4 Rahsia Rumahtangga Bahagia

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
90
Rumahtangga Bahagia

4 Rahsia Rumahtangga Bahagia ini akan memberikan anda tips supaya rumahtangga anda menjadi lebih harmoni.

Tips ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh pasangan yang baharu sahaja berkahwin malahan kepada pasangan yang sudah lama berkahwin. Walaupun sudah lama berkahwin tips ini sangat berguna kerana dapat mengutuhkan lagi hubungan pasangan.

Tips Rumahtangga Bahagia dengan Menerima Seadanya

Rumahtangga bahagia ini dengan Menerima seadanya ialah bermaksud suami atau isteri menerima kekurangan dan kelebihan antara satu dengan yang lain. Kalau anda mahukan rumahtangga yang harmoni maka perkara ini merupakan asas yang perlu dipraktikan.

Sebagai manusia sudah pasti kita mempunyai kelemahan yang tersendiri. Begitu juga dengan pasangan kita masing-masing. Kelemahan ini dapat dikenal pasti dalam sepanjang kehidupan perkahwinan kita.

Rumahtangga Bahagia

Terkadang kita dapat mengenal pasti kelemahan pasangan pada awal perkahwinan. Tetapi ada juga setelah berpuluh tahun berkahwin baru kita kenal akan kekurangan mereka. Kita kena sentiasa ingat bahawa kita juga mempunyai kelemahan yang tersendiri dan pasangan kita tetap menerima kita seadanya.

Menerima kelebihan pasangan sebenarnya sebuah konflik yang besar di dalam hubungan rumahtangga. Konflik ini biasa terjadi apabila seorang isteri mempunyai pangkat atau latar belakang pendidikan yang lebih dari suaminya.

Para suami akan akan merasa diri mereka ini seperti tiada fungsinya. Namun, kebanyakkan kes seperti ini sebenarnya para isteri tidak merendahkan suami mereka.

Tips Rumahtangga Bahagia dengan tidak Bandingkan Pasangan

Pada hari ini ramai pasangan yang sudah berkahwin suka membandingkan pasangan mereka dengan orang lain. Mereka tidak sedar bahawa Allah SWT telah menciptakan mereka untuk satu sama lain demi melengkapi kehidupan masing-masing.

Memang lumrah manusia itu suka membandingkan. Namun kita seharusnya lebih bijak dalam berkata-kata.

Seperti contoh kita ingin pasangan kita berubah ke arah kebaikan. Jangan sesekali kita bandingkan dia dengan orang lain. Tetapi kita ambil pendekatan dengan memberi contoh yang baik rumahtangga bahagia ini dengan tentang perwatakkan seseorang tokoh misalnya.

Rahsia Rumahtangga Bahagia dengan Cipta Banyak Memori

Ingatlah perkara yang tidak boleh diubah di dunia ini ialah memori. Kita harus lebih peka untuk mencipta kenangan manis bersama pasangan kita.

Rumahtangga Bahagia

Tidak semestinya memori itu perlu dicipta kerana ada perkara-perkara yang besar berlaku. Terkadang sekecil-kecil perkara pun mampu dijadikan sebagai kenangan terindah bersama.

Dengan perkembangan teknologi yang ada. Kita mampu merakam bibit-bibit manis yang berlaku untuk disimpan dan boleh ditonton semula bersama-sama. Inilah Tips Rumahtangga bahagia yang ramai sebenarnya terlepas pandang.

Rahsia Rumahtangga Bahagia dengan Jadikan Pasangan Kita Sebagai Kawan

Perkara ini tidak diambil berat oleh pasangan yang sudah berumahtangga pada hari ini. Bagaimana nak capai rumahtangga bahagia jika, mereka hanya bercinta kemudian berkahwin dan akan hilang sinar selepas berkahwin.

Kita harus jadikan pasangan kita sebagai teman baik kerana mereka akan berada di sisi kita buat selamanya. Susah senang juga akan dihadapi bersama.

Rumahtangga Bahagia

Apabila kita menganggap pasangan kita sebagai teman baik maka kita akan lebih bersifat terbuka antara satu sama lain. Kita juga akan lebih menyayangi antara satu sama lain dan menjadikan rumahtangga lebih harmoni.

Inilah 4 rahsia atau tips yang boleh anda amalkan di dalam kehidupan rumah tangga anda. Apa pun yang terjadi mintalah kepada Tuhan Yang Maha ESA.

Baca juga:

4 thoughts on “4 Rahsia Rumahtangga Bahagia”

  1. Pingback: 4 Adab Tidur Dalam Islam - Baitul Taaruf

  2. Pingback: 4 Cara Membahagiakan Diri Sendiri - Baitul Taaruf

  3. Pingback: 3 Tahun Suami Curang - Baitul Taaruf

  4. Pingback: Suami Yang Curang Bertopengkan Nafsu- Bahagian 1 - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: