
5 Ciri Rumah Orang Islam ini akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk memilih rumah untuk dibeli atau dibina mengikut cara Islam. Semua ciri-ciri ini bukanlah wajib untuk diikuti. Namun sudah pasti kita akan mendapat pahala yang banyak dan besar kerana berusaha mempratikkan Islam di dalam kehidupan seharian.
Ciri rumah orang Islam ini sudah pasti memberikan kita kepuasan dan ketenangan dari segi rohani kita. Kita akan menjadi lebih tenang kerana rumah kita mendapat rahmat dan perlindungan dari Allah SWT.
Untuk mendapatkan ciri rumah mengikut Islam ini amatlah mudah dan senang. Ini kerana Islam merupakan sebuah agama yang memudahkan penganutnya.
Ciri Rumah Orang Islam Yang Pertama Ialah Menghadap Kiblat
Arah kiblat adalah arah yang paling penting dalam kehidupan seorang Islam. Kiblat ini merupakan arah ke Kabah yang menjadi panduan arah untuk kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Rumah yang mengikut arah kiblat ini akan memudahkan penghuninya untuk menunaikan solat. Para tetamu yang datang juga akan lebihsenang untuk menunaikan solat.

Sebagai orang Islam kita amat digalakkan untuk menghuni rumah yang menghadap kiblat. Ciri ini ialah ciri yang perlu ada untuk setiap rumah orang Islam. Namun kita harus berhati-hati kerana tidak semua bahagian rumah kita harus menghadap kiblat. Bilik mandi dan tandas adalah dua tempat yang tidak perlu untuk dihadapkan ke kiblat.
Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: Dari Abu Ayyub RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Jika kalian buang air jangan menghadap ke kiblat atau membelakanginya dengan kencing dan buang air besar, tapi menghadaplah ke timur atau barat”. (HR Bukhari dan Muslim).
Ciri Rumah Orang Islam Yang Kedua Ialah Tidak Mempunyai Sifat Bermegah-Megah
Islam merupakan sebuah agama yang mengajar penganutnya untuk bersikap rendah diri. Orang Islam telah diajar untuk terus tidak bermegah diri kerana ianya adalah sifat yang buruk dan tercela. Bak kata pepatah mengikut resmi pada, semakin berisi semakin tunduk.
Sifat bermegah-megah ini boleh membawa kepada sifat riya’. Kerana kita perlu ingat bahawa sifat riya’ ini boleh menjerumuskan kita kepada syirik kecil. Syirik kecil ini tidak menyebabkan pelakunya terkeluar dari Islam. Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: ‘Yang paling aku khuwatir yang bakal menimpa umatku ialah syirik kecil. Para sahabat bertanya kepada baginda: apa itu syirik kecil? Rasulullah SAW menjawab: syirik kecil ialah riya’.”

Ciri rumah orang Islam ini tidak perlu kepada seni bina yang gah dan yang menjolok mata. Cukup sekadar ianya melambangkan kecantikan yang minima dan membuatkan hati kita tenang serta suka apabila melihatnya. Kita juga perlu berhati-hati supaya tidak meniru seni bina agama lain. Seperti kita meniru seni bina gereja dan sebagainya.
Rekaan dalaman rumah juga haruslah dalam keadaan ringkas dan tidak menjolok mata. Perhiasan yang menjolok mata dan berlebihan akan membuatkan kita lalai apabila beribadah di dalam rumah.
Ciri Rumah Orang Islam Yang Ketiga Ialah Mempunyai Sistem Pengudaraan Yang Baik
Sudah pasti orang bijak apabila berpindah atau membeli rumah yang baharu, perkara ini akan menjadi kayu ukurnya. Rumah sebegini akan membuat tuan rumah dan penghuninya berasa sejuk yang berangin sepanjang masa. Setiap rumah orang Islam perlu ada ciri ini.
Ini akan membuat orang yang di dalam rumah tidak berasa panas walaupun cuaca yang berbeza di luar rumah. Sistem pengudaraan yang baik ini juga akan mengelakkan rasa bahang kepada orang-orang yang di dalam rumah.
Untuk pengetahuan anda semua orang Melayu zaman dahulu apabila ingin membina rumah, ciri ini tidak mereka tinggalkan. Disebabkan zaman dahulu tiada kipas mahupun penghawa dingin, maka mereka membina lantai yang berlubang untuk membolehkan angin masuk demi menyejukkan persekitaran.

Ciri Rumah Orang Islam Yang Keempat Ialah Terdapat Bilik Yang Berbeza Untuk Anak-Anak
Anda perlu tahu bahawa anak-anak apabila mencapai umur baligh maka mereka wajib dipisahkan tempat tidurnya dengan adik beradik yang berlawanan jantina. Ketika mereka kecil, maka mereka boleh tidur bersama dengan adik beradik mereka yang berlawanan jantina.
Suruhan ini merupakan suruhan yang mulia untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Kita dapat lihat bahawa banyak kes sumbang mahram di antara adik beradik berlaku pada hari ini. Semua ini disebabkan ibu bapa mereka tidak memisahkan tempat tidur mereka.

Sebagai ibu bapa kita harus bertanggungjawab untuk menyediakan bilik atau ruangan khas untuk memisahkan anak-anak yang berlainan jantina ini. Setidaknya, ciri rumah orang Islam perlu mempunyai 3 buah bilik. Bilik pertama adalah untuk orang tua, bilik kedua untuk anak-anak lelaki dan bilik ketiga adalah untuk anak-anak perempuan.
Ini sahaja mengenai penulisan ciri rumah orang Islam yang asas dan penting. Ianya boleh dijadikan panduan untuk semua orang. Sebernarnya masih banyak lagi ciri rumah orang Islam yang kita boleh ikuti.
Baca juga: