5 Adab Bergaul Dengan Kawan Lawan Jenis

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
88

5 Adab Bergaul Dengan Kawan Lawan Jenis ini akan berkongsi dengan para pembaca khususnya buat mereka yang mempunyai kawan berlainan jenis.

Islam sangat menegah untuk seorang lelaki dan juga seorang perempuan menjadi kawan.

Ini kerana akan berlakunya banyak masalah daripada datangnya manfaat untuk kedua-dua belah pihak.

Namun, para ilmuan Islam telah menetapkan garis panduan bagi lelaki dan perempuan yang berkawan.

adab bergaul dengan kawan lawan jenis

Garis panduan ini yang akan dijadikan sebagai rujukan untuk anak-anak muda zaman sekarang yang bergaul dengan kawan yang lawan jenis.

Pada zaman ini, kita dapat lihat banyak anak-anak muda yang bergaul dengan kawan mereka yang lawan jenis tanpa patuh pasa syariat.

Mari terus membaca adab bergaul dengan kawan lawan jenis.

Menjaga Pandangan Termasuk Adab Bergaul Dengan Kawan Lawan Jenis

Islam memang mengajar umatnya untuk memelihara pandangan.

Ini agar mereka tidak dikuasai oleh hawa nafsu yang akan membuatkan mereka berbuat kemungkaran.

Menjaga pandangan ini kan membuat kita untuk tidak terjebak dalam zina mata.

Sekiranya anda mempunyai teman yang lawan jenis, anda sudah pasti termasuk dalam golongan yang perlu menjaga pandangan mata.

adab bergaul dengan kawan lawan jenis

Walaupun mungkin mereka hanya ‘kawan’ tetapi suruhan untuk menjaga mata disebutkan dengan dalil yang umum.

Allah SWT Berfirman:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’ Katakanlah kepada wanita yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.

Tidak Berdua-duaan Juga Termasuk Adab Bergaul Dengan Kawan Lawan Jenis

Berdua-duaan dengan amat ditegah dalam islam.

Kerana walaupun mereka hanya berduaan tetapi sebenarnya mereka ditemani dengan bisikan-bisikan syaitan untuk mengoda mereka berbuat dosa.

Pada hari ini kita dapat bahawa ramai yang menggunakan istilah ‘kawan’ untuk keluar berdua-duaan.

adab bergaul dengan kawan lawan jenis

Walaupun mereka hanya sekadar kawan, tetapi ianya bukan satu tiket untuk keluar bersama-sama.

Istilah berdua-duaan juga dikenali sebagai khalwat.

Jika memang anda dan kawan lawan jenis perlu berjumpa, elakkan untuk menaiki kenderaan yang sama dan juga pergilah ke tempat-tempat awam sahaja.

Tidak rugi kita mengamalkan adab bergaul dengan kawan lawan jenis.

Menutup Aurat Adalah Adab Bergaul Dengan Kawan Lawan Jenis

Menutup aurat merupakan satu kewajipan untuk setiap muslim.

Tidak kira untuk lelaki dan juga wanita.

Ramai lelaki pada hari ini sewenang-wenangnya membuka baju hingga ternampak aurat mereka di hadapan wanita ajnabi.

Mereka juga akan menggunakan seluar pendek yang kelihatan lutut.

adab bergaul dengan kawan lawan jenis

Yang wanita pula, mereka tidak memakai tudung ketika video call dengan kawan yang lawan jenis.

Alasan yang diberikan adalah kerana mereka di dalam rumah.

Jagalah kehormatan diri anda dengan melaksanakan adab bergaul dengan kawan lawan jenis.

Tidak Bersentuhan Juga Adab Bergaul Dengan Kawan Lawan Jenis

Ramai anak muda yang terlepas pandang dalam bab ini.

Mereka mengambil mudah perkara yang sepatutnya mereka jaga.

Kita semua tahu bersentuhan dengan yang bukan mahram ditegah dalam Islam, kecuali kerana darurat.

adab bergaul dengan kawan lawan jenis

Namun, kita dapat lihat bahawa bersentuhan ini suatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan pada hari ini.

Ajarkan kepada anak-anak kita, bahawa lesen sebagai ‘kawan’ tidak sepatutnya digunakan untuk bersentuhan dengan yang bukan mahram.

Jagalah batas kita semua kerana itulah adab bergaul dengan kawan lawan jenis.

Menjaga Adab Termasuk Adab Bergaul Dengan Kawan Lawan Jenis

Anak-anak muda perlu diingatkan untuk menjaga adab di mana sahaja kita berada.

Apatah lagi apabila kita berada di hadapan khalayak ramai.

Namun, mereka yang berkawan dengan lawan jenis pada hari ini seperti tiada batasnya.

Mereka sepatutnya menjaga maruah diri supaya tidak merendahkan martabat agama islam.

Sentiasa jaga tutur kata anda, kerana ramai orang yang melihat kita di luar sana.

Jangan tinggalkan adab bergaul dengan kawan lawan jenis dalam kehidupan kita ini.

Kerana adab-adab ini membantu kita dekat kepada Allah SWT dalam kehidupan seharian kita.

Baca juga:

1 thought on “5 Adab Bergaul Dengan Kawan Lawan Jenis”

  1. Pingback: 5 Adab Menuntut Ilmu Dalam Islam - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: