5 Adab Kepada Ibu Bapa Yang Perlu Kita Jaga ini akan berkongsi dengan anda semua terutamanya kepada anak-anak di luar sana tentang adab-adab yang utama atau penting yang perlu kita jaga.
Sebagai seorang muslim kita memang hidup dalam keadaan yang penuh dengan adab, begitu juga apabila dengan ibu bapa kita.
Adab dengan ibu bapa merupakan salah satu adab yang paling penting untuk kita jaga dalam menempuhi kehidupan seharian kita, kerana ketahuilah bahawa reda Allah SWT itu bersama dengan reda ibu bapa kita terhadap kita.

Kita dapat lihat bagaimana anak-anak muda pada hari ini yang langsung tidak mengambil tahu tentang ibu bapa mereka dan yang paling menyedihkan lagi apabila anak-anak orang islam tidak terkecuali dalam hal ini.
Jadi hari ini admin akan kongsikan 5 adab kepada ibu bapa yang utama yang kita semua perlu ambil tahu.
Mentaati Perintah Mereka Termasuk Dalam Adab Kepada Ibu Bapa
Ibu bapa kita diibaratkan sebagai raja dan juga permaisuri, maka segala perintah dan suruhan mereka wajib kita penuhi.
Suruhan mereka yang kita penuhi merupakan bukti bahawa kita telah menabur bakti kepada mereka.
Namun sayangnya, ramai anak-anak hari ini yang akan mengungkit apabila telah melakukan suruhan kepada ibu bapa mereka.
Sedangkan itu merupakan kewajipan kita sebagai anak.

Kita perlu ingat, segala suruhan mereka yang kita turuti itu tidak akan mampu untuk membalas jasa mereka melahirkan dan membesarkan kita semua.
Inilah adab kepada ibu bapa yang pertama.
Menjaga Lisan Adalah Adab Kepada Ibu Bapa
Kita semua tahu bahawa lidah kita lebih tajam dari mata pedang.
Oleh itu, Islam telah mengajarkan kita untuk sentiasa menjaga tutur kata yang kita lontarkan kepada orang lain terutamanya apabila berbicara kepada ibu bapa kita.
Jadikan lidah kita sebagai ladang untuk mengumpul pahala dengan menggunakan perkataan yang baik dan juga lembut kepada mereka.
Perkataan yang kasar dan intonasi yang kasar wajib kita elakkan apabila sedang berbicara kepada mereka.

Jagalah lisan kita kerana secara automatik kita sudah menjaga perasaan ibu bapa dan telah menjaga adab kepada ibu bapa kita.
Sentiasa Berhubung Dengan Mereka Termasuk Adab Kepada Ibu Bapa
Apabila kedua-dua ibu bapa kita telah lanjut usia, perkara yang mereka inginkan dari kita adalah sentiasa ada di depan mata mereka.
Mereka faham jika kita duduk jauh dari mereka, namun ini bukan alasan di zaman moden ini untuk kita tidak berhubung dengan mereka.
Dengan kecanggihan teknologi moden, sentiasalah video call dengan mereka.

Dengan cara ini kesunyian dan kerinduan di hati mereka akan terubat.
Dan cara yang terbaik adalah dengan sentiasa ziarah mereka dari masa ke semasa.
Inilah adab kepada ibu bapa yang ketiga.
Berbuat Baik Kepada Kawan Mereka Adalah Adab Kepada Ibu Bapa
Islam mengajarkan kita untuk berbakti kepada kawan-kawan dan sahabat ibu bapa kita walaupun ibu bapa kita telah meninggal dunia.
Ini tidak semasa ibu bapa kita masih hidup, kita sudah tidak pedulikan tentang kawan-kawan mereka.
Sedangkan ini semua adalah cara untuk kita merebut pahala dengan mudah semasa kita masih hidup.

Sentiasa berbuat baik kepada kenalan ibu bapa kita termasuk dalam adab kepada ibu bapa yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.
Mendoakan Mereka Termasuk Dalam Adab Kepada Ibu Bapa
Berbakti kepada ibu bapa kita bukan sahaja apabila mereka masih hidup, tetapi juga apabila mereka sudah tiada di dunia ini lagi.
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana caranya untuk berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggalkan?
Caranya adalah dengan mendoakan mereka.

Doa kita sebagai anak merupakan salah satu perkara yang akan membantu ibu bapa kita.
Di dalam hadis juga sudah jelas bahawa doa seorang anak kepada ibu bapanya adalah sesuatu yang sangat dituntut.
Doa kepada ibu bapa tidak semestinya apabila mereka sudah meninggal dunia sahaja, bahkan ketika mereka masih hidup juga kita dituntut untuk mendoakan mereka.
Teruslah menjaga adab kepada ibu bapa kita semua.
Baca juga: