
4 Ciri Anak Derhaka ini akan berkongsi dengan anda semua tentang ciri anak derhaka untuk menjadi rujukan kita semua. Kita semua boleh mengambil iktibar untuk menjauhkan diri kita dari sifat buruk ini.
Anda boleh berkongsi artikel ini kepada orang lain kerana dapat mengajar orang lain tentang hal ini. Islam sebuah agama yang sangat memuliakan ibu bapa dalam kehidupan seharian. Dengan berkongsi artikel ini dengan orang lain anda sudah mendapat pahala berkongsi ilmu.
Rasuluulah SAW bersabda yang mafhumnya: “sesiapa yang menunjukkan kebaikan pada orang lain dan orang itu mengerjakannya maka baginya pahala yang sempurna seperti orang yang melakukan”.
Berkata “AH” Ialah Perbuatan Dan Ciri Anak Derhaka
Sedarkah kita bahawa ramai di antara kita yang terlepas pandang tentang perkara ini. Ramai di antara kita sewaktu kecil hingga dewasa sering melakukan perkara ini. Kita perlu memahami dengan skop yang lebis luas yakni bukan sahaja perkataan “ah” yang boleh menyebabkan kita termasuk dalam ciri anak derhaka.

Namun, perkataan lain yang menunjukkan kekasaran atau menyinggung perasaan kedua ibu bapa kita juga sudah memasukkan kita dalam ciri anak derhaka. Perkataan yang buruk dan negatif ini seharusnya dijauhkan dalam hidup kita. Kita harus menyahut mereka dengan perkataan yang lembut dan tidak melukakan hati mereka.
Perkara ini tercatit dalam Surah Al-Isra, ayat ke-23 yang mafhumnya: Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapak. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.
Membuat Ibu Bapa Bersedih Termasuk Ciri Anak Derhaka
Ciri anak derhaka yang seterusnya ialah membuat kedua orang tua kita berasa sedih. Kita dapat melihat zaman sekarang ini terlalu banyak anak-anak yang melukai ibu bapa mereka dengan sengaja mahupun tidak. Kita harus lebih berwaspada dengan sikap kita kepada mereka.

Terkadang kita terlepas pandang dengan perbuatan kita setiap hari. Sebab itu berfikir sebelum bertindak merupakan perkara yang paling penting dalam menjaga perasaan orang lain terutamanya perasaan kedua orang tua kita. Kita harus bersikap matang untuk menjaga perasaan mereka.
Keputusan yang kita lakukan haruslah mendapatkan pandangan daripada mereka. Anak-anak sekarang mula mengambil keputusan dengan sendiri tanpa mendapatkan pertimbangan ibu bapa mereka. Kita harus ingat bahawa ibu bapa kita mempunyai idea yang bernas dan telah melalui liku-liku kehidupan yang membuatkan mereka lebih matang dalam kehidupan ini.
Malu Mengaku Ibu Bapa Sebagai Orang Tua Juga Ciri Anak Derhaka

Kita selalu menyaksikan perkara ini di kaca TV sahaja. Tapi tahukan anda ciri anak derhaka yang ini sering terjadi di dunia sebenar. Walaupun kita belum pernah melihat dengan mata sendiri, tetapi perkara ini terjadi setiap hari.
Pada kebiasaanya perkara ini terjadi kerana anak malu untuk mengaku ibu bapa kandungnya sendiri. Ini mungkin disebabkan oleh ibu bapa mereka mungkin miskin atau tidak berpelajaran tinggi. Perkara sebegini sering terjadi apabila anak menjadi kaya atau telah melanjutkan pelajaran jauh ke luar negara.
Kita harus ingat kedua ibu bapa kita telah berusaha sebaiknya untuk membesarkan kita. Mereka sanggup dan telah berkorban apa sahaja untuk kita dilahirkan ke dunia.
Ibu Bapa Dihantar Ke Rumah Orang Tua Ialah Ciri Anak Derhaka?
Kita dapat melihat ramai ibu bapa yang tua dan tidak boleh mengurus diri sendiri dihantar ke pusat jagaan orang tua. Kita sebagai anak boleh termasuk dalam ciri anak derhaka apabila berbuat yang demikian.
Kita perlu sedar bahawa mereka sudah bersusah payah menjaga kita sewaktu kecil. Mereka yang mengajar kita bercakap, berjalan dan perkara yang lain. Apabila mereka sudah mencapai keuzuran disebabkan sakit ataupun umur tua, maka inilah peluang kita untuk membalas jasa mereka.

Tetapi kita harus ingat, jasa mereka tidak mampu kita balas walaupun kita memberikan dunia dan isinya kepada mereka. Menyatuni mereka sewaktu mereka tua ialah kewajipan kita sebagai seorang anak. Ganjaran yang besar daripada Allah menunggu kita di akhirat kelak.
Sebagai penutup, kita harus ingat bahawa kita merupakan anak yang telah banyak menyusahkan ibu bapa kita. Kita haruslah berbakti kepada mereka untuk memabalas jasa mereka kepada kita.
Dan ingatlah reda Allah terhadap kita terletak pada reda kedua-dua ibu bapa kita.
Baca juga:
1 thought on “4 Ciri Anak Derhaka”
Pingback: 4 Cara Membahagiakan Diri Sendiri - Baitul Taaruf