4 Tanda Awal Crush Tak Suka Dekat Kita ini akan memberikan satu ilmu baharu kepada anda semua. Perbincangan ini bersifat umum dan tidak terlalu spesifik kepada satu kumpulan sahaja.
Perbincangan kita pada kali ini tidak tertumpu kepada satu jantina sahaja. Baik anda lelaki atau perempuan, penulisan ini akan dapat membantu anda untuk mengenali beberapa tanda orang yang kita crush tak suka dekat kita.
Apa Itu Crush?
Sebagai permulaan, kita sudah pasti mempunyai perasaan kepada seseorang. Pada fasa ini kita akan menggelarkan mereka yang kita sayangi itu sebagai crush.
Crush ini sebetulnya tidak mengetahui perasaan yang berada dalam hati kita terhadap mereka. Senang cerita, mereka ini memang langsung tidak tahu apa yang berlaku di benak fikiran anda.
Mereka yang kita panggil crush ini akan membuat fikiran kita tidak senang. Bak kata orang mandi tak basah, makan tak kenyang dan juga tidur tak lena.

Anda perlu ingat, kehidupan kita bukan seperti kisah dongeng. Tidak semuanya akan berakhir dengan baik atau happy ending. Kita perlu sentiasa bersedia yang crush kita sebenarnya tiada perasaan untuk kita dalam diri mereka.
Perbincangan pada hari ini, akan membincangkan beberapa tanda awalyang crush tak suka dengan kita.
Cuba Memberhentikan Perbualan Adalah Tanda Crush Tak Suka Dekat Kita
Kita sudah pasti ingin berbual dengan orang yang telah dapat mencuri hati kita. Jadi sudah pasti kita akan berusaha untuk bercakap dengan mereka pada setiap hari.
Maka kita akan mulakan langkah untuk berbicara dengan mereka. Kita akan cuba untuk berbicara mengenai perkara yang mereka suka. Mungkin tentang bola sepak atau mengenai selebriti dalam dan di luar negara.
Walaupun kita kurang minat atau kurang arif tentang bab yang mereka suka. Tetapi kita tetap akan cuba menambat hati mereka dengan berbicara tentang topik tersebut.

Tetapi anda perlu ingat jika mereka kelihatan seperti tidak berminat dengan topik yang anda utarakan, maka itu tanda yang mereka ingin menutup perbualan tersebut. Mereka mungkin berasa tidak selesa untuk berbincang topik tersebut dengan anda.
Anda juga boleh memerhatikan seberapa cepat mereka membalas mesej anda di whatsapp. Jika mereka lambat atau ‘blue tick’ anda, maka memang sudah pasti mereka sebenarnya sedang menolak anda dengan cara yang baik.
Bersikap Dingin Atau Berbeza Dengan Anda

Perubahan sikap crush juga perlu diambil kira untuk mengenali diri mereka yang sebenarnya. Setiap manusia mempunyai personaliti yang berbeza.
Ada yang ceria, mesra dan juga pemalu. Walau apa pun personaliti mereka, yang penting adalah bagaimana mereka melayan orang lain. Tidak kira berapa tinggi pun personaliti mereka, yang penting adalah cara mereka melayan kita.
Kita pasti inginkan layanan istimewa oleh crush kita. Bukan kita meminta untuk dilayan dengan cara yang amat istimewa. tetapi cukup sekadar kita dihargai dan diletakkan di tempat yang sewajarnya.
Tanda crush tak suka dekat kita ialah mereka akan melayan kita dengan sikap yang dingin. Sedangkan mereka mesra dan ceria apabila melayan orang lain.
Mereka ini memberikan tanda bahawa hati mereka bukan untuk kita miliki.
Tanda Mengetahui Crush Tak Suka Dekat Kita Adalah Dengan Mata Mereka
Mata kita sangat penting dalam kehidupan kita. Ianya bukan sekadar digunakan untuk melihat. Tetapi mata kita digunakan untuk membaca bahasa tubuh kita ataupun dikenali sebagai body language.
Bahasa tubuh ini penting untuk mengetahui sejauh mana minat seseorang kepada sesuatu atau kepada orang lain. Jika mereka sering tidak pandang anda apabila berbicara, maka itu tandanya mereka tidak berminat dengan anda.

Ataupun jika anda sedang berbicara dengan mereka, dan mereka terus memandang ke bawah atau tempat lain. Itu tandanya juga mereka tiada hati untuk anda.
Mereka Selalu Mengelak Untuk Berjumpa
Orang yang tak suka dengan kita, akan memberikan seribu satu alasan apabila kita mnegajak mereka berjumpa.
Mereka ini akan memberikan alasan-alasan yang tidak munasabah apabila diajak untuk berjumpa. Walaupun sebenarnya kita telah mengenali mereka secara dalaman dan juga secara luaran.
Baca juga:
1 thought on “4 Tanda Awal Crush Tak Suka Dekat Kita”
Pingback: 5 Tanda Suami Yang Sayang Isteri Sepenuh Hati - Baitul Taaruf