berusaha sebaik mungkin ketika belajar.
Kerana kesungguhan yang kita tonjolkan akan dibalas oleh Allah SWT dengan kejayaan.
Walaupun kelihatan seperti mudah, tetapi masih ramai penuntut ilmu pada masa kini yang menuntut ilmu sambil lewa.

Orang yang bersungguh-sungguh ketika belajar ini dapat kita lihat bahawa kesungguhan mereka merupakan tanda keikhlasan mereka dalam belajar.
Apa-pun ilmu yang kita belajar sentiasalah mengamalkan adab menuntut ilmu dalam islam ini supaya sentiasa di bawah rahmat Allah SWT.
Baca juga:
2 thoughts on “5 Adab Menuntut Ilmu Dalam Islam”
Pingback: 5 Cara Melatih Anak Menjadi Jujur - Baitul Taaruf
Pingback: 5 Adab Menziarahi Orang Sakit - Baitul Taaruf