4 Waktu Doa Yang Mustajab

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
88

4 Waktu Doa Yang Mustajab ini akan berkongsi dengan anda semua terutamanya mereka yang mungkin mempunyai hajat atau keinginan yang tertentu untuk dimakbulkan oleh Allah SWT.

Sebagai ornag islam, amalan berdoa tidak seharusnya kita tinggalkan dalam kehidupan seharian kita.

Berdoa ini adalah salah satu bentuk kita bermunajat yakni meminta pertolongan kepada Allah.

waktu doa yang mustajab

Ingatlah bahawa doa yang kita lakukan hanyalah semata-mata kerana Allah SWT dan tidak kepada yang lain seperti meminta pertolongan daripada selain Allah seperti menyeru jin.

Teguhkan tauhid kita kerana meminta tolong kepada selain Allah tidak memberikan manfaat malah ianya menyebabkan kita jatuh ke lembah syirik.

Berdoa Selepas Azan Adalah Waktu Doa Yang Mustajab

Antara adab apabila mendengar azan adalah kita perlu menjawabnya.

Cara menjawabnya adalah dengan menyebut kembali setiap yang dilafazkan oleh muazin yakni orang yang melaungkan azan, tidak kira sama ada ianya di masjid atau surau bahkan jika di rumah juga kita boleh menjawab.

Kita menjawab azan dengan tidak meninggikan suara dan mengikuti apa yang tukang azan laungkan.

Hanya pada kalimah “haiya ala’ solah” dan kalimah “haiya ala’ falah” kita menjawab dengan kalimah “la haula wa la quata ila billah”.

waktu doa yang mustajab

Setelah muazin habis melaungkan azan, kita perlu berselawat dan terus membaca doa selepas azan.

Pada waktu inilah, kita sepatutnya mengambil kesempatan untuk berdoa akan perkara-perkara yang kita inginkan.

Waktu penamatnya adalah apabila iqamah pula dilaungkan.

Rebutlah peluang untuk solat berjemaah dan rebut juga waktu doa yang mustajab selepas azan.

Waktu Sujud Juga Waktu Doa Yang Mustajab

Cuba kita bayangkan, sehari berapa kali kita sujud pada solat fardu.

Itu belum lagi dicampurkan dengan solat-solat sunat yang kita lakukan setiap hari.

Ramai yang sebenarnya tidak tahu bahawa setiap kali kita sujud, itulah waktu doa yang mustajab.

Kita perlu juga tahu bahawa setiap kali kita sujud dalam solat, waktu itu adalah waktu kita paling dekat dengan Rabb yang telah menjadikan kita.

waktu doa yang mustajab

Maka seharusnya kita menggunakan peluang ini untuk meminta kepada Allah SWT akan apa yang kita hajati.

Doa ketika sujud perlu dilafazkan dalam bahasa arab, jika tidak mampu untuk berbahasa arab maka cukup sekadar di dalam hati dengan menggunakan bahasa kita sendiri.

Jangan sesekali kita biarkan sujud kita tanpa doa.

Waktu Berpuasa Adalah Waktu Doa Yang Mustajab

Siapa kat sini yang rajin lakukan puasa sunat di luar bulan ramadan.

Orang yang berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga, malahan menahan diri daripada melakukan dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil.

Kita semua tahu apabila menjelma bulan ramadan itulah waktu doa yang mustajab sepanjang sebulan kita berpuasa.

Tetapi kita masih mampu mewujudkan waktu yang mustajab di luar bulan ramadan dengan melakukan puasa sunat.

Semasa kita puasa sunat, hendaklah memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT.

waktu doa yang mustajab

Sepanjang hari kita berpuasa itu terdapat 2 waktu yang paling mujarab iaitu pada waktu sebelum azan subuh yakni ketika sahur.

Dan yang kedua adalah pada waktu sebelum kita berbuka puasa.

Sepertiga Malam Juga Waktu Doa Yang Mustajab

Sepertiga malam adalah waktu dimana kita disunnahkan untuk bangun dan melakukan solat tahajud.

Sepertiga malam yang akhir adalah waktu yang sangat istimewa buat orang-orang yang mampu mengerjakannya.

Di dalam hadis juga Nabi SAW menerangkan bahawa sepertiga malam yang akhir Allah akan turun ke langit dunia.

Sewaktu Allah turun ke langit dunia, Dia akan makbulkan doa orang-orang yang berdoa pada-Nya, Allah juga akan memberikan apa kita minta pada-Nya sewaktu itu dan Allah juga akan mengampunkan kita sekiranya kita meminta ampun waktu itu.

waktu doa yang mustajab

Usahakan diri untuk bangun setiap sepertiga malam yang akhir, banyak kelebihan dan keistimewaan yang sedang menunggu kita pada waktu tersebut.

Ketahuilah bahawa sepertiga malam yang akhir adalah waktu doa yang mustajab untuk kita sebagai manusia.

Jangan sesekali kita endahkan mengenai waktu doa yang mustajab, kerana kita sebagai makhluk memang memerlukan Allah untuk perkenankan doa-doa kita.

Baca juga:

1 thought on “4 Waktu Doa Yang Mustajab”

  1. Pingback: 5 Adab Kepada Ibu Bapa Yang Perlu Kita Jaga - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: