4 Sebab Kenapa Lelaki Pandang Kita Lama-Lama

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92

4 Sebab Kenapa Lelaki Pandang Kita Lama-Lama ini akan berkongsi dengan anda semua tentang beberapa sebab utama lelaki memandang kita. Lelaki memang suka untuk memandang wanita.

Tidak kira di mana sahaja, mereka akan tetap memandang orang-orang yang mereka suka. Sudah pasti kita semua mempunyai perangai yang serupa.

Iaitu memandang benda atau perkara yang suka untuk kita lihat. Tetapi sebenarnya setiap pandangan itu mempunyai sebab yang tersendiri.

Lelaki Pandang Kita Lama-Lama

Setiap orang juga mempunyai sudut pandangan yang berbeza dalam kehidupan ini.

Contohnya kita melihat kucing yang berada di jalan ataupun kucing-kucing lorong. Mungkin kita melihat mereka sebagai haiwan yang kotor dan juga busuk. Tetapi daripada sudut pandagan orang lain, kucing itu mungkin bakal menjadi penyeri hidup mereka setelah dirawat dan dibawa balik ke rumah nanti.

Penulisan kita pada hari ini tidak terbatas kepada pandangan seorang lelaki kepada seorang wanita. Tetapi kita akan membincangkan beberapa sebab lelaki pandang kita lama-lama.

Teruskan membaca untuk mendapatkan info yang selanjutnya.

Lelaki Pandang Kita Lama-Lama Adalah Kerana Mereka Suka Pada Kita

Lelaki Pandang Kita Lama-Lama

Pasti terkadang kita akan perasan seorang lelaki yang sebenarnya kita tak kenal langsung, akan padang kita dengan lama.

Mereka ini mungkin terpesona melihat kecantikan kita. Tetapi terdapat kemungkinan juga yang mereka ini terpesona melihat personaliti kita yang sopan dan juga yang ayu.

Ingat, tidak semua lelaki itu hanya memandang rupa sahaja.

Lelaki yang belum pernah tegur kita ini akan memandang kita sebagai tanda awal inginj berkenalan dengan kita. Sebagai contoh lelaki yang introvert, mereka ini memang sangat malu untuk melakukan langkah yang pertama.

Tiada salahnya untuk perempuan yang memulakan langkah dalam percintaan.

Lelaki Tersebut Sedang Bersedih

Lelaki-lelaki yang budiman atau yang gentleman akan mempunyai satu pandangan seperti sedang sedih kepada seorang perempuan yang khas.

Mereka ini menghasilkan pandangan tersebut kerana luka di hati belum lagi sembuh. Mereka ini mungkin telah kematian orang yang tersayang seperti teman wanita atau isteri sendiri.

Pandangan sayup atau redup ini akan membuatkan mereka memandang wanita di tempat awam, kerana teringat kepada pasangan mereka. Mereka ini sebenarnya belum move on lagi dengan kekasih hati yang lama. Jangan fikir bukan-bukan kerana lelaki pandang kita lama-lama.

Lelaki Pandang Kita Lama-Lama

Mereka memandang anda kerana mungkin rupa anda seiras dengan pasangan mereka.

Ada juga kisah seorang lelaki pandang kita lama-lama disebabkan kita memakai pakaian yang serupa seperti bekas teman wanita mereka. Sudah pasti pandangan yang mereka lontarkan itu kerana luka masih berdarah di dalam hati.

Pandangan Menggunakan ‘Eye Contact’

Dalam kehidupan kita pada hari ini, eye contact sangat penting. Jika anda sedang di temu duga untuk mendapatkan kerja, maka penilai akan memandang serius tentang sejauh mana penggunaan eye contact anda.

Kita akan menggunakan eye contact ini untuk membuat orang lain yakin dengan kita. Eye contact ini juga dapat menunjukkan yang kita yakin dengan apa yang kita ucapkan. Tahap keyakinan kita juga dapat diukur melalui eye contact.

Lelaki Pandang Kita Lama-Lama

Seorang lelaki juga akan menggunakan eye contact untuk menambat hati wanita yang mereka suka.

Mereka juga akan bermain menggunakan mata mereka ketika sedang berbual dengan kita. Tujuan mereka berbuat demikian untuk membuatkan kita berasa malu. Apabila malu, sudah pasti kita akan ‘blushing’.

Ini akan membuatkan seorang lelaki itu sentiasa teringat tentang kita.

Pandangan Yang Ceria Dan Juga Mesra

Pasti ramai wanita akan cair apabila melihat seorang lelaki yang memberikan pandangan yang ceria kepada mereka. Siapa sahaja yang suka diberikan pandangan yang masam dan juga tidak ceria.

Lelaki yang memberikan pandangan tersebut tidak semestinya mempunyai hati kepada kita. Mereka mungkin memang mempunyai perwatakan yang mesra dan juga ceria.

Lelaki yang memberikan pandagan mesra ini biasanya akan diikuti dengan perbuatan mereka untuk mencairkan hati wanita.

Ini lah sedikit perbincangan mengenai sebab lelaki pandang kita lama-lama. Penulisan ini juga mungkin dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan yang baharu kepada pada wanita di luar sana. Ingat tak semua lelaki pandang kita lama-lama mempunyai niat yang buruk terhadap kita.

Baca juga:

1 thought on “4 Sebab Kenapa Lelaki Pandang Kita Lama-Lama”

  1. Pingback: 4 Tanda Awal Crush Tak Suka Dekat Kita - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: