4 Sebab Kita Berpisah Dengan Dia ini akan berkongsi dengan para pembaca semua yang mungkin dalam fasa move on dari perhubungan yang mungkin anda baru putus.
Kita kena faham bahawa setiap perhubungan pasti akan ada akhirnya, namun yang berbezanya bagaimana perhubungan itu berakhir.
Ada yang putus, ada yang bercerai dan ada juga yang berakhir dengan kematian.

Walau apa pun bagaimana cara perhubungan kita berakhir, yang penting kita perlu reda dan teruskan perjalanan hidup kita tanpa memandang perhubungan yang telah pun berakhir.
Ingatlah, walaupun hubungan kita telah berakhir bukan bermakna kita tidak akan berjumpa dengan orang lain untuk memulakan kembali hubungan percintaan kita.
Kenapa Kita Perlu Move On?
Ramai yang sangat susah dan menghadapi masalah kan apabila mahu move on?
Cara-cara untuk move on itu banyak dan akan admin kongsikan pada waktu yang lain untuk anda semua.
Tetapi yang admin nak sampaikan pada hari ini adalah bahawa jika kita baru sahaja putus maka jangan terus hnayut dengan perasaan sedih tersebut.

Kerana jika terus menerus kita dengan perasaan tersebut, ianya akan mendatangkan impak yang negatif kepada kehidupan seharian kita.
Memang move on perlu kan masa, tetapi kita boleh mengawal perasaan tersebut.
Jangan jadikan perpisahan sebagai alasan untuk kita menjadi lemah dalam hidup.
Mari kiteruskan dengan 4 sebab kita berpisah dengan dia.
Sebab Kita Berpisah Dengan Dia Kerana Dia Bukan Yang Terbaik
Perpisahan yang berlaku bukan semuanya perpisahan yang tidak baik.
Ada masanya perpisahan yang berlaku kerana itulah yang terbaik jika pasangan kita itu bukanlah seorang yang sesuai untuk kita.
Kerana bukan semua orang ditakdirkan untuk menjadi pasangan kita.
Banyak kes-kes yang kita lihat bahawa perceraian atau perpisahan berlaku kerana salah satu pihak yang bermasalah.
Jangan takut untuk keluar dari perhubungan yang bermasalah dan yang mendatangkan kesusahan pada diri sendiri.

Namun setelah kita berpisah, disarankan kita menjaga aib pasangan dengan tidak memberitahu orang lain tentang apa yang telah mereka lakukan.
Kerana akan ada sahaja orang yang bertanyakan sebab kita berpisah dengan dia.
Sebab Kita Berpisah Dengan Dia Adalah Untuk Memperbaiki Diri
Ada juga jenis perhubungan yang akan menjadikan diri kita jauh dari landasan hidup yang benar.
Ramai anak muda yang hanyut dalam tipu daya kehidupan dunia kerana pasangan mereka.
Tidak kurang juga mereka yang terlibat dalam masalah gejala sosial akibat pasangan sendiri.
Berbagai-bagai kes pada masa kini yang dapat kita lihat, bahawa hidup seseorang itu hancur kerana berpasangan atau berjodohan dengan orang yang salah.
Mungkin sebab kita berpisah dengan dia merupakan jalan yang terbaik untuk kita memperbaiki diri kita sendiri.
Jangan pula bersedih jika sebab kita berpisah dengan dia atas sebab yang baik.
Tanda Rahmat Allah Sebab Kita Berpisah Dengan Dia
Hanya Allah sahaja yang tahu tentang apa yang terbaik buat diri kita.
Sebab itu sebagai manusia yang lemah, kita sepatutnya mengetahui bahawa Allah itu Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang kepada kita.

Terkadang sebab kita berpisah dengan dia kerana Allah tahu bahawa jika kita terus bersama dia, kita tidak akan bahagia.
Ini juga boleh kita anggap sebagai salah satu bentuk rezeki Allah SWT kepada kita.
Sebab ramai pada hari ini menderita kerana tersalah memilih pasangan hidup.
Ada Hikmah Disebalik Sebab Kita Berpisah Dengan Dia
Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada hikmahnya.
Sebab setiap sesuatu itu terjadi dengan izin Allah SWT.
Maka, jadikan perpisahan kita dan pasangan sebagai satu permulaan yang baru buat kita semua.
Pandanglah dari sudut jangka masa panjang untuk kita memahami hikmah perpisahan yang kita lalui ini.
:strip_icc():format(webp)/kly-media-production/medias/2881478/original/045944900_1565765265-shutterstock_1023982780.jpg?resize=609%2C342&ssl=1)
Jangan sesekali menyalahkan takdir dan jangan juga mempersoalkan sebab kita berpisah dengan dia.
Percayalah kita akan nampak hikmahnya sama ada cepat atau lambat sahaja.
Buatlah pilihan yang bijak dan juga betul dalam memilih pasangan hidup.
Dan jangan hancurkan kehidupan kita hanya kerana kita berpisah dengan dia.
Baca Juga:
1 thought on “4 Sebab Kita Berpisah Dengan Dia”
Pingback: 5 Cara Hadirkan Keikhlasan Dalam Beribadah - Baitul Taaruf