4 Cara Untuk Reda Dengan Ujian Dalam Kehidupan

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
92

4 Cara Untuk Reda Dengan Ujian Dalam Kehidupan ini akan berkongsi dengan anda semua yang mungkin sekarang ini sedang menghadapi masalah dalam kehidupan ini.

Sebagai umat Islam, kita percaya bahawa setiap ujian yang Allah datangkan kepada kita adalah untuk menjadikan kita lebih dekat di sisinya. Kita juga perlu tahu bahawa semakin berat ujian yang diberikan semakin banyak pahala yang bakal kita perolehi.

Cara Untuk Reda

Sesiapa sahaja yang Allah uji perlu sentiasa melahirkan rasa kesyukuran di dalam hati. Rasa kesyukuran ini juga perlu dizahirkan agar kita tidak hanyut di arus yang negatif semasa diberikan ujian.

Kita perlu sentiasa kuat dalam mengharungi ujian yang diberikan kepada kita. Setiap ujian yang kita lalui ini akan menjadikan kita makhluk yang kuat. Kekuatan yang kitab ada ini adalah hasil daripada doa yang kita pohon kepada Allah.

Ujian yang dilalui oleh setiap manusia itu berbeza-beza. Dan ketahuilah bahawa Allah tidak akan menurunkan ujian melainkan jika kita mampu untuk menghadapi dan tempuhi nya.

Cara Untuk Reda Adalah Dengan Mempercayai Takdir Allah SWT

Sejak dari kecil, kita sudah diingatkan supaya menghafal rukun iman. Rukun iman mempunyai enam pecahan.

Di antara pecahan-pecahan itu, terdapat sebuah pecahan yang mengajar kita semua untuk beriman dengan apa sahaja yang telah Allah tentukan. Ianya adalah rukun iman yang keenam iaitu beriman dengan qadar Allah, sama ada yang baik mahupun yang buruk.

Kita perlu tahu bahawa qadar atau takdir Allah itu ada yang baik dan juga ada yang buruk. Baik dan buruk takdir yang telah Allah tentukan itu adalah satu ketetapan yang telah ditetapkan kepada kita.

Cara Untuk Reda

Hati kita sudah pasti akan berasa senang dan juga gembira apabila menempuhi sesuatu yang baik. Seperti contoh, kita pasti akan bergembira jika dijodohkan dengan seorang muslimah yang sempurna agamanya.

Namun sebaliknya jika kita melalui suatu takdir yang buruk, sudah pasti hati kita akan berasa sedih. Seperti contoh, kita akan bersedih jika Allah datangkan musibah kepada kita seperti berlakunya kematian orang yang kita sayang.

Namun kita tidak boleh selamanya untuk bersedih dan juga berduka cita. Sentiasa memahami konsep takdir agar kita terus berada di jalan yang benar. Begitulah cara untuk reda yang pertama.

Bersifat Ikhlas

Cara Untuk Reda

Ikhlas itu merupakan satu sifat yang datangnya dari hati manusia. Pada hari ini tidak semua manusia itu ikhlas dalam perbuatan mereka. Ikhlas itu ialah satu sifat yang sangat mahal dan juga tinggi nilainya.

Orang yang ikhlas ini dapat kita melihat bahawa sifat mereka itu berbeza dengan orang lain. Sifat ikhlas ini akan membuat kita reda dengan apa sahaja yang kita hadapi. Ikhlas ini mampu adalah cara untuk reda.

Orang yang ikhlas ini hanya memikirkan tentang dirinya dihadapan Allah sahaja. Mereka tidak akan peduli dengan apa yang berlaku ketika masih hidup. Yang mereka fikirkan adalah bagaimana persiapan mereka kelak. Mereka juga menjadikan musibah yang datang sebagai satu bentuk kenikmatan dalam mengumpul pahala.

Bertawakal Kepada Allah Adalah Cara Untuk Reda

Sudahkah kita mempunyai sifat bertwakal dalam hidup ini?

Hanya mereka yang mempunyai iman yang tinggi sahaja akan dapat melaksanakan konsep bertawakal dalam hidup. Konsep tawakal ini mudah untuk diamalkan. Ianya bermula dengan sifat ikhlas di dalam hati kita.

Cara Untuk Reda

Kita dapat melihat contoh para nabi dan rasul. Mereka ini merupakan utusan Allah ke dunia. Walaupun mereka ini nabi, mereka tetap mengharungi pelbagai cabaran sepanjang mereka masih hidup.

Apabila mereka ini ditanya, jawapan yang diberikan adalah sama. Yakni mereka bertawakal kepada Allah SWT.

Sentiasa Muhasabah Diri Kita Adalah Cara Untuk Reda

Ramai di antara kita pada hari ini meninggalkan perkara ini. Sedangkan muhasabah diri adalah untuk menjadikan diri kita orang yang lebih baik. Cara untuk reda ini mampu memberikan kesan yang positif ke dalam minda kita.

Kita perlu menjadi lebih baik dari hari ke hari. Untuk memperbaiki diri, kita perlu sentiasa melakukan muhasabah diri untuk menilai amal-amal yang telah kita lakukan.

Kita perlu ingat, terkadang Allah memberikan musibah sebagai balasan azab untuk dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Baca juga:

1 thought on “4 Cara Untuk Reda Dengan Ujian Dalam Kehidupan”

  1. Pingback: 5 Tanda Lelaki Crush Dekat Kita - Baitul Taaruf

Leave a Reply

Scroll to Top

Terbaru..

share with the world

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
%d bloggers like this: