
4 Tanda Lelaki Benci Kita Dalam Diam ini akan menerangkan beberapa tanda asas seorang lelaki yang tidak suka atau membenci anda. Tanda-tanda ini akan membantu para wanita di luar sana untuk memperbaiki hubungan mereka.
Dalam percintaan atau alam perkahwinan ini kita harus memahami segala tindak tanduk pasangan kita. Sebabnya kita perlu tahu akan kelakuan mereka adalah untuk mengetahui tentang status hubungan kita. Ini semua bagi mengelakkan bertepuk sebelah tangan.
Sebagai wanita, kita mungkin akan mengahadapi masalah dalam memahami pasangan kita. Kerana lelaki amat suka untuk memendam perasaan. Sedangkan dalam perhubungan kita seharusnya meluahkan atau berterus terang sahaja. Kerana itu lebih mudah dan senang.
Sebab kaum lelaki membenci kita ini bergantung kepada sebab-sebab yang tertentu. Terkadang disebabkan oleh kesilapan besar yang telah kita lakukan yang telah meninggalkan bekas di hati mereka. Kadang kala juga disebabkan adanya orang lain yang telah mengambil hatinya.
Walaupun bertahun sudah kita kenal dengan pasangan kita, tetapi kita masih tidak akan memahami mereka dengan sepenuhnya. Sebagai umat Islam kita tahu bahawa hanya Allah sahaja yang mengetahui isi hati seseorang.
Tetapi kita masih boleh meramal atau memahami apa yang tersembunyi di hati pasangan kita dengan gerak-geri perilakunya.
Jadi sekrang mari kita bahas mengenai 4 tanda lelaki benci kita dalam diam ini.
Tidak Bercakap Mengenai Masa Depan Adalah Tanda Lelaki Benci kita
Sebagai manusia yang siuman kita akan sentiasa berfikir tentang masa hadapan. Sedangkan sejak masih bujang atau belum berpunya lagi kita sudah memikirkannya. Apatah lagi jika kita sudah mempunyai pasangan.
Para wanita di luar sana harus mengambil berat tentang perkara ini untuk dijadikan panduan.
Jikalau pasangan anda selaluy mengelak atau terus tidak bercakap tentang masa hadapan hubungan anda, maka inilah dia tanda lelaki benci kita.

Jika anda masih lagi pasangan biasa, dan si lelaki tidak bercakap tentang pertunangan atau perkahwinan maka sudah terang lagi bersuluh yang mereka tiada hati lagi dengan anda.
Jika anda sudah berkahwin pula, dan si suami tidak bercakap tentang perancangan keluarga maka ini juga salah satu tandanya.
Tidak Berkongsi Kehidupan Merupakan Tanda Lelaki Benci Kita
Kita mencari pasangan adalah untuk berkongsi kehidupan bersama-sama. Tetapi jika hanya kita sahaja berkongsi dan si dia pula tidak, inilah yang dikatakan sebagai ‘syok sendiri’.
Lelaki memang suka menyembunyikan kesusahan yang mereka hadapi. Ini kerana mereka tidak suka untuk menyusahkan anda. Tetapi sebagai pasangan hidup mereka akan tetap bercerita kepada anda akhirnya.

Kaum lelaki ada yang introvert, ini bermakna mereka lebih suka untuk tidak bercakap. Tetapi bukanlah diam sepanjang masa dan tidak berkongsi apa pun. Setidaknya mereka yang introvert ini akan berkongsi cerita dengan anda sekali sekala. Para wanita di luar sana harus membezakan di antara introvert dan juga tidak mahu berkongsi.
Orang introvert ini apabila ditanya akan menajwab dan tidak akan berahsia.
Hanya Ada Ketika Senang Sahaja
Tanda lelaki benci kita ialah mereka seperti biskut. Kejap-kejap ada, kejap-kejap tiada.
Memang ada segelintir lelaki yang kita tidak nafikan bahawa mereka sibuk bekerja. Tetapi lelaki yang hanya ada sewaktu kita senang atau gembira ini ialah lelaki yang tidak suka dengan kita sebenarnya.
Mereka ini akan hilang sewaktu kita susah dan meminta pertolongan daripada mereka. Lelaki seperti ini seperti tiada hati dan perasaan dalam diri mereka.
Mereka akan membiarkan kita terkapai-kapai tanpa bantuan yang sepatutnya mereka berikan.
Pergaduhan Yang Tiada Penghujung Merupakan Tanda Lelaki Benci Kita

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita sesama manusia. Kehidupan kita ini tidak terlepas daripada adanya pertelingkahan sesama pasangan.
Kita bergaduh memang bergaduh tetapi pergaduhan pasangan yang normal tidak akan berpanjangan. Terkadang pergaduhan kita hanyalah hal yang kecil sahaja. Tetapi si dia terus memperbesar-besarkan seperti tiada jalan untuk menyelesaikan hal itu.
Anda perlu ingat, jika sedang bergaduh mereka mengungkit perkara-perkara yang telah lepas maka inilah tanda lelaki benci kita.
Baca juga:
1 thought on “4 Tanda Lelaki Benci Kita Dalam Diam”
Pingback: 5 Jenis Pandangan Lelaki Kepada Wanita - Baitul Taaruf