4 Faedah Bersukan Kepada Masyarakat

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92

4 Faedah Bersukan Kepada Masyarakat ini akan menerangkan beberapa faedah bersukan yang kita akan dapat jika melakukan aktiviti ini.

Faedah Bersukan

Tidak semua orang mampu untuk bersukan pada setiap hari. tetapi ada juga di antara kita yang bersukan secara berkala pada setiap minggu. Mereka ini akan bersukan mungkin 3-4 kali seminggu. Kekerapan bersukan pada setiap individu adalah berbeza.

Jika memang dari zaman muda anda seorang yang aktif, maka apabila semakin tua anda tidak akan mengalami kemalasan untuk bersukan. Tetapi sebaliknya jika memang sejak muda anda kurang minat untuk bersukan, maka perasaan malas atau rasa tidak ingin akan menyelubungi kita.

Tetapi ingat, bersukan ini tidak mendatangkan kerugian pada badan kita. Tetapi aktiviti sukan ini akan mendatangkan manfaat pada setiap pelakunya.

Menjamin Kesihatan Diri Adalah Faedah Bersukan

Negara kita adalah negara yang paling tinggi kadar obesiti di Asia tenggara. Ini berpunca daripada amalan hidup yang tidak sihat.

Malaysia juga mempunyai kadar penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan juga sakit jantung yang tinggi. Penyakit-penyakit ini lebih dikenali sebagai penyakit 3 serangkai. Antara punca penyakit ini berlaku adalah disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat.

Gaya hidup yang tidak sihat ini berpunca daripada makanan yang diambil oleh kita. Antara makanan yang dapat menambah risiko penyakit ini ialah fast food, makanan yang berlemak dan juga berminyak.

Faedah Bersukan

Bukanlah kita tidak boleh langsung mengambil makanan-makanan tersebut. Tetapi janganlah selalu. Makin kerap kita ambil maka tinggi risikonya.

Bersukan dapat membantu badan kita untuk kekal ‘fit’ dan juga sihat. Jadi tidaklah kita berasa mengah pada setiap hari.

Amalkan sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu untuk bersukan untuk permulaan. Anda juga boleh mendapatkan khidmat ‘personal trainer’ di gym untuk membantu anda.

Mengurangkan Stress Merupakan Faedah Bersukan

Kehidupan hari ini penuh dengan stress. Stress ini mungkin berpunca daripada tempat kerja. Mungkin juga stress yang kita alami berpunca daripada rumah dan juga pasangan hidup kita.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh segolongan pakar psikiatri seluruh dunia. Stress ini sebenarnya memnag diperlukan oleh badan dan minda kita. Stress pada kadar yang terkawal amat membantu kita untuk menjalani kehidupan ini dengan lebih gagah.

Tetapi yang dirisaukan ialah stress yang berlebihan. Stress yang berlebihan ini akan membuatkan hati nuraini kita menjadi lemah dan juga tidak bersemangat. Stress yang terkawal dapat dineutralkan dengan melakukan sukan.

Faedah Bersukan

Ini kerana apabila anda bersukan, satu hormon akan dilepaskan oleh otak anda. Hormon tersebut akan dapat mengurangkan rasa stress yang kita alami. Ianya juga dapat membuatkan kita lebih gembira.

Untuk mereka yang baru mula bersukan, anda dinasihatkan untuk melakukan sukan yang anda suka. Ini adalah untuk melatih diri dan mental anda melakukan perkara yang anda suka.

Bersukan Dapat Memupuk Semangat Setia Kawan

Manusia ni mempunyai pelbagai macam ragam. Semuanya tidak sama.

Tetapi kita boleh memupuk semangat setia kawan dalam diri mereka dengan mengadakan aktiviti bersukan. Ini kerana, sesetengah aktiviti sukan memerlukan kerjasama diantara ahlinya.

Meungkin sebelum ini, kita kurang mendapat kesefahaman dengan rakan sekerja, tetapi selepas adanya aktiviti ini kita akan lebih memahami mereka.

Faedah Bersukan

Apabila telah wujud kesefahaman dalam kumpulan, maka hasil kerja yang dihasilkan juga akan lebih efisyen dan teratur.

Inilah antara faedah bersukan yang tidak dapat kita semua nafikan.

Antara Faedah Bersukan Ialah Dapat Menghindarkan Gejala Yang Tidak Sihat

Ramai anak muda kita pada hari ini terlibat dalam pelbagai masalah sosial yang negatif. Antaranya ialah seperti merempit, menyamun dan juga mengambil dadah.

Tahukah anda bahawa kebanyakkan dari mereka melakukan hal ini kerana terdapat masa lapang yang banyak. Mereka ini pada awalnya hanya ingin cuba-cuba sahaja. Tetapi lama-kelamaan ianya berubah menjadi satu kebiasaan.

Dengan adanya aktiviti sukan untuk mereka, maka mereka akan fokus dengan arena sukan sahaja. Masa mereka akan banyak dihabiskan untuk menjalani latihan sahaja.

Sekian sahaja untuk faedah bersukan pada kali ini.

Baca juga:

1 thought on “4 Faedah Bersukan Kepada Masyarakat”

  1. Pingback: 4 Sebab Lelaki Menjauhkan Diri Daripada Kita - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: